Adakah pencawang telekomunikasi bahaya?

Salam..

Adakah anda merasa bimbang dengan pencawang telekomunikasi yang berdiri megah berhampiran kediaman boleh menyebabkan otak anda seperti ‘dimasak’ dan hilang fungsi secara perlahan-lahan?

MRI terbitan Astro pernah memaparkan isu ini dimana penduduk di sebuah Taman di Cheras membuat aduan tentang pencawang berdekatan rumah telah menyebabkan kesihatan mereka sering terganggu.

Isu ini juga telah digunakan sebagai bahan politik oleh parti kerajaan (MCA) dan pembangkang (DAP) semasa pilihanraya di Machap, Melaka beberapa bulan yang lalu. Permintaan mereka ialah syarikat telekomunikasi terbabit (termasuk tempat saya bekerja) mestilah mengalihkan pencawang jauh dari tempat mereka tinggal.

Mereka-mereka yang membuat aduan ini juga adalah pengguna telefon mudah alih. Jika mereka merasakan pencawang tersebut boleh mengancam nyawa mereka lalu membuat aduan. Persoalannya, jangan harap pengadu ini akan mendapat liputan yang baik jika pencawang ini berada jauh dari tempat mereka.

WHO (World Health Organisation) ada melaporkan, setakat ini tiada bukti saintifik mengatakan pancaran gelombang radio dari pencawang adalah bahaya . Dalam laporan itu juga ada mengatakan pancaran gelombang radio dari pencawang telefon mudah alih adalah lebih rendah kandungan elektromagnetik jika dibandingkan dengan pancaran dari pencawang penyiaran seperti Radio FM dan Television.

Secara teorinya gelombang radio untuk penyiaran menggunakan frekuensi rendah(100-400Mhz) dan gelombang radio untuk telefon mudah alih menggunakan frekuensi semi tinggi(900-1800Mhz). Yang nyata, disebabkan frekuensi rendah, tubuh manusia akan menyerap 5 kali ganda pancaran gelombang penyiaran radio FM/Television berbanding gelombang semi tinggi untuk telefon mudah alih. Lagi pun radio FM/Television sudah beroperasi lebih 50 tahun di negara kita dan hingga kini tiada bukti ada kes yang menyebabkan kanser atau gangguan kesihatan lain.

Pada masa hadapan teknologi semakin berkembang pesat. Sekiranya pada masa lalu komunikasi menggunakan wayar atau kabel, sekarang ini segalanya berubah menjadi tanpa wayar(wireless). Untuk merealisasikan matlamat ini kerajaan telah menggalakkan syarikat telekomunikasi meningkatkan keupayaan perkhidmatan supaya dapat dinikmati oleh pengguna diseluruh negara.

Dengan sebab itu syarikat telekomunikasi berlumba-lumba menaik taraf dengan cara meningkatkan kualiti perkhidmatan dan menambah pencawang-pencawang ke seluruh negara. Sekiranya isu-isu seperti ini timbul dan digunakan untuk kepengtingan masing-masing tentunya boleh mengganggu matlamat merealisikan hasrat ini.

Teknologi telefon mudah alih dan jalur lebar akan datang seperti 3G, 3.5 G dan Wimax perlukan lebih banyak pencawang dibina supaya pengguna-pengguna boleh menggunakan perkhidmatan ini di mana-mana sahaja mereka berada seperti di bandar, kampung, pusat peranginan, dalam hutan mahupun di atas gunung.

Dengan bukti saintifik yang ada, tiada alasan mengatakan pencawang telekomunikasi ini bahaya kepada manusia. Pengadu-pengadu yang juga mungkin pengguna tidak seharusnya meletakkan punca gangguan kesihatan hanya disebabkan kewujudan pencawang-pencawang telekomunikasi. Banyak faktor lain yang boleh menyebabkan kesihatan manusia terjejas seperti pencemaran alam, air, makanan dan sebagainya. Oleh itu berhenti dari mengarahkan pencawang-pencawang ini dirobohkan atau dialihkan kerana tiada bukti ini adalah puncanya.

