Adakah pencawang telekomunikasi bahaya?

Salam..

Adakah anda merasa bimbang dengan pencawang telekomunikasi yang berdiri megah berhampiran kediaman boleh menyebabkan otak anda seperti ‘dimasak’ dan hilang fungsi secara perlahan-lahan?

MRI terbitan Astro pernah memaparkan isu ini dimana penduduk di sebuah Taman di Cheras membuat aduan tentang pencawang berdekatan rumah telah menyebabkan kesihatan mereka sering terganggu.

Isu ini juga telah digunakan sebagai bahan politik oleh parti kerajaan (MCA) dan pembangkang (DAP) semasa pilihanraya di Machap, Melaka beberapa bulan yang lalu. Permintaan mereka ialah syarikat telekomunikasi terbabit (termasuk tempat saya bekerja) mestilah mengalihkan pencawang jauh dari tempat mereka tinggal.

Mereka-mereka yang membuat aduan ini juga adalah pengguna telefon mudah alih. Jika mereka merasakan pencawang tersebut boleh mengancam nyawa mereka lalu membuat aduan. Persoalannya, jangan harap pengadu ini akan mendapat liputan yang baik jika pencawang ini berada jauh dari tempat mereka.

WHO (World Health Organisation) ada melaporkan, setakat ini tiada bukti saintifik mengatakan pancaran gelombang radio dari pencawang adalah bahaya . Dalam laporan itu juga ada mengatakan pancaran gelombang radio dari pencawang telefon mudah alih adalah lebih rendah kandungan elektromagnetik jika dibandingkan dengan pancaran dari pencawang penyiaran seperti Radio FM dan Television.

Secara teorinya gelombang radio untuk penyiaran menggunakan frekuensi rendah(100-400Mhz) dan gelombang radio untuk telefon mudah alih menggunakan frekuensi semi tinggi(900-1800Mhz). Yang nyata, disebabkan frekuensi rendah, tubuh manusia akan menyerap 5 kali ganda pancaran gelombang penyiaran radio FM/Television berbanding gelombang semi tinggi untuk telefon mudah alih. Lagi pun radio FM/Television sudah beroperasi lebih 50 tahun di negara kita dan hingga kini tiada bukti ada kes yang menyebabkan kanser atau gangguan kesihatan lain.

Pada masa hadapan teknologi semakin berkembang pesat. Sekiranya pada masa lalu komunikasi menggunakan wayar atau kabel, sekarang ini segalanya berubah menjadi tanpa wayar(wireless). Untuk merealisasikan matlamat ini kerajaan telah menggalakkan syarikat telekomunikasi meningkatkan keupayaan perkhidmatan supaya dapat dinikmati oleh pengguna diseluruh negara.

Dengan sebab itu syarikat telekomunikasi berlumba-lumba menaik taraf dengan cara meningkatkan kualiti perkhidmatan dan menambah pencawang-pencawang ke seluruh negara. Sekiranya isu-isu seperti ini timbul dan digunakan untuk kepengtingan masing-masing tentunya boleh mengganggu matlamat merealisikan hasrat ini.

Teknologi telefon mudah alih dan jalur lebar akan datang seperti 3G, 3.5 G dan Wimax perlukan lebih banyak pencawang dibina supaya pengguna-pengguna boleh menggunakan perkhidmatan ini di mana-mana sahaja mereka berada seperti di bandar, kampung, pusat peranginan, dalam hutan mahupun di atas gunung.

Dengan bukti saintifik yang ada, tiada alasan mengatakan pencawang telekomunikasi ini bahaya kepada manusia. Pengadu-pengadu yang juga mungkin pengguna tidak seharusnya meletakkan punca gangguan kesihatan hanya disebabkan kewujudan pencawang-pencawang telekomunikasi. Banyak faktor lain yang boleh menyebabkan kesihatan manusia terjejas seperti pencemaran alam, air, makanan dan sebagainya. Oleh itu berhenti dari mengarahkan pencawang-pencawang ini dirobohkan atau dialihkan kerana tiada bukti ini adalah puncanya.

Sekian.

 

 

12 Comments »

  1. kak nurul said,

    September 22, 2007 @ 9:46 am

    Dek Kumbang,akak ada tanah kat mersing..2 hektar(kat 5 ekar ) atas bukit ..tnh kelapa sawit…..ingat nak offer pasang pencawang..bagaimana caranya?

  2. kumb@ng said,

    September 22, 2007 @ 1:22 pm

    tanah kak nurul tu mersing kat area mana?

    biasanya pencawang didirikan bila…

    1. kawasan sekitar tiada liputan mudah alih.
    2. ada permintaan dari pelanggan mengatakan kawasan tempat mereka tinggal atau berniaga tiada liputan.
    3. perancangan masa hadapan di kawasan untuk didirikan pencawang-menguntungkan atau tidak.

    sekiranya tanah akak menepati syarat spt di atas akak boleh buat permohonan menawarkan tanah akak sebagai tempat untuk didirikan pencawang.

    caranya….akak kena tulis surat kepada operator2 spt celcom,maxis dan digi…beritahu lokasi tanah akak kat mana,apa yang ada dekat dengan tanah akak seperti kampung apa, kegiatan ekonomi kat situ…..klau ada maklumat2 tambahan seperti tiada liputan,rungutan pelanggan dll lagi bagus…itu dah bolehkan operator2 ambil tindakan seterusnya…mungkin membuat survey…kalau sesuai maka tanah akak akan dipilih… :)

  3. kak nurul said,

    September 24, 2007 @ 8:58 am

    tanah tu adalah di felcra sri mersing.dah dpt geran.keliling ada kampung dan akan naik mcm mcm resort etc,dulu tanah bwh akak dah panggil maxis over tapi katanya x line of sight…problemnye akak ni duduk dan kerje di subang jaya…….jadi akak kena bikin proposal le ni ke telco companies……kena buat research terperinci le ni……….al kisah…..

