siapa kumb@ng?

kumb@ng atau nama sebenar Mohamad Azhar b Mohamad Noor. Dilahirkan, disekolahkan, ditugaskan dan ditinggalkan di Johor Bahru. Berkelulusan institusi pengajian tempatan dan sekarang ini bekerja sepenuh masa di syarikat telekomunikasi sebagai eksekutif teknikal.

Bertugas di syarikat telekomunikasi telah memberi peluang kepadanya menjelajah ke seluruh pelusuk daerah di negeri Johor dan Melaka. Disamping berpeluang bekerja di negeri-negeri lain di Malaysia dan negara jiran seperti Singapura dan Kemboja.

90 % aktiviti kerja dilakukan di luar pejabat iaitu di menara-menara telekomunikasi yang tersergam di sana-sani sebagai memenuhi keperluan pelanggan untuk berkomunikasi menggunakan telefon bimbit.

Masa-masa terluang dihabiskan dengan duduk di hadapan komputer, bersiar-siar disamping bermain futsal seminggu sekali. Mula berblog pada tarikh keramat 9 May 2007 dengan tujuan mencabar dirinya supaya melakukan perkara yang kurang di gemari iaitu menjadi penulis.

Kesempatan menulis di blog ini digunakan untuk berkongsi cerita, pengalaman, luahan rasa dan kritikal sosial sementara dalam perjalanan menuju destinasi yang diimpikan.

Sebarang komen, pertanyaan dan persoalan boleh berhubung di alamat email kumbang95@yahoo.com . Oleh kerana beliau baru belajar berblog, segala teguran dan kritikan amatlah di hargai.

18 Comments »

  1. Imo Imora said,

    July 4, 2007 @ 1:49 am

    Blog yang memang menarik. Umo lak? :-)

    kumb@ng: umo…ehem…dah lebih suku abad… :D

  2. dikmal said,

    July 7, 2007 @ 8:07 am

    suku abad…huik…keh kh keh..

    kumb@ng: huk…huk…terbatuk plak… :D

  3. iyalah said,

    August 7, 2007 @ 5:45 pm

    kunjungan balik.. salam kenal..

    kumb@ng: ahlan walsahlan… :)

  4. taqiyuddin said,

    October 7, 2007 @ 11:27 am

    Kumb@ng, thanks tolong aku tempoh hari..ahaks..
    dikmal tue..

    kumb@ng: same-same…

  5. mawarungu said,

    October 21, 2007 @ 4:22 pm

    salam kenal…. blog yg penuh ngan info…. tahniah…

  6. hismid said,

    October 24, 2007 @ 3:34 pm

    slamat maju jaya…

  7. Osman Affan said,

    November 2, 2007 @ 12:21 am

    Assalamualaikum.

    Kumbang (Azhar), selamat berkenalan. First time saya ke blog ini, isi kandungan sangat menarik. Banyak dapat saya belajar sama. Semoga usaha murni ini berterusan. Tahniah. :)

  8. kumb@ng said,

    November 2, 2007 @ 2:57 pm

    waalaikumsalam..

    oh! macam tak percaya seorang yang popular dan kagumi bernama osman affan sudi berkunjung ke blog ini. macam mimpi pula…hehe.. :D

    juga…saya tak sangka seorang bernama osman affan mengatakan kandungan blog ini menarik. tentunya saya gembira walaupun saya akui masih banyak kekurangan yang perlu dibaiki.

    apa-apa pun terima kasih bebanyak atas kunjungan terhormat ini….saya juga banyak belajar dari blog saudara.. :)

  9. Osman Affan said,

    November 3, 2007 @ 12:08 am

    Assalamualaikum.

    Azhar… :) kalau menarik mesti kena kata menarik kan? Apa pun, biasa la kalau ada kekurangan, semua blog yang hebat pun mesti ada perkara yang boleh dimajukan.

    Teruskan berkarya. :)

  10. kumb@ng said,

    November 3, 2007 @ 8:32 pm

    sekali lagi terima kasih..dorongan dari saudara tentunya memberi semangat kepada saya untuk hasilkan yang terbaik..insyaALLAH… :)

  11. helplineenterprise said,

    February 28, 2008 @ 12:47 am

    assalammualaikum..
    kalau berkawan dapat diskaun dalam phone call tak??
    wakakakakak

  12. kumb@ng said,

    February 28, 2008 @ 9:20 am

    waalaikumsalam…

    bro..skang ni pun latest package celcom ada diskaun. Nama plan Pelan Eksekutif Celcom. Baru je launch.

    Tawarannya, kalau bil bulanan…
    rm60-79.99 -> 10%,
    rm80-149.99 -> 20%
    lebih rm150.00 0 -> 30%

    note: diskaun untuk call dan sms domestik.

    amacam? ada brani ka? kawan-kawan punya hage tu.. :D

  13. pakdi said,

    March 24, 2008 @ 6:52 pm

    kumb,

    macam mana nak activate kan fax tru celcom line ek? boleh guide?

    ws.

  14. kumb@ng said,

    March 25, 2008 @ 2:20 pm

    Pakdi..

    Jawapan:

    1. Mesti ada Celcom postpaid line.

    2. Pergi ke pejabat Celcom mohon untuk activate fax line.

    3. Untuk fax line, Celcom akan beri nombor lain. Maknanya dalam satu sim kad ada 2 nombor(satu untuk voice/sms,satu lagi untuk fax). Tambahan sewa untuk fax line,rm10.

    3. Info - Telefon yang ada facility fax -> Nokia Communicator.

  15. zaiful said,

    May 8, 2008 @ 12:31 am

    salam juara

  16. fella said,

    June 3, 2008 @ 10:06 am

    salam kumbang…
    bru layan u punya blOg arrrr…hehehe

  17. Thinkerich said,

    June 3, 2008 @ 4:02 pm

    Kumbang,

    Blog yang sarat dan kaya dengan pelbagai info dan cerita menarik…

    Salam kekayaan,

    THINKERICH

  18. Shinobi D. Awan said,

    June 26, 2008 @ 1:53 pm

    Bertukarlah kepada Uni Pax :)

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Leave a Comment