Ni untuk pelanggan yang hendak bertukar ke Celcom sahaja. Ke lain tatau…
1. Pergi ke Cawangan Celcom, Blue Cube outlet atau kedai dealer terpilih. Terpulang nak pegi naik bas, komuter, Putra, kereta, motor atau basikal. Di sana nanti anda kena isi borang dan kemudian akan diberikan sim kad baru. Sabar ya, simpan sim kad itu. Jangan tukar dulu.
2. Sebelum tu, pastikan line yang di guna sekarang masih aktif, tiada bayaran tertunggak dan juga tidak terikat dengan kontrak(postpaid). Kalau prepaid pastikan nombor tu anda punya. Kalau nombor orang lain tak dapat bai…
3. Selepas isi borang terpulang pada anda samada nak tunggu kat situ atau sambung kerja kat ofis atau balik rumah atau jalan-jalan kat KLCC. Kalau masa tu anda tengah jalan-jalan kat KLCC(ooo…ngular ya…), satu sms akan dihantar sebagai pemberitahuan status pengaktifan. Tempoh proses penukaran adalah 1-5 hari bekerja. Masa tu anda masih boleh menggunakan sim kad lama.
4. Kemudian, mungkin anda kat ofis atau dalam kereta. Anda akan menerima sms kedua menandakan pengaktifan telah berjaya dan pada masa itulah perlu menukar sim kad baru. Ingat ya, kalau tengah memandu jangan tukar. Bahaya beb.
Mudahkan. kalau berhajat jom lah tukar…











