Archive for February, 2009
February 24, 2009 at 8:11 am
· Filed under Al-kisah, Catatan, Coretan, Itu Ini, Saja je, Saya, Semasa, Umum ·Tagged Bandung, Geng, Ipin, Jusco, Liverpool, Manchester United, Persib, Upin
Petang Sabtu lalu aku dan family jalan-jalan kat Jusco Tebrau sementara nak menunggu masuk ke panggung menonton filem Geng (Upin dan Ipin). Semasa sedang asyik berjalan-jalan sambil pandang kiri dan kanan lalu terserempak pula dengan kawan se-ofis dan family yang juga nak tengok wayang cerita Geng.
Lalu berbuallah kami sambil berdiri seolah lama tak jumpa padahal kawan aku tu baru hari semalam(Jumaat) jumpa kat ofis. Masa kami tengah berbual di tepi kaki lima kedai baju reject shop memang orang tengah ramai lalu-lalang.
Sambil berbual aku tengok muka wife aku pelik semacam. Tiba-tiba dia tegur…
Wife : “B…saya pelik lah, bila orang lalu belakang B semua berhenti…lepas tu macam ada baca something…”
Aku : Sambil sengih….”Oh! tu semua penyokong Em You….hihi…”
Wife : “Penyokong Em You???!#@%&…”
Nak tau apa ada kat belakang baju aku?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Permalink
February 18, 2009 at 7:38 am
· Filed under Itu Ini, Pengumuman, Semasa, Umum ·Tagged proton exora, Proton mpv
Lebih kurang gini lah MPV tu….


Berminat? Apa lagi, tempah jangan tak tempah…
p/s : untuk paparan gambar proton exora a.k.a mpv nasional sila ke http://www.paultan.org kat sini lebih detail. Terima kasih kerana ziarah blog saya.
Permalink
February 5, 2009 at 9:36 am
· Filed under Coretan, Isu, Itu Ini, Pesanan, Politik, Semasa, Umum ·Tagged BN, DAP, PAS, Perak, PKR, UMNO
Cuma fikir hikmah disebalik apa yang berlaku berdasarkan ayat ini……….
“Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan!
Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki,
dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki.
Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki,
dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki.
Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan.
Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. ”
Al ‘Imran , ayat 26.
Hari ini mereka boleh suka, ketawa berderai-derai kerana berjaya menipu rakyat Perak….akan datang?
Kalau DUN tak diperkenan untuk bubar…takpe tunggu PRU13…kasi bungkus itu semua penipu-penipu rakyat!
Permalink