~salam~
Awal pagi semalam berlangsungnya perlawanan separuh akhir Piala Liga Juara-Juara Eropah yang berkesudahan Liverpool tewas kepada Chelsea. Dalam masa 4 tahun ini merupakan pertembungan ke-3 separuh akhir UCL antara Liverpool dan Chelsea. Dua game dahulu Liverpool menang dan kali ini terpaksa mengalah untuk memberi laluan kepada Chelsea agar tak kempunan ke Final UCL di Moscow buat kali pertama.
Yang menarik tentang perlawanan Liverpool dan Chelsea masing-masing ada rekod yang hendak dipecahkan. Sejak Rafa Benitez melatih Liverpool 4 tahun lalu, ini merupakan pertembungan yang ke-20 dalam berbagai kejohanan. Perlawanan tersebut ialah 8-EPL, 8-UCL, 1-FA cup, 2-League Cup dan 1- Piala Sumbansih. Antara Rafa dan Jose berlangung 15 game dengan Liverpool menang-4, seri-7, kalah-4. Sementara dengan Avant, menang-0, seri-3, kalah-2(termasuk pagi tadi).
Antara rekod-rekod pula ialah.
- Sejak Rafa melatih Liverpool belum berjaya jaringkan gol di Stamford Bridge sehingga akhirnya pagi tadi berjaya jaringkan 2 gol melalui Torres dan Babel.
- Dalam 3 perlawanan separuh akhir sebelum ini(2-UCL,1-FA Cup), semua game Liverpool menang kecuali game pagi tadi. 3 game semi sebelum ini Chelsea di latih oleh Jose Mourinho. Nampaknya Avant Gram berjaya kali ini.
- Chelsea tidak pernah berjaya layak ke Final UCL dan sudah tentu tidak pernah menjuarai UCL.
- Liverpool tidak pernah tewas dengan aggregat di semi UCL.
Berdasarkan rekod-rekod yang hendak dipertahankan atau dipecahkan maka telah menjadikan perlawanan semalam menarik kerana samada Liverpool ataupun Chelsea akan berusaha mencapai matlamat tersebut. Akhirnya , Liverpool berjaya juga jaringkan gol di Stamford Bridge dan begitu juga Chelsea berjaya ke Final.
Secara keseluruhannya prestasi Liverpool pada tahun ini tidaklah begitu mengecewakan. Walau masih gagal merampas gelaran juara liga EPL tetapi diperingkat Eropah Liverpool begitu digeruni oleh pasukan-pasukan besar seperti AC Milan, Inter Milan, Juventus, Bacerlona dan lain-lain kerana pasukan tersebut pernah dikalahkan oleh Liverpool sejak 4 tahun lepas.
Dibandingkan dengan pasukan EPL lain seperti MU, Arsenal dan Chelsea, Liverpool merupakan pasukan English paling berjaya di Eropah dengan 5 kejuaraan UCL. Ditambah dengan kehadiran pemain baru lagi muda seperti Ryan Babel, Fernando Torres dan Lucas Leiva sudah pasti bakal menggegarkan kejuaraan tempatan dan juga Eropah.
//Aku, sebagai peminat setia tetap akan menyokong Liverpool dulu, kini dan selamanya….walau kalah…sokong tetap sokong…. For Chelsea…Good Luck, harap-harap dapat kalahkan MU sebab aku memang tak suka MU..hehe.. Lagipun Final match kat Moscow, negara tempat lahir owner Chelsea, Abramovich. Mesti dapat sokongan padu dari penyokong tempatan. Drogba…kalau dah score tu jangan berlagak sangat. Rafa tu saje je kritik ko untuk saikologi. Apa-apa pun semalam, Liverpool lebih kontrol game, cuma nasib tak menyebelahi. Kalau tak kerana 1st game hari tu Risse score sendiri pada minit 90+4 min 10 saat (dah lebih 10 saat tu) belum tentu Chelsea dapat pegi final. Walau apa pun aku terima kerana ini dah tersurat. Kita jumpa lagi selepas ini…. :D
Sekian.