Archive for Nasihat

Ada apa dengan KL

Salam..

Hari ini hari ke-10 aku berada di KL. Bermakna tinggal 2 hari lagi aku akan pulang. Macam-macam feel sudah mula rasa, bosan, jemu, muak, tak amik port dan paling utama rindu pada kampung halaman di JB (rindu kat mak aku lah…).

Selama beberapa hari di sini sempat juga aku melilau-lilau di sekitar ibu kota metropolitan menyaksikan kehidupan penghuni kota dengan berbagai-bagai gelagat.

Memang macam-macam ada…. ;) Sebenarnya banyak kali dah gi KL cuma kali ni rasa nak tulis dalam blog pulak.

So, ada apa dengan KL? Selain KLCC, Hotel The Zon, Menara Naluri, Citibank, Pudu Raya, Hard Rock Cafe, Planet Hollywood, The Zouk, LRT, Monorel, Fly over, Tol, Restoren Pelita Nasi Kandar dan banyak lagi..?

Inilah apa yang aku maksudkan…..

Sekadar gambar hiasan hasil dari lensa kamera henfonku…

gambar hiasan tapi bukan super impose.. Read the rest of this entry »

Comments (8)

Pilihan Raya Umum ke 12

Salam..

Aku sekarang kat KL. Sudah 5 hari aku kat sini kerana berkursus. Minggu depan hari Jumaat baru balik JB. Ini entri ke-2 aku tulis langsung dari KL. Kalau kat JB masa agak terhad nak jengok-jengok blog sebab sibuk dengan kerja. Kat sini dapatlah luangkan masa lebih sikit. Habis kelas, terus balik hotel. Kalau dah balik hotel malas pulak nak keluar. Lepak-lepak tengok tv sambil belek-belek laptop. Sekali-sekala duduk kat tepi tingkap hotel menikmati pemandangan hutan batu di KL termasuklah KLCC yang jaraknya hanya 1 km dari tempat hotel aku menginap.

Hmm…termenung sat…nak tulis apa ek? Pakdi suruh aku tulis blog politik. Mesti boleh naik hits katanya. Menarik jugak cadangan tu. Blog aku pun macam dah suam-suam sebab jarang update. Sekarang ni macam-macam isu hangat ada. Menandakan PRU semakin hampir. Aku memang berharap PRU lambat lagi sebab lagi lambat, lagi lambat lah minyak dan tol naik harga.

Ari tu aku ada komen pasal perhimpunan BERSIH kat satu blog. Blog tu nama sejuk. Selepas aku bagi komen jadi panas pulak. Bukan apa aku rasa aku perlu terangkan tujuan sebenar perhimpunan BERSIH walaupun aku sendiri tak hadir. Negara ni kan negara demokrasi. Rakyat berhak bersuara dan berhimpun secara AMAN. Mungkin mereka-mereka yang kontra dengan perhimpunan tu dengar dari sebelah pihak je atau dapat maklumat yang tidak tepat. Read the rest of this entry »

Comments (5)

Malam-malam terakhir Ramadhan

Sedar tak sedar, Ramadhan semakin hampir ke penghujungnya. Bagi umat Islam yang benar-benar menghayati maksud Ramadhan pastinya akan bersedih kerana mungkin ini Ramadhan yang terakhir bagi mereka. Sementara tinggal beberapa hari ini, kita digalakkan melakukan amalan-amalan yang tentunya menjanjikan keberkatan dan pahala yang berlipat ganda.

Malangnya kebanyakan dari kita lupa tentang amalan-amalan yang sepatutnya dilakukan terutama pada malam-malam terakhir Ramadhan. Malam-malam yang seharusnya dimanfaatkan dengan beribadah supaya beroleh kerahmatan dan pahala yang digandakan dilekakan dengan persiapan untuk menyambut Hari Raya.

Amalan yang menyimpang ini sudah semestinya bertentangan dengan amalan yang diajarkan oleh Rasulullah saw. Rasulullah saw yang maksum pun begitu hebat beribadah pada malam-malam terakhir Ramadhan, pastinya kita sebagai umat yang sentiasa bergelumang dengan dosa sewajarnya berusaha untuk mendapatkan malam yang penuh keberkatan iaitu LailatulQadar.

Apa yang pasti, matlamat utama kita dalam mengejar LailatulQadar ini bukanlah sekadar untuk mengharapkan doa dimakbulkan semata. Sebaliknya, matlamat untuk mengejar LailatulQadar adalah untuk mendapatkan kerahmatan dan keampunan Allah atas segala keterlanjuran yang pernah kita lakukan di atas muka bumi ini.

Sudah tiba masanya kita mengubah perpepsi dalam masyarakat supaya tidak menyimpang dari amalan sunnah Rasulullah saw. Umat Islam harus disedarkan agar dalam keghairahan menyambut Hari Raya, jangan sampai terlepas peluang memperolehi keberkatan LailatulQadar.

Diharapkan masyarakat Islam hari ini dipasakkan dengan pemikiran bahawa malam-malam terakhir Ramadhan bukan masanya untuk berpesta sebaliknya meningkatkan amalan ibadah untuk kehidupan yang lebih hakiki nanti.

Pesanan ini juga untuk diri saya, yang baik datang dari Allah dan yang tidak baik dari kita sendiri.

Sekian.

Comments (3)

Tazkirah Ramadan : Akum

Untuk renungan bersama :

Janganlah kita menggantikan perkataan Assalamualaikum dengan Akum dalam apa jua melalui tulisan. Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan Salam iaitu sama makna dengan Assalamualaikum.

Perkataan Akum adalah gelaran orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud Binatang dalam Bahasa Ibrani. Ia singkatan daripada perkataan Avde Kokhavim U Mazzalot yang bermaksud Hamba-Hamba Binatang dan Orang-Orang Sesat.

Mulai sekarang jika ada rakan-rakan kita gunakan singkatan Akum, kita ingatkan supaya guna Salam atau tulis penuh Assalamualaikum.

Bersama-samalah kita memberitahu rakan-rakan yang selalu guna singkatan Akum dalam sms, email atau mungkin dalam blog. Semoga apa yang dikongsi ini ada manfaatnya.

Sampaikan lah walau sepotong ayat

Sekian.

* sumber : email

Comments (22)