Dari puncak Gunung Ledang

Salam semua..

Hari ini saya kembali setelah beberapa hari sepi tanpa post. Sepi kerana bertugas di luar daerah. Walaupun kelihatan aktif di alam cyber hakikatnya saya bukan berada di rumah. Teknologi yang membolehkan saya berada di alam cyber dimana-mana sahaja. Kelebihan ini kerana saya bekerja di syarikat telekomunikasi yang juga salah satu tugas saya untuk memastikan tiada gangguan pada perkhidmatan ini.

Selasa lalu saya ‘mendaki’ Gunung Ledang dan hari berikutnya, semalam ‘mendaki’ Gunung Pulai. Lokasi Gunung Ledang ini berhampiran Tangkak sementara Gunung Pulai di antara jalan Kulai-Pontian. 

Tujuan saya ‘mendaki’ adalah salah satu tugas rutin membuat pemeriksaan peralatan telekomunikasi supaya berada pada tahap terbaik. Kerja-kerja ini dilakukan setiap 6 bulan. Kalau nak cerita lebih lanjut apa tugas saya mungkin ada yang tak paham kerana terlalu teknikal.

Selain perkhidmatan telefon mudah alih, perkhidmatan sewaan talian data dan penyiaran radio juga merupakan antara produk di bawah seliaan saya. Kerana sebab itulah kenapa peralatan ini di pasang di puncak Gunung.

Mungkin ada yang nak tahu dengan apa saya ‘mendaki’? Ya lah, beberapa hari lalu timbul spekulasi cepat benar saya ‘mendaki’ dan turun semula. Tak percaya ke? 

Jalan masuk ke Gunung Ledang

Untuk pengetahuan semua, saya ‘mendaki’ menggunakan kenderaan pacuan 4 roda. Untuk ke puncak gunung ada laluan jalan tar yang di bina oleh Telekom Malaysia sedekad lalu. Laluan ini diantara jalan Tangkak ke Segamat. Dari Tangkak kira-kira 4 km.

Jarak dari kaki gunung ke puncak lebih kurang 9 km dan mengambil masa hampir sejam. Laluan berliku ini agak curam di sesetengah kawasan dan kelihatan kesan-kesan tanah runtuh. Walaupun berisiko, demi tugas ‘pendakian’ ini harus diteruskan.

Laluan tar ke puncak Gunung Ledang

Sekiranya cuaca cerah, seseorang boleh melihat bandar Segamat, Tangkak dan Selat Melaka dengan jelas. Malangnya pada hari saya ‘mendaki’ cuaca agak berkabus ditutup awan. Penglihatan agak terhad dan seperti berada dalam suasana pagi padahal hari menunjukkan tengahari. Suhu di puncak lebih kurang 20 celcius memang menyamankan.

Suasana di puncak gunung

Walaubagaimanapun ‘mendaki’ Gunung Ledang ini ada pantang larangnya samada mendaki dengan kaki dan tangan atau dengan kenderaan. Banyak kisah pelik dah berlaku. Nak cerita ke? Adalah dengar tapi lain kali lah cerita. :D

Dulu di kawasan empangan ini yang letaknya pada ketinggian 500 meter merupakan tempat pertapaan bagi menamatkan ilmu perguruan persilatan. Sejak diwartakan sebagai Taman Negara 3 tahun lepas segala aktiviti seperti ini tidak lagi dibenarkan.

empangan tadahan hujan

Ramai tahu kisah di sebalik Gunung Ledang. Kisah seorang puteri yang di pinang oleh Hang Tuah untuk Sultan Melaka yang akhirnya tidak menjadi kenyataan. Realitinya Gunung Ledang wujud dan kisah sang puteri ini hanyalah cerita rakyat turun menurun yang kesahihannya masih diragui.

Namun kisah Puteri, Hang Tuah dan Sultan Melaka yang menyebabkan Gunung Ledang terkenal dengan mitosnya. Beberapa tahun lalu kisah ini sekali lagi di filemkan dan memecahkan rekod sebagai filem paling mahal pernah dihasilkan di Malaysia.

penulis dan gunung-ganang

p.s : penulis dan gunung-ganang :D

p.s.s : Tinggi Gunung Ledang – 1276 meter.

Sekian. Jumpa lagi.

About these ads

13 Comments »

  1. aku said

    macam menarik je keje ko.

  2. kumb@ng said

    bole la…menjelajah sana-sini.. :D

  3. Haha. Patut la laju bebeno daki gunung nye..

    -azree MH-

  4. dikmal said

    salam,

    ecece..jaga-jaga..kang jatuh kang kat gaung belakang tu…puteri gunug ledang tarik..kes kes kes :D

  5. kumb@ng said

    azree…haha…dah pecaya ke?
    dikmal…takkan lah puteri nak tarik putera gunung ledang…hehe :D

  6. dikmal said

    hoh? anda putera gunug ledang.. maka bolehlah anda menunaikan impian-impian hamba.. kes kes kes :D :D

  7. aku said

    ha.. tu Miss CinderDikMal nak mintak sesuatu dari Putera Gunung Ledang..

    dia nak mintak jadi paling cantik dalam dunia ni kot..

    “Cermin.. cermin… siapakah paling cantik dalam dunia ni”

    Eh.. ni dah masuk cite snow white ler..

  8. kumb@ng said

    dikmal…boleh..boleh..mane satu?dicepatkan atau dilambatkan?…haha
    aku…apalah yg ada pada hamba utk tunaikan permintaan orang..aik mace hang kebun la pulok…

  9. shueqry said

    wah.. kumbang, satu hari saya nak gi sana juga, nak tengok sendiri Gunung Ledang tu cemana.. Gunung Kinabalu dah naik 6 kali, next year nak test gunung kat semenanjug lak, gunung Tahan dulu :-)

    Bukit Bintang tu atas bukit ke? sama ngan Bukit Jalil? err, saya tak tau..

  10. aku la ros said

    errmm..daki naik pacuan 4 roda..errmm.. mcm tu leh la join hang daki gunung:))

  11. kila said

    salam..
    wah cantik juga pemandagn dekat sne kan?
    teringin utk mengetahui apa sebenarnye diats sne??
    mst cantik dan tak dapt di gambarkan…

  12. kumb@ng said

    kila..memang cantik… :)

  13. tunggul hanyut.... said

    gunung ledang memang indah…..dah lama tak mendaki….

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: