Ba Alif Ba Ya

~salam~

Mungkin isu ini agak lapuk tetapi saya terpanggil untuk menulisnya sebagai pendapat peribadi…

Sejak beberapa hari lalu saya tiada di ’sini’ kerana berada di ’sana’, pulang saja disajikan dengan kisah hangat pasal ba alif ba ya(sebut…Ba Bi) di Selangor. Semua maklum Selangor sekarang ni kerajaannya bukan ba ya alif ya nun (sebut…Bi iN), maka macam-macam cara orang-orang yang tak puas hati akan lakukan untuk burukkan kerajaan yang baru memerintah sebulan lebih ni.

Isunya bukan besar sangat iaitu pasal nak modenkan penternakan ba alif ba ya. Bukan kah bagus, tutup banyak kandang kemudian bina hanya satu(1) kandang saja. Taklah mengusutkan penguatkuasa nak memantau kandang-kandang yang bersepah sana-sini. Sudahlah bersepah, mencemar alam pula. Bukan saja di Selangor, di Melaka, di Negeri Sembilan juga terdapat kandang-kandang bersepah yang mencemar alam sekitar.

Pada saya sepatutnya peluang harus diberikan kepada kerajaan Selangor membuktikan apa yang dirancang ini untuk keselesaan rakyat pada masa hadapan. Kisah ba alif ba ya dan pencemaran memang sensitif terutama pada orang Melayu dan Islam tetapi demi menghormati kaum yang menjadikannya sebagai makanan maka adalah menjadi tanggungjawab kerajaan negeri memenuhi permintaan ini dengan melaksanakan secara sistematik demi mengelak pencemaran.

Realistiknya apa yang kerajaan Selangor lakukan, bukan semata ingin mengambil hati tetapi lebih kepada tuntutan sosial dan keadilan sebagai pemerintah kepada orang bukan Islam dan juga orang Islam.

Sekian.

8 Comments »

  1. arsaili said,

    April 14, 2008 @ 11:04 am

    salam bro..lama tak ke mari..moga agama kita tetap terpelihara

  2. zool said,

    April 14, 2008 @ 3:58 pm

    Lama tak singgah sini…
    Ops sini pun cerita ba alif ba ya .. juga..

  3. abahfateh said,

    April 16, 2008 @ 9:50 pm

    haiwan ini makhluk Allah juga, pasti ada rahsia diturunkan haiwan ini. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

    Sedih, kita bergaduh kerana haiwan ini.

  4. roshatika said,

    April 17, 2008 @ 5:09 pm

    Bagi akak perkara ini tidak sepatutnya dipolitikkan. Kita kena terima hakikat ada bangsa lain yang memerlukannya. Berilah peluang kerajaan baru membuktikan kaedah moden yang ingin dipraktikkan tidak mencemar alam sekitar.

    Kalau kaedah baru ini pun mencemarkan alam sekitar, nanti kita bantai ramai-ramai…..

  5. kumb@ng said,

    April 18, 2008 @ 2:45 pm

    arsaili ->terima kasih kerana masih sudi kemari.. :) sama-samalah menjaga agama kita agar dihormati oleh penganut lain..

    zool ->kisah terhangat dipasaran… :D

    abahfateh -> setiap yg ALLAH diturunka pasti ada hikmah…cuma manusia sebagai khalifah di tanah ini mencorakkan menjadi negatif atau positif…

    roshatika ->ya kak..sistem yg ada sekarang sudah terbukti mencemar alam dan sistem baru blum dilaksana maka hasilnya tak tahu bagaimana…tunggu,lihat…baik atau buruk baru bertindak… :)

  6. fared said,

    April 19, 2008 @ 2:15 pm

    ba bi….ba bi….xpnah sudah..baik la bela kambing ka lembu ka ayam ka…lagi bagos.tul x cik kumbang?

  7. zool said,

    April 27, 2008 @ 1:13 pm

    Assalamualaikum..
    dah lama tak post..
    Banyak keje ek???

  8. kumb@ng said,

    April 27, 2008 @ 11:38 pm

    waalaikumsalam….hehe..post opis…cuti… :D

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Leave a Comment