Setiap hari sejak 2 minggu lalu kita disajikan dengan berita Israel menyerang penduduk Palestin di Gaza. Dan, setiap hari juga angka kematian terus meningkat dari puluh ke ratus dan mungkin mencecah ribuan jika keganasan Israel ini tidak di kekang.
Sebagai saudara se Islam yang simpati dengan nasib rakyat Palestin, apa yang boleh kita buat untuk membantu mereka?
Adakah cukup dengan berdemontrasi membantah kekejaman Israel?
Adakah cukup dengan menghantar memorandum kepada duta Amerika di Malaysia?
Adakah cukup dengan memboikot produk Israel dan sekutunya?
Mungkin semua itu cukup sebagai menyatakan sokongan dan simpati kita kepada rakyat Palestin yang ditindas oleh Israel dan juga sebagai isyarat kepada dunia luar yang berkuasa seperti PBB dan Majlis Kesemalatan Dunia supaya hentikan segera keganasan Israel terhadap rakyat Palestin.
Kalau tanya aku, aku pun tak tahu apa cara terbaik yang boleh membantu rakyat Palestin. Nak harap Superhero, semua tu hanya dongeng dan gula-gula ciptaan Amerika sahaja. Jika hanya duduk diam tanpa buat apa-apa seolah tidak sensitif dengan apa yang Israel telah lakukan pada rakyat Palestin.
Atau boleh aja……Mangkuk Hayun! Anak Haram! Haram Jadah!Lahanat! Anjing! Mampus Israel!
Apa pun sumpah seranah, maki hamun, sudah tentu tak dapat membantu rakyat Palestin dari terus ditindas.
Apa kata tenangkan diri sebentar dan pergi ke satu sudut dan berdoalah…
“Ya Allah!! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah…….. turunkan lah bantuan mu kali ini kepada orang orang Islam di Palestin, hancurkanlah rejim zionis.. amin . …”
Surah al fil:
