Archive for Pesanan

Salam Aidil Fitri

Salam,

Kepada yang nak balik kampung(macam aku) berhati-hati di jalan raya, bukan apa Polis, JPJ, JAS ada merata-rata menunggu mangsa.

Ingat pesan ini, biar lambat asalkan tak kena saman dan paling penting selamat sampai ke kampung halaman.

Kepada yang tak balik kampung sebab memang dah dok kampung, takde kampung atau cuti kena gantung, jimat sikit kos, untung..

Ala, kat mana-mana raya tetap raya cuma suasana mungkin beza…

Bagi kanak-kanak, budak-budak raya ni memang untuk mereka…

Bagi kita yang bukan budak lagi yang best sebab dapat cuti lama…

Akhir kata, buat semua yang sudi menjengok blog ini walau tak pernah bersua, jika terkasar bahasa, tersilap kata ampun maaf ku pinta.

Syawal ini masanya untuk kita membersihkan dosa sesama rakan-rakan, saudara-mara juga ibu bapa..

Semoga ditemukan lagi pada Ramadhan dan Syawal akan datang.

Wassalam.

Comments (11)

Sembang Ramadhan

Lokasi : Ibu Pejabat Wilayah Selatan.

Masa : Pagi, lebih kurang pukul 9.30 pagi.

Apa cer… ?

.

.

Sedang gua aku tengah baik punya layan sembang politik dengan sorang rakan (rakan 1), tiba-tiba gua aku telah disapa oleh seorang lagi rakan (rakan 2) yang duduk disebelah rakan 1.

Rakan 2 : “Zhar! pagi-pagi perut dah lapo ni!”

Aku : “Puasa memang le lapar….dugaan….hmmm…ko tak sahur ke?!”

Rakan 2 : “Sahur…..tapiiii…rasa lapo pulak hari ni, macamane nak hilangkan ek?!”

Aku : “Hmmm….haaaa! senang je tu…”

Rakan 2 : “Macamane?!”

Aku : “Ok. camni, ko keluar dari ofis ni, pas tu ko lari keliling ofis 2-3 lap. lebih pun takpe. Lari lagi laju lagi bagus, cepat sket kesannya. Cuaca pun tengah panas ni, sangat membantu…..Cubalah!!”

Rakan 2 : Ooooooo…..”

Aku : “Selepas ko rase dah tak larat nak lari, naik semula ofis. Gua Aku yakin lepas tu ko akan rasa penat, haus, mengantuk, nak tidur dan macam-macam rasa lagi…….lapar ko mesti hilang punya!!”

Rakan 2 : “Errrr…..tak ya gak…..boleh pakai teori ko ni…”

Aku : :D

.

.

Kepada yang membaca, kalau nak cuba, silakan….. ;) :D

Comments (6)

Ubah Cara Hidup! Ubah Gaya Hidup!

Ni surat yang nak di hantar kat PM kita. Bukan saya tulis. Ada lah sorang kawan tu fanatik giler kat PM kita. Dia mintak tolong panjang-panjangkan. Jadi saya post kat sini..

Kepada Pak Lah… PM kesayangan ku

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepade Pak Lah kerana menaikkan rege minyak..
Selepas ini apebile rege minyak naik.. rege barang yg lain akan naik..
Saya akan merubah tabiat saya dari makan ikan kembung yang dah merah mate dan pecah perut kepade ikan kering saja..

Saya sanggup berkorban untuk UMNO dan BN..
Anak saye yg seramai 5 org itu boleh bekerje selepas waktu sekolah untuk membantu keluarga dan meneruskan tradisi menyokong UMNO dan BN..
Saya akan merubah bilik-bilik yg ade di rumah saya untuk dijadikan tempat menternak ikan dan menanam sayur secare hidroponik..
Saya terpakse tanam dalam bilik kerna saya dok kat umah flat..
Rebet yg diberikan kepade saya memang melebih dari keperluan saya..
Apebile saya congak.. saya hanya menggunakan 20 sen aje duit minyak moto sehari.. Ade untung 21 sen..
Saya tak pakai pon kete… Sebab bile minyak naik.. Saya kene jual datsun kotak mancis saya.. Dapat gak duit..
Anak-anak saya, saya akan soh eksesais setiap hari dengan berjalan kaki atau naik beskal ke sekolah sejauh 5 km..
Walaupon saye berpendapatan rm 1000.. ia terlebih cukup untuk keluarga saya…

