Parlimen Bubar Hari ini

~salam~

Akhirnya Parlimen dibubar hari ini. Kenapa hari ini? Hanya Pak Lah yang mengetahui. Walhal pada hari sebelumnya Pak Lah menafikan akan membubar Parlimen pada 13 Feb 2008. Mungkin juga Pak Lah memang suka bermain teka-teki.

Yang nyata cakap-cakap ramai orang Pak Lah suka angka 13 sudah terbukti. Mungkin Pak Lah menganggap angka itu bertuah bagi dia dan BN. Kita tengok keputusannya nanti pada…..Ops! tarikh Pilihan Raya Umum belum diumumkan lagi bila….

Sempena pembubaran Parlimen hari ini, saya kembali mengupdate blog setelah tidak berbuat demikian kira-kira sebulan lalu. Kira-kira sebulan lalu hingga lah hari ini jadual saya agak padat. Biasalah awal tahun. Sibuk dengan kerja-kerja dalam pejabat, luar pejabat dan juga luar daerah.

Ditambah lagi dengan kerja-kerja melawan arus untuk PRU-12. Disamping itu terlibat pulak dengan latihan Tenis Meja(Ping Pong) untuk kejohanan tertutup Celcom di KL pada 23 Feb 2008.

Walaupun tak sempat mengupdate saya masih berkesempatan melawat blog-blog kegemaran saya samada disedari tuan punya blog atau tidak. Tak kisahlah, yang penting ’sesuatu’ yang saya perolehi setelah melawat dan membaca post-post terkini dari blog kegemaran saya. Blog-blog kegemaran saya seperti yang terdapat di sebelah dan technorati.

Oklah, masa dah time. Lepas ni nak ke bilik gerakan lepas tu sambung kerja malam makan gaji(menaik taraf perkhidmatan) hingga dinihari.

So..jumpa lagi esok…err..lusa…atau mungkin tulat…insyaALLAH….kalau ada masa lah….tapi saya rasa macam nak update lebih kerap…tengoklah nanti ya… :)

Sekian.

9 Comments »

  1. pakdi said,

    February 13, 2008 @ 10:53 pm

    byk keroje ghupenye…

    :D

  2. sebol said,

    February 13, 2008 @ 10:57 pm

    Ko masuk je la laman ni,
    http://taman-pitis.blogsite.org/ (kena tunggu loading dlm 25 saat)

    pilih topik menarik.

  3. Dik Mal said,

    February 14, 2008 @ 10:57 am

    Kejohanan Ping Pong kat KL?kat mana tu.. bole belanje Dik Mal makan ni..hohoho… jap2 pikir makan apa.. haha tak lain tak bukan, pizza la kan :D keh keh keh..tk pun nasi kandar kat pelita… hahahahhaha

  4. Ku ina said,

    February 14, 2008 @ 5:25 pm

    bz erk? mengalahkan Pak Lah no….statement mcm nie artis Mesia selalu buat i.e CT …

  5. syia said,

    February 15, 2008 @ 7:47 am

    bz memanjang hehe.. tak pe tak pe.. sedia menanti update blog ni :)

  6. Qaiyum said,

    February 15, 2008 @ 1:44 pm

    Jom Exchange Link Encik Kampung. Hehe..

  7. kumb@ng said,

    February 16, 2008 @ 1:27 am

    pakdi > selagi bole keroje…keroje lah…. :D

    sebol> menarik web ni… :)

    dikmal > kat mane ek game ping pong tu?err…kat cheras agaknya….. :D

    ku ina > bz ni memang nak kalahkan pak lah…hehe

    syia > tq bebanyak kerana sedia menanti… :)

    qaiyum > encik kampung?!#@%~~* err….nak exchange link takde hal….dah letak dah…cuba tengok sebelah…

  8. alirfan said,

    February 16, 2008 @ 3:09 pm

    semoga apa yang dicitakan, paling kurang, mendapat berkat. Jangan disoalkan akan kemenangan. Yang penting, perjuangan. Tapi, alang-alang berjuang biar sampai menang hendaknya. JOM LAWAN ARUS.. hehe

  9. kumb@ng said,

    February 17, 2008 @ 1:12 am

    alirfan…JOM….bukan mudah melawan arus, cabarannya dari kiri,kanan,atas,bawah. kalah dah jadi lumrah…kalau kali ni menang, pihak yang kalah pasti tak boleh terima… :D

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Leave a Comment