Sekian.

 

 

93 Comments »

  1. kak nurul said

    Dek Kumbang,akak ada tanah kat mersing..2 hektar(kat 5 ekar ) atas bukit ..tnh kelapa sawit…..ingat nak offer pasang pencawang..bagaimana caranya?

  2. kumb@ng said

    tanah kak nurul tu mersing kat area mana?

    biasanya pencawang didirikan bila…

    1. kawasan sekitar tiada liputan mudah alih.
    2. ada permintaan dari pelanggan mengatakan kawasan tempat mereka tinggal atau berniaga tiada liputan.
    3. perancangan masa hadapan di kawasan untuk didirikan pencawang-menguntungkan atau tidak.

    sekiranya tanah akak menepati syarat spt di atas akak boleh buat permohonan menawarkan tanah akak sebagai tempat untuk didirikan pencawang.

    caranya….akak kena tulis surat kepada operator2 spt celcom,maxis dan digi…beritahu lokasi tanah akak kat mana,apa yang ada dekat dengan tanah akak seperti kampung apa, kegiatan ekonomi kat situ…..klau ada maklumat2 tambahan seperti tiada liputan,rungutan pelanggan dll lagi bagus…itu dah bolehkan operator2 ambil tindakan seterusnya…mungkin membuat survey…kalau sesuai maka tanah akak akan dipilih… πŸ™‚

  3. kak nurul said

    tanah tu adalah di felcra sri mersing.dah dpt geran.keliling ada kampung dan akan naik mcm mcm resort etc,dulu tanah bwh akak dah panggil maxis over tapi katanya x line of sight…problemnye akak ni duduk dan kerje di subang jaya…….jadi akak kena bikin proposal le ni ke telco companies……kena buat research terperinci le ni……….al kisah…..

  4. kumb@ng said

    felcra sri mersing?hmmm..tngah bayangkan ni kat mane?? klau nak buat resort mgkin dekat2 ngan laut agaknya… πŸ˜€

    tanah bawah akak maxis pernah survey? takde line of sight? mngkin tanah tu rendah kot….

    sebenarnya kak…kalau akak nak offer tanah utk buat tower biasanya camtu lah..kena buat proposal and cete serba sikit pasal tanah,lokasi dll… selalunya kami/bahagian planning buat survey bila ada cadangan nak pasang pencawang kat area2 yg dah dipastikan tiada liputan atau demand…

    kami akan buat survey…masa tu tak tau pun tanah sape…bila tanah/lokasi tempat tu sesuai, baru kami cari siapa owner tanah tu…runding apa yg patut tentang sewa dan sebagainya…

    macam kes akak ni…akak offer tanah…so…biasanya kena kaji dulu kesesuaian lokasi tanah akak tu…kalau kebetulan kami sedang tercari-cari lokasi baru utk pacak tower dan akak pun offer…memang rezeki akak lah… πŸ™‚

    begitulah kisahnya… πŸ˜€

  5. kak nurul said

    tanah tu dekat gdn felda ambak dan tenggaroh,tepi jalan belah kiri…dikanannya pula ada resort (dkt tepi laut)…..walau apapun..terima kasihlah dek Kumbang…akak akan buat proposal tu…manalah tahu kalau ada rezeki…untuk hari pencen..memandangkan kita ni kerja swasta harapkan epf aja tak rational……………………………..kena generate income……..assalamualaikum..selamat berpuasa ……kalau ada apa apa akak akan keep kumbang dlm …. loop.