Buat permulaan untuk merubah kehidupan saya.. Saya tidak akan menggunakan gula… tak akan menggunakan tepung untuk buat jempot-jempot..Saya akan menggantikan beras ngan ubi… Setiap hari saya dan keluarga akan berpuasa (kecuali pade hari hari yg dilarang ajerk)..
Saya akan buat minyak masak sendiri. Itu antara care saya merubah hidup..
Ade banyak lagi care
Semuanya kerna UMNO dan BN..

Dan saya ingin meminta Pak Lah supaya menaikkan lagi rege minyak yg ade..
Bukan tu ajerk.. diminta menaikkan lagi rege tol kerna orang sebelah rumah saya nih org pembangkang dia selalu ikut highway, bior padan ngan muke dia..
Mungkin Pak Lah boleh melawat saya dan bersedekah kepade saya sehelai kain pelikat dekat-dekat pilihanraya nanti..
Insya’allah kain pelikat itu saya akan framekan dan gantung dirumah.. tapi jangan lupa.. Pak Lah tandatangan yerk..!

Jgn lupe Pak Lah.. naikkan lagi rege minyak..
Jgn turun kan gaji menteri-menteri dan tuan penasihat 25%..
Saya tetap akan menyokong Pak Lah..

Kerana Pak Lah saya sanggup buat apa saje..ubah itu,ubah ini..

Akhir kata bior Pak Lah senang, janji kami susah.. hidup UMNO! hidup BN!..

Sekian terima kasih..

p/s : sampaikan salam saye pade KJ dan Patrik Badawi.. dan tak lupe gak tuan punya syarikat Scomi..oh lupe pulak, juga pada Ezam. Semoga murah rezeki.. ;)

Pecah kaca, pecah gelas,
Sudah baca, harap balas.

Yang Benar,
Peminat a.k.a Penyokong mu

Comments (8)

100 Hari 100 Kereta Toyota Camry

Untuk pelanggan Celcom sahaja! Anda berpeluang memiliki kereta percuma tapi kena jawab beberapa soalan dulu lah.

Caranya:

  • Taip CARS dan hantar ke 22222

Kepada pengguna telefon bimbit yang bukan pengguna Celcom jangan bimbang anda boleh menyertai promosi ini, dengan cara dapatkan permulaan kit Xpac atau daftar Celcom Executive Plan sekarang!

Apa tunggu lagi! Sekarang bertindak! Toyota Camry beb! :)

Nota : Sila rujuk laman web ini untuk selanjutnya : www.100days100cars.com

Comments (26)

Mufti Perlis larang Faizal Tahir

Beberapa hari lalu Mufti Perlis telah melarang Faizal Tahir dari membuat persembahan di Perlis.

Sebelum larangan itu Faizal Tahir telah memenangi 3 anugerah di APM.

Beberapa hari sebelum menang anugerah di APM, Faizal Tahir baru dibebaskan kerana digantung 3 bulan akibat insiden buka baju.

Dan di AIM semalam, Faizal Tahir menang besar dengan 4 anugerah. Nampaknya dunia hiburan tempatan mengiktiraf bakat bekas artis nasyid kumpulan MIRWANA walaupun pernah terbabit dengan kelakuan mencemar tatasusila budaya melayu.

Namun, di AIM semalam kedua-dua pengacara Adibah Noor dan Aflin Shauki dalam nada lawak telah mempersenda dan menyindir Mufti dan Menteri Besar Perlis atas larangan tersebut.

Korang rasa patutkah dorang buat macam tu? ;)

Comments (8)

Penamaan calon 24 Feb, Mengundi 8 March..

