~salam~
Tiada peristiwa yang terpenting sekarang ini selain tarikh di atas. Pada hari itu rakyat berkuasa menentukan siapa yang bakal memerintah negara. Calon-calon pula kesana-kemari mencari pengundi. Masa inilah apa yang diminta pasti dikota. So, apa lagi?
Sebelum tu, adakah anda bersedia untuk mengundi?
Mesti ada yang jawab…
- Itu sudah semestinya kerana itu tanggungjawab saya!
- Err…rasanya saya dah layak mengundi tapi…tak sempat daftar la pulak..
- Saya dah daftar tapi kat mana saya nak mengundi ek?
- Saya tengah bersemangat nak mengundi ni…tapi belum layak la pulak…hehe
- Gua tak amik port la…undi tak undi wa macam ni jugak!
Wah! macam-macam perangai ada. Dari 22 juta penduduk Malaysia, lebih kurang 10 juta layak mengundi. Salah seorang mungkin anda, maka pilihlah dengan bijaksana ya.
p/s : semakan daftar pemilih
Sekian.












afham said
cam ne la nk dikatakan negara demokrasi kalo rakyat malaysia keseluruhannya participate..ish3..
Qaiyum said
Aa?? Ape Maksud Inchek Afham ?? Kalau 22 Juta Penduduk Malaysia Jadi Pengundi Maknenye Tak Demokrasi??
zool said
Ye lah..
tak paham apa maksud si afham ni??
kumb@ng said
maksud afham tu mungkin TAK participate…dia lupa nak bubuh TAK…
syia said
syia lagi teruk x mendaftar langsung sebagai pengundi..
kumb@ng said
syia..at least syia sedar kepengtingan mengundi..
Hidet said
aku lagi pening..aku dah daftar..
sebelum ni aku chek, nama aku dah ada kat SPR nye hompej..
alih2, pas pengumuman pilihanraya hari tu, aku chek sekali lagi dah xde nama aku..
apsal jadi lagi tu?
megat said
Ya betul, dengan bijaksana. Pilihan dengan menggunakan kebijaksanaan bisa mengubah arus kemodenan dan kestabilan negara kita. Fikirkan lah!
idblogsaya said
haih.. tahun ni tak dapat balik mengundi la nampak nye
alirfan said
Huh.. aku nak daftar camne.. nanti aku kene undi pos.. tu pon bahaya..
kalau aku pangkah lain, kang kedutaan cek kertas undi aku.. silap2 kene tarik balik segala keistimewaan aku ni kang.. Huarghhh.. Tolong berikan tip berguna!!!
kumb@ng said
Hidet -> jiran saya dah meninggal beberapa tahun dulu….tapi nama masih dalam senarai pengundi…macamane tu?!#.. hanya SPR bole selesaikan masalah ni…
Megat -> ya! orang yang bijaksana akan memilih pemimpin yang juga bijaksana….
idblogsaya-> ni macam kat seberang laut je….undi pos?
alirfan ->
satu undi boleh mengubah segala,
apakan daya masa depan lebih utama,
kalau macam itu gamaknya,
memang benar ketelusan hanya ungkapan semata…
afham said
kumbang bijak..faham maksud aku..
Ku ina said
sy x mau mengundi sbb sy x prcaya slogan UNDI ITU RAHSIA!
kumb@ng said
afham -> faham eh..
ku ina -> saya ponn…slogan tu patutnya…UNDI ITU RAHSIA KERAJAAN!
zool said
Walau apa pun undi tetap undi….
Ia tetap tanggungjawab…
pakdi said
aku ingat nak tukar tempat mengundi ke rembau la.
haha…
Irdzra said
hmm..patut dah boleh mengundi..tp..tak register lagi..so erm..nampaknye..melepas la kali nie..huhu..
sadis sadis..
alirfan said
OK, semalam aku dah jumpa solusi.
Aku mencecah 21 pada April ini. Nampaknya tak sempat.
Jadi, aku akan buat yang terbaik sebaik aku pulang dari sini. Doakan pejuang-pejuang kita. Yarooozeyyy…