  6. kumb@ng said

    ooo…kat area tenggaroh…baru tau…dekat2 ngan tangjung leman, jeti nak gi pulau sibu….menarik tempat tu….

    wah! respeklah kak…perancangan yg bagus tu…kalau ada rezeki sekurang-kurangnya ada gak pendapatan bulan-bulan bila dah pencen… macam saya ni kalau ada tanah pun takdan boleh sewakan utk pacak tower sebab polisi syarikat tak benarkan…sementara tgh keje pandai2lah kumpul duit utk hari tua….hehe πŸ˜€

    sekarang ni bila ada tanah, bukan saja tanam pokok dapat hasil…tanam besi pun boleh dapat hasil….. πŸ˜€

  7. kak nurul said

    jgn risau dek Kumbang pintu rezeki tu ada banyak…tutup satu .yg lain terbukak…..yg penting ……usaha gigih dan jgn putus asa….rezeki allah dah siapkan…sabarlah…tiap org ada bahagiannya masing masing..yg penting kite berusaha utk memajukan diri kite utk jadi lebih baik dari semalam…jgnle sampai dah nak terberak baru nak gali lubang…kes niaya tu…..biar pun adek muda…tapi merancanglah untuk hari tua…ye…ini lah pesanan dari akak yg veteren ni….

  8. kumb@ng said

    setuju ngan akak…rezeki Allah ada di mana-mana, cuma siapa yang usaha akan dapat hasilnya….orang berpengalaman macam akak tentu dah lali dengan susah senang,asam garam kehidupan….bak kata orang susah2 dulu…senang kemudian…

    insyaAllah…saya akan ingat pesan akak…saya cuba tak siakan masa muda ni… yang penting sekarang kena beringat..jangan boros,kumpul duit pastu baru kumpul harta…. πŸ˜€

  9. kak nurul said

    bijak………. bijak……………jgn lupa ajak kekawan sekali……….

  10. […] Saya pernah menulis tentang ini dulu. Kalau rajin bacalah. […]

  11. ain said

    berapakah jarakyang selamat menara dari kawasan kediaman?

  12. kumb@ng said

    ain…dalam pembinaan sesebuah menara tiada jarak selamat ditetapkan. ianya bergantung kepada kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan, biasanya mesti lebih 30 meter jarak antara kediaman dengan menara. sebenarnya sehampir mana pun menara telekomunikasi dengan kediaman belum terbukti penyebab penyakit2 tertentu.

    • kamarul said

      kalau jarak 5 meter dr kediaman boleh diteri x?dan ia dibina di dalam kawasn surau..bagaimana en kumbang?

      • kumb@ng said

        dalam surau boleh bina dengan syarat 20 meter dr kediaman

  13. annor said

    kat kg saya celcom dah buat pencawang sementara.
    dengan sapa saya patut refer untuk propose tanah saya untuk menjadi tapak pencawang.kat area teluk intan .

    tq.

    • safuan said

      macam mana nk apply tower maxis kt tanah saya di kg kubur panjang kedah…tanah bukit..

  14. kumb@ng said

    annor…kalau nak propose tanah saudara boleh pergi ke pejabat celcom wilayah utara di pulau pinang…refer siapa tu saya tak pasti. biasanya kene jumpa pengurus bahagian perancangan dan pemasangan(planning and developement).

    sesuai atau tak tanah tu, biasanya planner akan survey dulu berdasarkan kpd ketinggian dan permintaan penduduk sekeliling…

  15. Luqman said

    Assalamualaikum..kalau kat tempat saya ni Kg Tengah Rengam, En kumbang boleh turun wat survey x? susah woo nk niaga kalau dok 7 tahun lepas cam ni lagi? x dak perubahan

  16. kumb@ng said

    Luqman…insyaALLAH..nanti saya akan usulkan pada bahagian perancangan…

  17. Luqman said

    terima kasih, jasa anda dikenang oleh penduduk kg kat sini..lagi satu sy dh buat aduan kat kmtrian tnaga & komunikasi. betul ke saluran nye tuh? xkan kat jps plak ye x?

  18. kumb@ng said

    Luqman..nak buat aduan lebih specif terus ke MCMC. sebenarnya isu coverage kat kg tengah renggam lame dah celcom ambik berat. sekarang ni memang dalam perancangan nak letak site dan tengah cari tempat paling sesuai utk letak pencawang…mungkin dalam tahun ni insyaALLAH boleh setel… πŸ™‚

  19. nizam said

    kumbang.. nak tanya skit bleh? Ada orang nak sewa bangunan saya utk dirikan pencawang telco kat rooftop. Biasa berapa sewa yang dibayar utk dirikan pencawang tu? Saya x tergamak pulak nak tanya diorang lagi, tu nak survey2 dulu berapa biasanya bayaran. terima kasih

  20. kumb@ng said

    nizam..sewa?biasanya telco dah ada harga min dan max. tanya je dan negotiate.

  21. nizam said

    Terima kasih. Semalam saya dah tanya, dia bagitau sewa bulanan yang akan dibayar ialah RM1,000.00 sebulan. nak tanya pendapat mr kubang, ok kah jumlah yang dia berikan ( RM1K ) ?

  22. kumb@ng said

    nizam…ok tu. setiap 3 atau 5 tahun ada perjanjian. So masa tu boleh negotiate naikkan sewa. Bulan-bulan goyang kaki dapat RM1k. Masyuk tuu. πŸ™‚

  23. nizam said

    Semalam saya cuba deal dan diorang ada up skit bayaran. Nak cuba deal untuk RM1.5K, terima kasih atas pandangan

  24. TIRA said

    carikan map pencawang kat pahang

  25. nurul said

    salam
    kat kumbang masalah kesihatan mmg la tak ada bukti nya..sebab kita tak nampak..
    bagaimana pula dengan masalah barang elektrik kami yang sering rosak apabila di sambar petir di sebabkan pencawang..
    belakang rumah saya mmg betul2 ada pencawang komunikasi.. sejak ada nya pencawang tu, sering sangat barang elektrik kami di sambar petir..
    mmg tak dinafikan sekiranya tiada pencawang juga barang elektrik disambar petir..tetapi tidak sekerap selepas pencawang di dirikan di belakang rumah saya..kami mana larat untuk tukar barang elektrik setiap bulan..hutang membebankan..astro juga sudah 3 kali saya tukar disebabkan perkara tu..
    Saya cuma nak tahu ada tak benda yang boleh mengelakkan dari disambar untuk dipasang di pencawang supaya beban kami ringan sikit..

    • kumb@ng said

      kalau macam tu, dinasihatkan nurul supaya memasang AC surge protector pada alatan elektrik. Benda tu ada jual di kedai-kedai hardware.

      Saya bersimpati dengan nasib nurul tapi tak pasti samada kewujudan pencawang telah sebabkan rumah nurul selalu kena petir. selalunya petir akan menyambar tempat yang paling tinggi. jika rumah nurul hampir dengan pencawang biasanya petir akan sambar pencawang dulu bukannya rumah nurul. boleh dikatakan rumah nurul akan selamat.

      tetapi. berapa jarak rumah nurul dengan pencawang? jika terlalu hampir mungkin ada sambungan yang tidak disengajakan seperti kabel pembumian pencawang tersentuh dengan kabel pembumian rumah nurul. kabel pembumian pencawang tujuannya untuk mengalirkan arus letrik berlebihan jika di panah petir untuk terus ke dalam tanah.

      • Matahari said

        Kalau ko tak tahu pasal electrical principle dan petir jangan duk cerita. Nanti nampak kebodohan ko..

  26. sembangkencang said

    ko cakap senanglah.. kalau benda tu ada tercongok kat belakang rumah ko, baru ko mengelabah..

    cakap tak serupa bikin.. pi lah jahaman..

    • kumb@ng said

      bro… benda tu takkan tumbang melainkan ada raksasa tolak… πŸ˜€

      • Matahari said

        Jawapan bodoh! Memang stail orang Johor.