~salam~

Tiada peristiwa yang terpenting sekarang ini selain tarikh di atas. Pada hari itu rakyat berkuasa menentukan siapa yang bakal memerintah negara. Calon-calon pula kesana-kemari mencari pengundi. Masa inilah apa yang diminta pasti dikota. So, apa lagi?

Sebelum tu, adakah anda bersedia untuk mengundi?

Mesti ada yang jawab…

  • Itu sudah semestinya kerana itu tanggungjawab saya!
  • Err…rasanya saya dah layak mengundi tapi…tak sempat daftar la pulak..
  • Saya dah daftar tapi kat mana saya nak mengundi ek?
  • Saya tengah bersemangat nak mengundi ni…tapi belum layak la pulak…hehe
  • Gua tak amik port la…undi tak undi wa macam ni jugak!

Wah! macam-macam perangai ada. Dari 22 juta penduduk Malaysia, lebih kurang 10 juta layak mengundi. Salah seorang mungkin anda, maka pilihlah dengan bijaksana ya.

p/s : semakan daftar pemilih

Sekian.

Comments (18)

Sambutan Tahun Baru 2008

Malam ini.

Jom ramai-ramai berhimpun secara aman sempena menyambut Tahun Baru 2008.

Dimana?

Ada 8 lokasi. Dataran Merdeka, KLCC, Bukit Bintang, Stadium Merdeka, Bangsar, Sri Hartamas, Mid Valley dan KL Sentral. Fuh! banyak tu tempat boleh pegi.

Ada apa kat sana?

Macam-macam ada. Kalau kat KLCC, Dataran Merdeka, sudah tentu ada penyanyi, pemuzik, penari, pelawak. Kat TV kan dah bagi tau siapa artis-artis yang bakal datang. Selain artis, pemimpin negara pun ada untuk acara bersama rakyat.

Jangan risau, atas nama pesta sambutan tahun baru perhimpunan aman lagi HALAL ini mendapat kebenaran dan kerjasama dari pihak berkuasa. Menurut BERNAMA kesesakan dijangka akan melanda ibu negara dan langkah-langkah sewajarnya telah diambil. Selanjutnya baca disini.

Biasalah, double standard. Perhimpunan yang ini BOLEH. Perhimpunan yang itu TAK BOLEH.

Seperkara lagi, mereka-mereka ini peduli apa kesan dari penganjuran pesta-pesta sebegini. Yang penting kedatangan Tahun Baru Masihi ini mesti dimeriahkan dengan kehadiran ramai orang sambil diselang-seli acara hiburan dan bunga api.

Lantaklah! kepada orang ramai nak buat apa saja selepas acara berakhir. Ruang telah diberikan. Pandai-pandailah bawak diri ya.

Inikan negara demokrasi. Malaysia boleh!! ;)

p/s : post terakhir 2007. Jumpa lagi tahun depan! :D

Comments (7)

Ada apa dengan KL

Salam..

Hari ini hari ke-10 aku berada di KL. Bermakna tinggal 2 hari lagi aku akan pulang. Macam-macam feel sudah mula rasa, bosan, jemu, muak, tak amik port dan paling utama rindu pada kampung halaman di JB (rindu kat mak aku lah…).

Selama beberapa hari di sini sempat juga aku melilau-lilau di sekitar ibu kota metropolitan menyaksikan kehidupan penghuni kota dengan berbagai-bagai gelagat.

Memang macam-macam ada…. ;) Sebenarnya banyak kali dah gi KL cuma kali ni rasa nak tulis dalam blog pulak.

So, ada apa dengan KL? Selain KLCC, Hotel The Zon, Menara Naluri, Citibank, Pudu Raya, Hard Rock Cafe, Planet Hollywood, The Zouk, LRT, Monorel, Fly over, Tol, Restoren Pelita Nasi Kandar dan banyak lagi..?

Inilah apa yang aku maksudkan…..

Sekadar gambar hiasan hasil dari lensa kamera henfonku…

gambar hiasan tapi bukan super impose.. Read the rest of this entry »

Comments (8)

« Previous entries