Berkenalan

salam semua…

Alhamdulillah…saya mendapat respon yang agak baik dari rakan-rakan sekelian termasuklah dari para bloggerwan dan bloggerwati yang saya anggap sudah pro di alam cyber ni. Siapalah saya jika dibandingkan dengan mereka-mereka yang terdahulu dan kesudian pakcik-makcik, saudara-saudari, abang, kakak dan adik melawat blog saya yang tak seberapa ini amatlah saya hargai.(mcm skema eh..).

Sebelum saya berbicara lebih lanjut adalah lebih baik saya memperkenal diri dulu(sekarang). Kata orang tak kenal maka tak cinta. Eh! lain je bunyinya. Maksudnya kita sama-sama berkenal-kenalan. Yalah orang barukan. Jangan kena ragging udah le…dan kalau sapa-sapa yang berminat kenal lebih lanjut apa salahnya. Laaa…bunyi laing mace pulok doh..hehe.

Di alam cyber saya lebih selesa dikenali sebagai kumb@ng. Nama sebenar kumb@ng ialah Mohamad Azhar b.Mohamad Noor. Menetap di Johor Bahru. Sekarang ini bekerja sepenuh masa sebagai staff bawahan di syarikat telekomunikasi (antara 3 operator tu). Berkelulusan sederhana dari Universiti tempatan.

Masa lapang selalunya dihabiskan di hadapan komputer dan tengok TV terutama bola sepak bila membabitkan perlawanan tentunya pasukan yang saya minat iaitu LIVERPOOL. Tak sabar rasanya menanti perlawanan akhir Champion League menentang AC Milan. Harap-harap sejarah 2005 dapat diulangi. Untuk peminat LIVERPOOL, You’ll never walk alone and we all are the best fan in the world…huhu..suka bangat kalau jadi juara Eropah kali ke 6.

Kita tinggalkan seketika pasal LIVERPOOL sebab takut nanti ada yang jealous..hehe.. Selain itu saya juga suka bermain futsal dan sepak takraw(sukan ni jarang main sebab pemain dah ramai beralih ke futsal). Saya bermain sepak takraw sejak dari sekolah lagi hingga lah sekarang kadang-kala mewakili syarikat ke kejohanan jemputan tempatan atau antara wilayah.

Saya mula berjinak-jinak di alam cyber ni agak lama tapi lebih menumpukan pada surfing, emailing dan chating. Dengan sebab berchatinglah saya diperkenalkan oleh seseorang kepada forum Bicara Jutawan dan kemudian menjelajah dari blog ke blog maka akhirnya terhasil lah blog ini (taip sambil sengeh-sengeh). Sebelum ini pernah ada laman web tetapi sekadar memenuhi tuntutan silibus pengajian.

Dengan terhasilnya blog ini adalah titik mula untuk saya berkongsi apa sahaja dengan pembaca. Sebelum ini apa yang berlaku disekeliling, apa yang saya dengar/lihat, apa yang saya belajar, hanya saya gunakan untuk diri sendiri ataupun sekurang-kurangnya berkongsi dengan rakan-rakan rapat, sepejabat dan lain-lain. Dengan adanya platform ini pastinya boleh meluaskan pengetahuan kepada orang lain. Boleh bertukar-tukar pendapat dan pandangan dengan orang lain yang mungkin berada jauh beratus kilometer dari tempat saya. Inilah yang dikatakan dunia tanpa sempadan. Dimana-mana kita boleh berkomunikasi dengan adanya teknologi.  Aik! dah macam nak masuk tajuk lain ni. Baru intro tu.

Hmm…ok lah niat saya nak tulis pendek-pendek saja tapi macam dah panjang-panjang. Saya rasa rakan-rakan dah mula mengenali dan mengetahui serba sedikit tentang diri saya. Diharapkan dapatlah kiranya jengok-jengok blog amatur ni, beri pendapat dan tegur apa yang tidak kena. Saya sudi menerimanya.

Sekian. Jumpa Lagi.

11 Comments »

  1. pakdi said

    peduli kan mereka yang jeles.

    Liverpool Campione!

  2. kumb@ng said

    betol la pakdi…Liverpool bukan jaguh kampung…

  3. dikmal said

    lorh…igt kan cete pe..sal bola rupenyer…hehehe..tak campur ar….tp dik mal tk sokong milan..hehehee

    erk..abg kumbang…nk buat ikon sket : :->

    ngakakakka😀

  4. kumb@ng said

    bagus tu dikmal…sekurang2nya ada pencadang dan ada pembangkang.. :->😀 kalau ikut sejarah 2005…hero kalah dulu…😀

  5. dikmal said

    erk….dik mal TAK sokong mana2 team tau..hehehe..🙂

  6. aku said

    ahha.. aku sokong milan..🙂
    aish.. dah jadi warung sembang bola ni.. hehehe..

  7. kumb@ng said

    dikmal…sokong team yg menang je..pon ok..

    aku…mula-mula warung.pastu restoren.pastu cafe bola..bru ada peningkatan..😀

  8. aku said

    yezza.. that’s kind of thinking memang aku suka.

    warung -> restoran -> cafe bola.

    kalau ada sesiapa yang realisasikan yang akhir tu, aku nak gi mintak otograf, sebab aku suka angan2 bukak itu bukak ini(cafe bola adalah salah satu daripadanya). that’s how i build my motivation. hehehe.

  9. kumb@ng said

    aku…sama-samalah kita merealisasikan angan2 kita menjadi kenyataan…hehe😀

  10. aku said

    kumbang, ada orang cakap, menulis sehari 1 post sampai 40 hari bleh jadi habit. apa kata ko try.

  11. kumb@ng said

    aku..insyaALLAH ana cuba try test menulis sehari 1 post…terima kasih bg nasihat..🙂

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: