Archive for May, 2007

Dari puncak Gunung Ledang

Salam semua..

Hari ini saya kembali setelah beberapa hari sepi tanpa post. Sepi kerana bertugas di luar daerah. Walaupun kelihatan aktif di alam cyber hakikatnya saya bukan berada di rumah. Teknologi yang membolehkan saya berada di alam cyber dimana-mana sahaja. Kelebihan ini kerana saya bekerja di syarikat telekomunikasi yang juga salah satu tugas saya untuk memastikan tiada gangguan pada perkhidmatan ini.

Selasa lalu saya ‘mendaki’ Gunung Ledang dan hari berikutnya, semalam ‘mendaki’ Gunung Pulai. Lokasi Gunung Ledang ini berhampiran Tangkak sementara Gunung Pulai di antara jalan Kulai-Pontian. 

Tujuan saya ‘mendaki’ adalah salah satu tugas rutin membuat pemeriksaan peralatan telekomunikasi supaya berada pada tahap terbaik. Kerja-kerja ini dilakukan setiap 6 bulan. Kalau nak cerita lebih lanjut apa tugas saya mungkin ada yang tak paham kerana terlalu teknikal.

Selain perkhidmatan telefon mudah alih, perkhidmatan sewaan talian data dan penyiaran radio juga merupakan antara produk di bawah seliaan saya. Kerana sebab itulah kenapa peralatan ini di pasang di puncak Gunung.

Mungkin ada yang nak tahu dengan apa saya ‘mendaki’? Ya lah, beberapa hari lalu timbul spekulasi cepat benar saya ‘mendaki’ dan turun semula. Tak percaya ke? 

Jalan masuk ke Gunung Ledang

Untuk pengetahuan semua, saya ‘mendaki’ menggunakan kenderaan pacuan 4 roda. Untuk ke puncak gunung ada laluan jalan tar yang di bina oleh Telekom Malaysia sedekad lalu. Laluan ini diantara jalan Tangkak ke Segamat. Dari Tangkak kira-kira 4 km.

Jarak dari kaki gunung ke puncak lebih kurang 9 km dan mengambil masa hampir sejam. Laluan berliku ini agak curam di sesetengah kawasan dan kelihatan kesan-kesan tanah runtuh. Walaupun berisiko, demi tugas ‘pendakian’ ini harus diteruskan.

Laluan tar ke puncak Gunung Ledang

Sekiranya cuaca cerah, seseorang boleh melihat bandar Segamat, Tangkak dan Selat Melaka dengan jelas. Malangnya pada hari saya ‘mendaki’ cuaca agak berkabus ditutup awan. Penglihatan agak terhad dan seperti berada dalam suasana pagi padahal hari menunjukkan tengahari. Suhu di puncak lebih kurang 20 celcius memang menyamankan.

Suasana di puncak gunung

Walaubagaimanapun ‘mendaki’ Gunung Ledang ini ada pantang larangnya samada mendaki dengan kaki dan tangan atau dengan kenderaan. Banyak kisah pelik dah berlaku. Nak cerita ke? Adalah dengar tapi lain kali lah cerita. 😀

Dulu di kawasan empangan ini yang letaknya pada ketinggian 500 meter merupakan tempat pertapaan bagi menamatkan ilmu perguruan persilatan. Sejak diwartakan sebagai Taman Negara 3 tahun lepas segala aktiviti seperti ini tidak lagi dibenarkan.

empangan tadahan hujan

Ramai tahu kisah di sebalik Gunung Ledang. Kisah seorang puteri yang di pinang oleh Hang Tuah untuk Sultan Melaka yang akhirnya tidak menjadi kenyataan. Realitinya Gunung Ledang wujud dan kisah sang puteri ini hanyalah cerita rakyat turun menurun yang kesahihannya masih diragui.

Namun kisah Puteri, Hang Tuah dan Sultan Melaka yang menyebabkan Gunung Ledang terkenal dengan mitosnya. Beberapa tahun lalu kisah ini sekali lagi di filemkan dan memecahkan rekod sebagai filem paling mahal pernah dihasilkan di Malaysia.

penulis dan gunung-ganang

p.s : penulis dan gunung-ganang 😀

p.s.s : Tinggi Gunung Ledang – 1276 meter.

Sekian. Jumpa lagi.

Advertisements

Comments (13)

Cerita seekor katak kecil

Salam semua..

Sebelum berangkat menuju ke destinasi(kerja luar daerah) saya ingin berkongsi satu cerita seperti tajuk di atas. Cerita ini saya dah dengar semasa menghadiri kursus motivasi tidak lama dulu. Baru-baru ini sekali lagi saya baca melalui email yang di beri oleh seorang rakan.

Mungkin ada yang pernah dengar, terdengar atau baca. Bagi yang belum pernah dengar, tahu atau baca jomlah baca kisah ini. Pendek aja kisahnya tapi penuh pengertian bagi seseorang yang ingin menuju puncak. Bukan fantasi tapi realiti kehidupan yang penuh dengan cabaran.

Ini kisahnya…

Pada suatu hari ada sekumpulan katak-katak kecil, yang berlumba mendaki. Tujuannya adalah mencapai puncak sebuah menara yang sangat tinggi.

Penonton berkumpul bersama mengelilingi menara untuk menyaksikan perlumbaan dan memberi semangat kepada para peserta.

Perlumbaan dimulai…

Secara jujur… 

Tak satu pun penonton benar-benar percaya bahawa katak-katak kecil akan mencapai puncak menara.

Terdengar suara:

“Oh, jalannya terlalu sukar. Mereka TIDAK AKAN sampai ke puncak.”

atau

“Tidak ada kesempatan untuk berjaya…Menaranya terlalu tinggi!!”

Katak-katak kecil yang mendaki mula berjatuhan. Satu persatu.

Kecuali mereka yang tetap bersemangat mendaki menara perlahan-lahan semakin tinggi dan semakin tinggi.

Penonton terus bersorak!!

“Terlalu sukar!!! Tak seorangpun akan berjaya!!!

Lebih banyak lagi katak kecil lelah dan menyerah…

Tapi ada SATU yang meneruskan usaha hingga semakin tinggi dan tinggi. Dia tak akan menyerah.

Akhirnya yang lain telah menyerah untuk menaiki menara. Kecuali satu katak kecil yang telah berusaha keras menjadi satu-satunya yang berjaya mencapai puncak!

SEMUA katak kecil yang GAGAL ingin tahu bagaimana katak ini boleh melakukannya. Seorang peserta katak bertanya bagaimana cara katak yang berjaya menghimpunkan kekuatan untuk mencapai tujuan?

Ternyata Katak yang menjadi pemenang itu PEKAK!

Kata bijak dari cerita ini adalah…

Jangan dengar orang lain yang mempunyai kecenderungan negatif ataupun pesimis. Kerana mereka mengambil sebahagian besar mimpimu dan menjauhkannya darimu. Selalu fikirkan kata-kata bertuah yang ada. Kerana segala sesuatu yang kamu dengar dan kamu baca boleh mempengaruhi tingkahlakumu!

Kerana itu:

Tetaplah selalu : POSITIVE!

Dan yang terpenting, buat PEKAK jika orang berkata kepadamu bahawa KAMU tidak boleh mencapai cita-citamu!

Selalulah berfikir: I can do this!

Peluang ini saya ambil untuk berpesan-pesan. Sesungguhnya teman yang baik adalah teman yang saling memberi motivasi antara satu sama lain.

Sekian.Jumpa lagi.

Leave a Comment

Surat mohon naik gaji

Salam semua..

Susulan dari pengumuman kenaikan gaji oleh kerajaan Malaysia baru-baru ini, Norman yang bekerja di syarikat swasta merasa tidak puas hati dengan gajinya sekarang dan dengan nekadnya telah menulis surat kepada majikannya untuk memohon kenaikan gaji.

Norman pun mengarang surat mohon naik gaji dengan mengambil kira situasi semasa yang berlaku sekarang ini. 

Surat Norman kepada Majikan..

Dear Bo$$,

A$ all of u$ have read from the new$paper, the Malay$ia economy ha$ come out of the rece$$ion. Recently, the government’$ ju$t announced that civil $ervant$ will get pay ri$e.

In thi$ life, we all need $omething mo$t de$perately. I think you $hould $how under$tanding for the need$ of u$, worker$ who have given $o much $upport including $weat and $ervice to your company.

I am $ure you will gue$$ what I mean and plea$e re$pond $oon.

Your$ $incerely,

Norman $olihin

Selang beberapa hari menunggu, Norman terima surat balasan dari majikannya yang berbunyi…

Dear NOrman

I kNOw you have been working very hard. NOwadays, NOthing much has changed. You must have NOticed that our company is NOt doing NOticeably well as yet.

NOw the newspapers are saying the world’s leading ecoNOmists are NOt sure if the United States may go into aNOther recession. After the NOvember NasiOnal elections things may turn bad.

I have NOthing more to add NOw. You kNOw what I mean.

Yours truly,

Manager

Rasa-rasalah si Norman dapat tak naik gaji? 😀

Sekian. Jumpa lagi.

Comments (12)

Apa kata mereka

Salam semua..

Baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan kenaikan gaji kakitangan sektor awam. Kenaikan yang luar biasa ini tentunya memungkinkan dalam masa terdekat peristiwa besar akan berlaku. Samada ia berlaku atau tidak, rakyat yang bekerja di sektor awam sudah tentu gembira lebih-lebih lagi dalam keadaan semuanya naik, tol, minyak, roti canai dan entah apa lagi nak naik lepas ni.

Sempena pengumuman kenaikan gaji ini kita dengar apa kata mereka…

  • Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi

Kita tidak boleh percaya pada khabar-khabar angin tentang penurunan ekonomi negara kita. Kita akan siasat siapa yang sebarkan khabar angin itu. Kerajaan berusaha pastikan ekonomi kita terus meningkat. Sejak saya selalu ke luar negara, pelabur-pelabur datang semula dan melabur. Rakyat mesti berterima kasih. Dengan ini kita yakin akan menang besar dalam PRU akan datang.

  • Tun Dr. Mahathir Mohammad

Dalam era globalisasi… apa nama… kenaikan gaji tu penting bagi menjana… apa nama… ekonomi negara lebih-lebih lagi bagi mengelakkan… apa nama.. penyangak mata wang. Kita boleh…apa nama..gunakan duit Petronas untuk bayar gaji kakitangan kerajaan apa nama…8 billion setahun. Kata-kata ni kalau Tun masih PM Malaysia.

  • Samy Vellu

Kenaikan gaji itu banyak penting kalau tidak bagaimana itu worang mahu bayar tol. Gaji tak da naik itu takda menasabah.. itu tara boleh… Saya telaa mengesyorkan kepada yang amat berormat pedana mentri supaya gaji dinaikan supaya tol juga bole dinaikan. Maka dengan ini negara kita akan menjadi terlebe-lebe kaya. Apabila negara kita menjadi kaya, kita tidak lagi akan dapat kemaluan yang besar apabila pelancong-pelancong datang melancong ke negara kita.

  • Karam Singh Walia

Kenaikan gaji itu amat penting bagi menjaga alam sekitar. Tanpa kenaikan gaji manusia menjadi malas dan sampah akan bertaburan merata-rata, bak kata pepatah : Anak ayam makan dedak waktu pagi, anak itek makan sagu waktu petang, Orang tak ndak engkau bagi, orang hendak engkau larang. Saya Karam Singh Walia melapurkan untuk bulletin utama TV3. 

  • Allahyarham Nordin Ahmad

Kajang pak malau kajang berlipat. Kajang hamba mengkuang layu. Apa guna engkau balik lambat, gaji naik sudah tentu..

  • Allahyarham P.Ramlee

Aku nak bagi kau naik gaji ka turun gaji ka kau apa peduli. Ini kerajaan Ahmad Albab yang punya.. 😀

Sekian. Jumpa lagi.

Comments (2)

Liverpool tetap juara

Salam semua..

Terkilan rasanya tatkala menyaksikan pasukan Liverpool tewas di tangan AC Milan dalam perlawanan akhir Piala Liga Juara-juara Eropah awal pagi tadi. Walaupun menunjukan aksi yang cemerlang namun nasib tidak menyebelahi pasukan Liverpool.

Benarlah, pasukan yang baik tak semestinya menang dan pasukan yang bernasib baik selalunya menang. Begitulah yang berlaku pada perlawanan pagi tadi. Walaupun menunjukkan permainan yang menarik dan mempunyai peluang menjaringkan gol lebih banyak dari AC Milan namun bola gagal mencecah jaring.

Ternyata pasukan yang menjaringkan gol lebih dari pasukan lawan memang layak menang walaupun permainan tidak sehebat mana. Buat pasukan AC Milan, Tahniah!. Nampaknya luka tahun 2005 pasukan ini terubat.

Tiada mengapalah. Lupakan kekecewaan tahun ini wahai peminat Liverpool. Pasukan Liverpool akan kembali dengan lebih mantap pada musim depan dengan kehadiran pemain-pemain yang lebih berbakat dan berkaliber. 

Sebagai peminat tegar saya tetap mengatakan Liverpool adalah juara. Cuma yang membezakan ialah kerana adanya perkataan ‘naib’ sahaja. 😀

Sekian. Jumpa lagi. 

Comments (3)

Menjelang perlawanan Liverpool vs AC Milan

Salam semua…

Entahlah, beberapa hari ni saya agak sibuk hingga tak sempat nak meng’update’ blog yang baru berusia 2 minggu ni. Mula-mula boleh la dikatakan rajin dengan 7 hari post berturut-turut. 