  27. Lady Leo said

    Kat kumbang kau memang best sbb…
    cara kau jawab semua soalan depa.. cool je..
    Lady Leo memang respek..
    Pencawang vs mesin fotostat
    Semua benda ni dikatakan ada kesan -negetive tapi betoi ke tak masing-masing boleh pikir sendiri…
    Isu ini di semua media massa dah jelaskan tak ada kesan negetive…
    Apa pun kumbang kat area Tg Rambutan Perak memang line phone not so clear, jadi kalau Lady Leo tau ada tanah dan tuannya boleh ke datang buat survey kut-kut bolehle clear line phone kami. Anyway TQ

    • kumb@ng said

      Lady Leo…. biasala, public ramai tak faham lagi…. barang letrik macam TV pun ada radiasi…. tu belum cete astro…. mana-mana tempat open sentiasa kena simbah ngan signal dari satelite…. kena fikir pro dan kontra, kalau taknak terdedah dgn benda2 ni dok dalam gua je…

      tentang area tg rambutan tu biasanya kalau ada complaint baru telco ambik tindakan…. kalau memang tempat tu pencawang kurang dan perlu tambah kemudian baru cari location…. tanah or bangunan sape yg terpilih untuk buat pencawang kira rezeki dorang la….. 1-2k sebulan tuuu…. πŸ™‚

  28. halmi said

    salam kumbang..tanah org tua saya sudah di sewkan kpd SAPURA..untuk didirikan pencawang cuma saya agak tdk pasti sebenarnya berapakah bayaran sewa yg sepatutnya bg sesebuah pencawang..kalau spt pencawang telco di rooftop pun boleh mencecah rm1500 adakah pencawang yg didirikan di atas tapak seluas 20×20 kaki masih harga yg sama..!?boleh confirkan untuk dsaya tak..!?terima kasih

  29. lissa said

    nak tanya… saya ada tanah satu relung je kat kawasan serdang kedah… so saya kena refer kat mana?
    tq.

  30. lissa said

    tumpang tanya.., saya call celcom banyak kali pasal nak sewa tanah untuk pencawang ni…, tapi tak dapat la….. kalau kumbang ada no tel. bahgn planning tu…. minta jasa baik boleh? tqvm

    • kumb@ng said

      bahagian utara tak dapat saya nak tolong… πŸ™‚

  31. 3rd said

    tnya sket… kalau dah 5 tahun ke atas berapa biasanya kadar sewa pencawang nie….. just nk tau sbb kat tanah ada pasang pencawang… sewa permulaan 800.

  32. amran said

    salam. saya nak buat sewa tanah celcom untuk dibuat pencawang boleh saya tahu cara hendak memohon atau bagi no telefon untuk dihubungi. Tanah saya di Kg mengabang telung Batu rakit Kuala Terengganu.

    • kumb@ng said

      wsalam, permohonan saudara tu boleh dialamatkan ke ibu pejabat celcom kawasan timur di kuantan…

  33. braveheart said

    Salam…nak tanya skit…berapa tahap EMF yang standard digunakan oleh semua syarikat telekomunikasi utk membina pencawang?

    • kumb@ng said

      0.002% – 2% bergantung pada jenis antena yang dipasang…

  34. braveheart said

    Salam.. nak tambah lagi soalan..

    1. Bagaimana pula dengan kajian yang telah dilakukan oleh pihak UiTM tentang kesan radiasi pencawang telekomunikasi.?? Memang terbukti adanya kesan terhadap kesihatan manusia.

    2. Kenapa skrg ni byk sgt pencawang yang dibina di atas rumah kedai yang memang benar2 berhampiran dengan kawasan penduduk?? nak jimat kos bina menara ke?

    Terima kasih

    • kumb@ng said

      1. Ye ke? kalau UiTM dah buktikan kenapa tak war-war kat Media?

      2. Soal jimat tak timbul. For info, nak bina pencawang ni kos sama saja samada tower atau bangunan. Lagipun teknologi baru seperti 3G dan Wimax perlukan banyak pencawang dibina berhampiran penduduk. Ia mengenai kawasan liputan dan kepuasan pelanggan…

  35. nuradila baharudin said

    salam.saya ada tanah keluasan 33×66 kaki.lokasi batu 6 jalan gombak.(belakang masjid assyakirin).adakah kawasan ini masih perlukan pencawang.

