Salam semua..
Baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan kenaikan gaji kakitangan sektor awam. Kenaikan yang luar biasa ini tentunya memungkinkan dalam masa terdekat peristiwa besar akan berlaku. Samada ia berlaku atau tidak, rakyat yang bekerja di sektor awam sudah tentu gembira lebih-lebih lagi dalam keadaan semuanya naik, tol, minyak, roti canai dan entah apa lagi nak naik lepas ni.
Sempena pengumuman kenaikan gaji ini kita dengar apa kata mereka…
- Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi
Kita tidak boleh percaya pada khabar-khabar angin tentang penurunan ekonomi negara kita. Kita akan siasat siapa yang sebarkan khabar angin itu. Kerajaan berusaha pastikan ekonomi kita terus meningkat. Sejak saya selalu ke luar negara, pelabur-pelabur datang semula dan melabur. Rakyat mesti berterima kasih. Dengan ini kita yakin akan menang besar dalam PRU akan datang.
- Tun Dr. Mahathir Mohammad
Dalam era globalisasi… apa nama… kenaikan gaji tu penting bagi menjana… apa nama… ekonomi negara lebih-lebih lagi bagi mengelakkan… apa nama.. penyangak mata wang. Kita boleh…apa nama..gunakan duit Petronas untuk bayar gaji kakitangan kerajaan apa nama…8 billion setahun. Kata-kata ni kalau Tun masih PM Malaysia.
- Samy Vellu
Kenaikan gaji itu banyak penting kalau tidak bagaimana itu worang mahu bayar tol. Gaji tak da naik itu takda menasabah.. itu tara boleh… Saya telaa mengesyorkan kepada yang amat berormat pedana mentri supaya gaji dinaikan supaya tol juga bole dinaikan. Maka dengan ini negara kita akan menjadi terlebe-lebe kaya. Apabila negara kita menjadi kaya, kita tidak lagi akan dapat kemaluan yang besar apabila pelancong-pelancong datang melancong ke negara kita.
- Karam Singh Walia
Kenaikan gaji itu amat penting bagi menjaga alam sekitar. Tanpa kenaikan gaji manusia menjadi malas dan sampah akan bertaburan merata-rata, bak kata pepatah : Anak ayam makan dedak waktu pagi, anak itek makan sagu waktu petang, Orang tak ndak engkau bagi, orang hendak engkau larang. Saya Karam Singh Walia melapurkan untuk bulletin utama TV3.
- Allahyarham Nordin Ahmad
Kajang pak malau kajang berlipat. Kajang hamba mengkuang layu. Apa guna engkau balik lambat, gaji naik sudah tentu..
- Allahyarham P.Ramlee
Aku nak bagi kau naik gaji ka turun gaji ka kau apa peduli. Ini kerajaan Ahmad Albab yang punya..
![]()
Sekian. Jumpa lagi.












aku said,
May 26, 2007 @ 11:40 am
ceh.. ingatkan betul2 punya quote.. heheh..
‘apa nama’.. teringat masa aku buat presentation dalam BI, terkantoi plak keluar ‘apa nama’..
Long Live Mahathir!
Jangan marah pak lah no..
kumb@ng said,
May 26, 2007 @ 8:48 pm
apa nama…Minglish tu…Malaysian English..haha