Tetapi kerajinan itu tiba-tiba pudar dan pada hari ke 8 saya tinggalkan tanpa sebarang cerita hinggalah muncul semula pada hari ke 10 dengan semangat membara bila dapat tahu Forum BicaraJutawan di pantau kerana kononnya anjurkan skim cepat kaya..huhu…panas..panas..

Kita tinggalkan seketika isu ini. Makin difikir,makin berapi pulak nanti. Pakdi dan rakan-rakan pun dah rancang tindakan yang sepatutnya untuk kembalikan maruah BJ. Harap-harap segalanya berjalan lancar dan kalau boleh pihak-pihak yang tak bertanggungjawab tu sedar mereka dah lakukan kesilapan. Kena saman pun bagus juga supaya selepas ini jangan sewenang-wenangnya melapor ikut suka hati tanpa usul periksa. Bak kata pepatah, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai bahu.Terlajak kapal boleh gostan,terlajak lapor ke mahkamah la jawabnya

Hehe..kalau menang nanti jangan lupa belanja.. 😀

Oklah. Kepada peminat-peminat bola jangan lupa saksikan pagi esok Liverpool sekali lagi bakal menjulang Piala Juara Eropah buat kali ke 6. Macam yakin je. Memang lah. Sebagai peminat fanatik Liverpool dulu, kini dan selamanya sudah tentu saya yakin Liverpool akan menang. Keyakinan ini berdasarkan kepada persembahan semasa. Berapa gol tak kisah. Yang penting Liverpool juara! 😀

Itulah penangan bola. Makan bola. Tidur bola. Mimpi pun bola. Kalau dah minat awal pagi pun sanggup bangun untuk saksikan perlawanan pasukan kesayangan. Pilihan anda..Liverpool atau Milan? Kita tunggu keputusannya nanti…

For Liverpool fans…You’ll Never Walk Alone…and Let Milan Walk Alone… 😀

Sekian. Jumpa lagi.

Comments (2)

Bicarajutawan.com dipantau?

Salam semua…

Sekembalinya dari bekerja di luar daerah perkara pertama yang saya lakukan ialah duduk di kerusi dan mengadap komputer yang telah 3 hari ditinggalkan. Tidak sabar rasanya untuk mengetahui perkembangan terbaru yang berlaku di alam cyber terutama dari post-post terkini dari rakan blogger.

Sebelum tu, pagi tadi saya terima sms dari dikmal tentang akhbar Utusan Malaysia melaporkan forum Bicarajutawan dan WangCyber dipantau kerana menganjurkan skim cepat kaya. Itu yang buat hati ini meluap-luap untuk pulang tapi apakan daya kerja harus dibereskan dulu baru boleh fikir untuk pulang ke Johor Bahru. 

Sepanjang hari sejak menerima berita ini hinggalah menulis post ini saya memikirkan apa salah BJ hingga ada akhbar mengaitkan BJ dengan skim cepat kaya. Mungkin pusat yang siasat tu tak buat kajian tepat, teka rambang, agak-agak, main silap mata atau kerana adanya perkataan ‘jutawan’ dan ‘wang’  maka kedua-dua forum ini terus dikaitkan dengan skim cepat kaya.

Apa ni! Mana kreadibility Pusat Keselamatan Cyber Malaysia? Siapa yang mengawal selia pemeriksaan menyeluruh tu? Dari sumber mana diperolehi? Cara apa di gunakan untuk kajian? Apakebenda ni? Apake he?  

Utusan pulak lagi? Kontroversi? Selalu sangat laporkan berita yang tidak tepat dan berat sebelah. Membeli akhbar ni memang dah lama saya tinggalkan. Rasanya Utusan lebih layak lapor berita pasal artis dari melaporkan pasal isu-isu semasa. Ruangan Astora Jabat ada lagi tak? huh! Bikin wa panas je…

Mungkin saya terlalu emosi. Emosi saya ada alasannya. BJ ada nilai tersendiri pada saya. Setelah dikenalkan oleh seseorang banyak ilmu yang telah saya perolehi dan ada yang dipraktikkan. Melalui BJ juga saya kenal Pakdi dan blognya. Juga berpeluang kenal dengan rakan-rakan blogger yang lain sehinggalah saya ambil keputusan membuat sesuatu yang baru dan lahirlah blog ini. Pada hal hakikatnya saya bukanlah seorang yang gemar menulis.

Untuk BicaraJutawan dan Pakdi, saya akan tetap menyokong dan yakin kebenaran pasti datang. Satu hari nanti mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab ni akan malu atas kesilapan mereka yang mengaitkan BJ dengan skim yang tak berfaedah ini.

Sekian. Jumpa lagi.

Comments (9)

Older Posts »