Pembuka Bicara
salam semua..
Hari ini, Rabu 9 May 2007 hari yang bermakna buat diri aku.Biarlah aku sahaja yang tahu apa maksud hari ini dan pada hari ini jugalah aku melakukan sesuatu yang baru di dalam hidup ini iaitu mencuba menjadi seorang blogger. Samada diterima atau tak. Tak penting. Yang penting aku ingin mencuba sesuatu yang baru. Lain dari kebiasaan yang pernah aku buat sebelum ini. Ya!Jadi seorang penulis blog.
Kenapa tulis blog? Pada aku dengan cara ini membolehkan aku berkongsi cerita,pengalaman,pengetahuan yang aku dapat dengan orang-orang yang bakal membaca blog ini nanti. Kalau adalah yang membaca.
Apa yang aku nak tulis? Tentang apa? Cerita apa?
motivasi? oh! tidak…
saham? tidak..tidak..
teknologi? hmm…salah satu…sbb bidang aku sekarang ni…
Jawapannya…aku akan tulis apa saja yang aku ingin tulis bergantung pada apa yang aku fikir nak tulis dan apa-apa yang berlaku di sekeliling pada hari aku nak menulis…wah! Kedengaran macam banyak boleh tulis. Tunggulah nanti ya.
Sebelum aku mengakhiri pembuka bicara ini. Dengan rasa rendah diri, Aku berharap kehadiran ku di dunia blog ini dapat diterima oleh rakan-rakan sekalian. Aku akui masih mentah dalam dunia blog ini dan setiap hari yang mendatang adalah proses pembelajaran buat aku.
Sekian. Jumpa lagi dilain bicara.











dikmal said,
May 9, 2007 @ 11:24 am
Assalamualaikum…
Selamat Datang ke Dunia Blog Abg Kumb@ng
pakdi said,
May 9, 2007 @ 12:01 pm
kumbang?
goooood luck bro!
aku said,
May 9, 2007 @ 12:32 pm
“Jawapannya…aku akan tulis apa saja yang aku ingin tulis bergantung pada apa yang aku fikir nak tulis dan apa-apa yang berlaku di sekeliling pada hari aku nak menulis…wah! Kedengaran macam banyak boleh tulis. Tunggulah nanti ya.”
Definasi sebuah PERSONAL blog
Tahniah kerana telah membuat satu perkara baru!
kumb@ng said,
May 9, 2007 @ 2:01 pm
terima kasih dikmal,Pakdi dan ‘aku’ kerna sokongan…terharu sungguh…terima lah saya seadanya…hehe
dikmal said,
May 9, 2007 @ 6:24 pm
terima..terima….hekhek…
cete sal kopi Kluang your favourite jgn lope yer…hehehehe
akuyanghebat said,
May 10, 2007 @ 1:21 am
salam..best of luck…new blogger nih…bagus le sgt tuh…elok bebenor..
zahiramli said,
May 10, 2007 @ 11:10 pm
selamat berjaya sang kumbang. mesti jadi best blog ni
kumb@ng said,
May 11, 2007 @ 11:25 pm
zahiramli…terima kasih lawat blog saya..sebelum jadi best..kene jadi good dulu..
Setahun berlalu dan Tag « destinasi kumb@ng : suka-suka, adakala serius.. said,
May 9, 2008 @ 8:31 am
[...] menjelajah dari satu blog ke satu blog, terdetik di hati apa salahnya saya mencuba. Maka tarikh 9 May 2007 di pilih sebagai salam perkenalan saya seorang blogger. Walaupun blog ini tak se gah blog-blog lain [...]