Berita ni keluar kat TV3 semalam. Dipaparkan MP-MP sedang check in di KLIA dan bersiap sedia hendak berlepas ke Taiwan. Khabarnya nak belajar tentang pertanian. Baguslah. Mungkin nak belajar teknologi baru.
Peliknya kenapa tak hantar Menteri Pertanian dan yang sewaktu dengannya?oooooo….ini untuk ahli kelab penyokong BN…ooooo…
Secara tiba-tiba kan kerajaanLAH buat keputusan. Mungkin dengan sebab ada teknologi baru, kerajaan pun secara ‘tiba-tiba’ meluluskan MP-MP ni melawat ke negara yang tiada hubungan diplomatik dengan Malaysia untuk belajar pertanian di sana. Tetapi, kenapa pilih Taiwan? bukan China, Jepun….
Dari pengamatan aku, nampak macam tergesa-gesa kerajaan buat keputusan atau mungkin nak me’lari’kan sesuatu. Takpalah kita bersangka baik di bulan Ramadhan yang mulia ni. Anggap saja kerajaan punya sebab munasarawak hantar rombongan cik kiah MP ke Taiwan. Bagi orang Islam, inilah peluang nak berTerawih kat Taiwan.
Persoalan lain, ikhlas ke, rela ke MP-MP yang pergi tu guna duit sendiri? Ke luar negara pulak tu. Kos ke sana pulak bukan ciput. Koman-koman pun ribu-riban. Dalam bab ni, banyak ek duit MP….
Cerita pasal kos ni, baru-baru ni aku ke Sabah. Kunjungan aku Sabah lebih kurang macam MP juga lah. Ditugaskan untuk belajar. Bezanya semua perbelanjaan aku di tanggung beres oleh syarikat.
Pergi Sabah kena naik kapal terbang. Harga tiket class ekonomi pergi balik JB-KK, RM1800++. Mahal sebab naik MAS dan kena transit kat KL dulu. 5 jam wei untuk perjalanan dari JB-KL-KK.
Kalau naik Air Asia ada direct flight, harga bawah RM1000 dan 2 jam aja perjalanan. Tetapi oleh kerana polisi syarikat memang untuk menambah pendapatan MAS, aku ikut aja.
Hotel pula untuk 5 hari 4 malam, lebih kurang RM900++. Campur meal allowance, tambang teksi, gedebak gedebuk belanja untuk aku sorang lebih kurang RM3500++.
Itu contoh perbelanjaan orang biasa-biasa macam aku. Kalau MP, naik kapal terbang mesti first atau bisnes class yang harga 2-3 kali ganda dari class ekonomi. Duduk hotel sudah tentu yang 5 bintang ke atas. Tempat nak melawat dan belajar tu takkan free mesti kena bayar melainkan dah kontra.
Cuba bayangkan kos perbelanjaan seorang MP untuk lawatan sambil belajar tersebut? Silap-silap jejak puluh ribu seorang. 50 orang? Ho..ho…Kalau bagi sedekah kat orang miskin lagi la bagus.
Harapan aku sebagai rakyat sekembalinya MP-MP nanti dapat menyumbang sesuatu kepada industri pertanian negara. Bantulah petani kita dengan menaik taraf hidup mereka yang semakin tertekan akibat dari Minyak Naik, Barang Naik.
Tak pun apa yang MP belajar tu boleh apply pada diri sendiri, manalah tau ada perubahan kuasa nanti. Boleh jadi petani moden. Jauh tu menuntut ilmu pertanian, sampai ke Taiwan! Guna duit sendiri lagi!