  4. kumb@ng said,

    September 24, 2007 @ 2:32 pm

    felcra sri mersing?hmmm..tngah bayangkan ni kat mane?? klau nak buat resort mgkin dekat2 ngan laut agaknya… :D

    tanah bawah akak maxis pernah survey? takde line of sight? mngkin tanah tu rendah kot….

    sebenarnya kak…kalau akak nak offer tanah utk buat tower biasanya camtu lah..kena buat proposal and cete serba sikit pasal tanah,lokasi dll… selalunya kami/bahagian planning buat survey bila ada cadangan nak pasang pencawang kat area2 yg dah dipastikan tiada liputan atau demand…

    kami akan buat survey…masa tu tak tau pun tanah sape…bila tanah/lokasi tempat tu sesuai, baru kami cari siapa owner tanah tu…runding apa yg patut tentang sewa dan sebagainya…

    macam kes akak ni…akak offer tanah…so…biasanya kena kaji dulu kesesuaian lokasi tanah akak tu…kalau kebetulan kami sedang tercari-cari lokasi baru utk pacak tower dan akak pun offer…memang rezeki akak lah… :)

    begitulah kisahnya… :D

  5. kak nurul said,

    September 24, 2007 @ 4:22 pm

    tanah tu dekat gdn felda ambak dan tenggaroh,tepi jalan belah kiri…dikanannya pula ada resort (dkt tepi laut)…..walau apapun..terima kasihlah dek Kumbang…akak akan buat proposal tu…manalah tahu kalau ada rezeki…untuk hari pencen..memandangkan kita ni kerja swasta harapkan epf aja tak rational……………………………..kena generate income……..assalamualaikum..selamat berpuasa ……kalau ada apa apa akak akan keep kumbang dlm …. loop.

  6. kumb@ng said,

    September 24, 2007 @ 6:13 pm

    ooo…kat area tenggaroh…baru tau…dekat2 ngan tangjung leman, jeti nak gi pulau sibu….menarik tempat tu….

    wah! respeklah kak…perancangan yg bagus tu…kalau ada rezeki sekurang-kurangnya ada gak pendapatan bulan-bulan bila dah pencen… macam saya ni kalau ada tanah pun takdan boleh sewakan utk pacak tower sebab polisi syarikat tak benarkan…sementara tgh keje pandai2lah kumpul duit utk hari tua….hehe :D

    sekarang ni bila ada tanah, bukan saja tanam pokok dapat hasil…tanam besi pun boleh dapat hasil….. :D

  7. kak nurul said,

    September 24, 2007 @ 9:28 pm

    jgn risau dek Kumbang pintu rezeki tu ada banyak…tutup satu .yg lain terbukak…..yg penting ……usaha gigih dan jgn putus asa….rezeki allah dah siapkan…sabarlah…tiap org ada bahagiannya masing masing..yg penting kite berusaha utk memajukan diri kite utk jadi lebih baik dari semalam…jgnle sampai dah nak terberak baru nak gali lubang…kes niaya tu…..biar pun adek muda…tapi merancanglah untuk hari tua…ye…ini lah pesanan dari akak yg veteren ni….

  8. kumb@ng said,

    September 24, 2007 @ 10:19 pm

    setuju ngan akak…rezeki Allah ada di mana-mana, cuma siapa yang usaha akan dapat hasilnya….orang berpengalaman macam akak tentu dah lali dengan susah senang,asam garam kehidupan….bak kata orang susah2 dulu…senang kemudian…

    insyaAllah…saya akan ingat pesan akak…saya cuba tak siakan masa muda ni… yang penting sekarang kena beringat..jangan boros,kumpul duit pastu baru kumpul harta…. :D

  9. kak nurul said,

    September 25, 2007 @ 8:59 am

    bijak………. bijak……………jgn lupa ajak kekawan sekali……….

  10. Menara Telekomunikasi penyebab Kanser? « destinasi kumb@ng : suka-suka, adakala serius.. said,

    May 5, 2008 @ 11:19 pm

    [...] Saya pernah menulis tentang ini dulu. Kalau rajin bacalah. [...]

  11. ain said,

    July 17, 2008 @ 4:36 pm

    berapakah jarakyang selamat menara dari kawasan kediaman?

  12. kumb@ng said,

    July 17, 2008 @ 10:33 pm

    ain…dalam pembinaan sesebuah menara tiada jarak selamat ditetapkan. ianya bergantung kepada kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan, biasanya mesti lebih 30 meter jarak antara kediaman dengan menara. sebenarnya sehampir mana pun menara telekomunikasi dengan kediaman belum terbukti penyebab penyakit2 tertentu.

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Leave a Comment