    • kumb@ng said

      untuk kawasan Gombak/wilayah tengah rasanya lebih baik puan berhubung dengan celcom kawasan tengah.. πŸ™‚

  36. norman said

    nak tanya, kalau tanah kawasan bukit ada tanaman getah leh sewa ke celcom tak…dari jalan besar kira2 sebatu masuk kedalam.

    • kumb@ng said

      en norman… bergantung pada kesesuaian di kawasan tu… ramai pengguna atau tiada pencawang berdekatan..

  37. norman said

    lupa lak nak beritahu…ada kawsan kg belah bawah2 bukit tu

  38. hafiz said

    sy py kes sama mcm kak nurul said,tanah sy tanah sawah,besar jgk lah,cm xigt bp besar.lokasi dekat sungai udang belakang penjara baru di sg udang melaka..sy rs area sana digi memg problem dan celcom broadband kdg2 slow sgt..so ape sy perlu buat utk sewa kan tanah tersebut dr terletak je mcm 2.

    • kumb@ng said

      hafiz… saudara boleh komplen direct ke Digi atau Celcom mengatakan masalah saudara. Tentang tanah saudara bergantung kepada kesesuaian tempat untuk memacak pencawang. Biasanya planner samada Digi atau Celcom akan buat survey jika kawasan tu perlukan penambahan pencawang. Tanah siapa yang dipilih bergantung kepada rezeki. Cara lain saudara boleh propose tanah saudara dengan cara pergi ke pejabat Digi atau Celcom.

  39. ermylia said

    En Kumbang, maaf yer.. nak tanya soalan xtau ade kene mengene ngan citer kat atas.. klau en.kumbang tau la.. ade ke perbezaan antara pencawang komunikasi dgn pencawang tnb / substation? then ape kesan radiasi utk pencawang tnb? jarak selamat? thanx if can share the info.

    • kumb@ng said

      ermylia,
      antara pencawang komunikasi dgn tnb/substation memang ada perbezaan. pencawang telekomunikasi mengeluarkan gelombang radio manakala pencawang tnb keluarkan gelombang elektrik voltan berkuasa tinggi. jarak selamat bagi pencawang telekomunikasi bergantung kepada ketinggian, jika 100 meter, maka jarak selamat juga 100 meter. manakala pencawang tnb saya tak pasti. tapi kalau kita lihat di kawasan laluan pencawang tnb kawasan di bawah laluan tersebut adalah kawasan larangan dan di larang di bina apa-apa binaan di situ. untuk kesan radiasi pencawang telekomunikasi adalah rendah risikonya manakala pencawang tnb saya tak pasti tapi apa yg saya boleh katakan gelombang elektrik berkuasa besar seperi pencawang tnb lagi besar kesan radiasi dari pencawang telekomunikasi…

  40. ali uban said

    salam en kumbang..
    saya ada tanah di atas bukit di 3 lokasi di dalam kawasan hulu selangor. pertama di Kerling, kedua di kampung paya jaras kuala kubu bharu dan ketiga di sungai selisik. saya berminat untuk menyewakan kepada syarikat2 telekomunikasi. sekian terimakasih.

    • kumb@ng said

      ali… kalau kawasan tanah tuan tu belum ada pencawang atau tiada coverage tuan boleh cadangkan ke operator telekimunikasi di kawasan tuan… In Shaa Allah… kalau ada rezeki tanah tuan akan terpilih ikut kesesuaian… πŸ™‚

  41. zack said

    salam.. kumb@ng said sy tggl di Kuala Krai Kelantan. sy nk tanya kg sy akan di bina pencawang telekomunikasi ttp tidak pasti celcom,maxis or digi. soalan sy boleh ke pencawang dibina berdekatan dgn network masing2. cthnya maxis dgn celcom sbb sy nk offer tanah sy utk disewa untuk pembinaan pencawang. dgn sape dan cawangan mana sy nk berurusan.

    • kumb@ng said

      zack… biasanya satu pencawang boleh kongsi at least 3 operator celcom, maxis dan digi… sebab kongsi utk kurangkan bina tower yg bersepah sana sini… sebab itu kerajaan buat peraturan ini… lantik satu syarikat utk bina tower dan operator2 akan kongsi… kalau nak offer tanah bese kena tengok tempat tu sesuai atau tak, ada coverage atau tau… dan boleh cadangkan ke pejabat operator telekomunikasi di kawasan tuan….

