Menara Telekomunikasi penyebab Kanser?

~salam~

Saya pernah menulis tentang ini dulu. Kalau rajin bacalah.

Pada pendapat saya Doktor yang membawa isu ini ke media melakukan kajian secara rambang tanpa fakta dan bukti saintifik yang kukuh. Selain kesan radiasi dari menara telekomunikasi orang ramai juga sentiasa terdedah dengan radiasi dari pancaran matahari, gelombang elektrik, monitor crt komputer/TV, gelombang elektromagnetik telefon bimbit, radio komersial, TV, Satelit, WiFi dan Wireless Router yang di pasang dirumah. Banyak kan.

Penyebab kanser pula tidak semestinya dari kesan radiasi tetapi dari pelbagai sumber contohnya air yang tidak bersih, makanan, bekas makanan, asap kenderaan, asap kilang, asap rokok dan macam-macam lagi termasuk bahan pencuci seperti pencuci muka, pencuci lantai, syampu, ubat gigi yang menggunakan bahan asid terlarang. Banyak juga kan.

Sebagai penyedia perkhidmatan telefon mudah alih menempatkan menara telekomunikasi di lokasi yang sesuai adalah penting. Penting kerana memenuhi keperluan pelanggan yang inginkan liputan yang terbaik. Sudah semestinya pemasangan menara di lokasi yang terpilih adalah mengikut garis panduan dan kebenaran oleh pihak berkuasa.

Meminta atau memohon mengalihkan menara merupakan hak penduduk tetapi janganlah pula membebel selepas ini isyarat telefon lemah hingga sukar berkomunikasi. Pengguna yang memilih, pengguna jugalah yang harus terima akibatnya.

Saya tidak menafikan hak awam untuk berasa bimbang terhadap sesuatu risiko bila mana masalah kanser ini telah terjadi dalam keluarga sendiri. Lebih banyak publisiti tentang isu ini akan mewujudkan lebih kekeliruan dan kerisauan kepada pihak lain.

Pilihannya sekarang hendak atau tidak kemudahan ini diteruskan? Jika tidak robohkan saja dan bina jauh dari penempatan manusia. Habis cerita. Lepas tu jangan komplen ya. ;)

Sekian.

3 Comments »

  1. nadlique said,

    May 6, 2008 @ 7:22 pm

    Contoh terbaik utk menunjukkan yg manusia tak pernah puas.

    Ataupun juga contoh utk tunjukkan bahawa kita tak boleh puaskan semua org sekaligus :)

  2. zool said,

    May 6, 2008 @ 11:06 pm

    Oo patutlah menara kat ….. tak jadi buat dan dibantah oleh …………
    Ada radiasi ye kumbang??

  3. kumb@ng said,

    May 6, 2008 @ 11:22 pm

    nadlique…yup…bila kejar yang itu, yang ini pula tertinggal…

    zool…radiasi ada kat mana2 cuma kuat atau tak jek..dan radiasi dari menara telekomunikasi(20-40 Watt) taklah sekuat radiasi dari isyarat TV dan radio(1000 Watt)….so?

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Leave a Comment