  42. zack said

    thanks…

  43. safuan said

    macammana caranya nak sewakan tanah untuk tower telekomunikasi?
    tanah saya berada di kg kubur panjang kedah darulaman,tanah bukit.
    boleh tak disertakan alamat untuk buat prmohonan syarikat telekomunikasi negeri kedah?

    • kumb@ng said

      tuan boleh hantar permohonan ke mana-mana pejabat syarikat telekomunikasi di wilayah utara dan cadangkan tentang kesesuaian tanah dan paling penting di kawasan sekitar tiada liputan telefon mudah alih…

  44. zulkiffly said

    cam ne nak buat pencawang kat kuala pilah,ade pihak celcom datang cari kawasan sesuai tapi kita tak berjumpa

    • kumb@ng said

      pemasangan pencawang berdasarkan kesesuaian lokasi. tuan boleh cadangkan kepada mana2 operator samada celcom, maxis atau digi.. yg penting area tu belum ada coverage atau coverage lemah… caranya kena datang ke pejabat wilayah dan sertakan cadangan tanah…

  45. linda said

    macam mana nak apply tower kat tanah saya.. area ampang indah, selangor.. blh bagi contact person x..

    • kumb@ng said

      puan boleh ke pejabat wilayah mana-mana telko dan cadangkan tanah tersebut…

  46. syakir said

    Assalamualaikum, mintak tolong saudara kumbang, saya ada tanah di kg sg tiram, ingin disewakan untuk buat menara telco. Bagaimana caranya?

    • kumb@ng said

      kalau kawasan sekitar tiada coverage mobile phone tuan boleh buat aduan ke MCMC dan cadangkan tanah saudara untuk lokasi pencawang…

  47. asma said

    Sy ada tanah nk disewakn pada syarikt Telco di kwsn pasang menora ,tasek gelugor ,p.pinang ,keluasan tnh lebar 100pnjng,147pesegi hubungi asma 0134042364

    • kumb@ng said

      kalau kawasan sekitar tiada coverage mobile phone tuan/puan boleh buat aduan ke MCMC dan cadangkan tanah tersebut untuk lokasi pencawang…

  48. mohammad said

    Salam sahabat, saya ada sebidang tanah di Kg Megabang Lekar, Batu rakit, Terengganu. masalah yang dihadapi ada sebahagian line tiada liputan langsung contohnya U mobile, ada line yang kurang clear contohnya maxis dan hotlink, agak ketinggalan bagi syarikat yang tiada line, malah agak kecewa bila nak gunakan perkhidmatan broadband. kawasan agak padat dengan penduduk dan banyak pusat-pusat peranginan serta resort malah dua pusat pengajian yang besar (UMT & Uniza). persoalannya ;

    1. adakah layak sekiranya saya mohon untuk mendirikan menara ini?
    2. jika layak dengan sapa saya harus berurusan?
    3. apa yang harus dilakukan bagi tindakan susulan?

    Wasallam…

  49. tumpang tanya said

    Kumbang,

    saya ada rumah banglo 4 tingkat, atapnya rata bersimen, kalu nak sewakan bahagian atap pada telco company, boleh ke? keluasan 20 x 36, lokasi di bandar baru bangi.

  50. nadia said

    kumb@ng, saya ada dua tanah satu di Simpang renggam 5 ekar. Sana mmg terukkkk sgt2 signal telefon. Kawasan kelapa sawit. Saya mau offer pd syarikat komunikasi untuk menyewa tanah tu. boleh bagi suggestion skit untuk buat proposal and attention kepada siapa / department mana tawaran tu perlu dihantar?

    Satu lagi di Ajil, terengganu. 2 lot.

    Thanks kumb@ng

  51. ewan said

    saya ada tanah di meru jalan kapar,selangor untuk disewa untuk projek pemasangan menara…kalau berminat boleh emel di ewanmazlan@gmail.com….jadi boleh x kumbang beritahu prosedurnya…memang tengah mencari penyewa tanah…t.kasih

    • kumb@ng said

      encik boleh rekemen ke pejabat celcom wilayah tengah tapi dengan syarat kawasan itu tiada liputan…

      • zamri said

        Assamualaikum……

        Tuan, nak tanya , saya mempunyai tanah kawasan hulu telemong, kawasan hulu terengganu. kawasan berhampiran tasik kenyir bercadang sewa tanah untuk pemancar telekomunikasi. mana-mana syarikat berminat. macam mana ngin disewakan untuk buat menara telco. Bagaimana caranya?

  52. mior mohd asri bin abdul hamid said

    Tiada coverage mobile phone di kawasan mukim Chegar Galah dan sekitarnya seperti Lenggong,Sauk,Temong kati dan sekitarnya.Pihak kumb@ng atau syarikat terbabit boleh hubungi saya untuk mendirikan pencawang di area terbabit.0125552347@joe

  53. isma said

    assalam en kumbang,kebiasaanya brape k sykt telco sewa utk sebidang tanah utk dirikn tower?

  54. Luis said

    I usually do not leave many comments, but I looked at through a few
    responses on Adakah pencawang telekomunikasi bahaya?
    | destinasi kumb@ng : perjalanan ku…. I do have 2 questions
    for you if it’s allright. Is it just me or do a few of the comments come across like they are left by brain dead folks?
    πŸ˜› And, if you are posting on other online sites, I’d
    like to follow you. Could you make a list of the complete urls of your social pages like your linkedin profile,
    Facebook page or twitter feed?

    • kumb@ng said

      my facebook at the top right at this page…

      • zamri said

        Assamualaikum……

        Tuan, nak tanya , saya mempunyai tanah kawasan hulu telemong, kawasan hulu terengganu. kawasan berhampiran tasik kenyir bercadang sewa tanah untuk pemancar telekomunikasi. mana-mana syarikat berminat. macam mana ngin disewakan untuk buat menara telco. Bagaimana caranya? kalo kawasan terengganu ada wakil dari telco tak.

        baru2 ni ada pihak syarikat dari di wah SKKM cari tapak tanah kawasan hulu terengganu, tapi kawan terlupa minta no. tel, boleh percaya tak.

  55. sahera said

    Salam … Saya nk tnya, Tanah ayah sy tlh disewa utk pncwang celcom 3 tahun yg lpas. Masalahnya skrng, byaran bln nie xmsuk dlm akaun. adkah prjnjian tlh tmat dan prlu dperbaharui? dkt mne sy nk buat aduan kes nie? Kota Tinggi, Johor…

  56. mr lim said

    kalau tanah ada satu ekar ada pencawang elektrik,sesuai tidak untuk diri pencawang telekomunikasi

  57. eley sun said

    as salam kumbang. macam ni kami mungkin jadi owner tanah 9 ekar di satu kawasan kelantan. kawasan bukit tinggi. Masalahnya bila kami tengok tanah ada pencawang elektrik lalu kat tanah tu ambil lebih kurang 2 ekar. So tinggal 7 ekar je boleh pakai. Masalahnya boleh tak kami minta pampasan pada TNB. Berapa mereka bayar ..bulan ke tahun. Memandangkan sebelum ini tiada orang yg menuntut pampasan…kami pun tak tahu mengapa ..yg pasti dalam geran takda pulan tunjuk ada pencawang elektrik.

  58. eley sun said

    Maaf nak neri info. owner 1 dan 2 ialah orang kampung, mungkin tak reti mintak pampasan…ketiga engineer tapi takda masa..dan kami bakal keempaat.

  59. zie said

    assalamualaikum sy nk tanya…..tanah rmh sy dh di pancawang celcom, tetapi pihak ATM mengarah kan untuk menroboh kan nya. Apa kah hak saya

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Leave a reply to kak nurul Cancel reply