Jangan pandang belakang

salam semua…

Semasa saya menulis post ini saya baru tiba dari Melaka. Saya ke Melaka atas urusan kerja. Arahan kerja ini pun datang secara tiba-tiba pada petang semalam. Saja nak bagi tau, kerja saya ni kadang-kadang ikut jadual dan kadang-kadang dari aduan pelanggan. Bila yang libatkan aduan, kerja ni jadi kerja penting dan mesti di ‘setel’ kan seberapa segera supaya pelanggan tak komplen lagi.

Biasanya untuk kerja-kerja segera begini saya akan pergi berdua tetapi tidak pada kali ini. Rakan yang juga merangkap partner saya tidak dapat ikut serta sebab kerja-kerja segera yang dia mesti ‘setel’ kan di JB. Oleh kerana saya perlu berada di tempat pelanggan di Melaka jam 8 pagi Jumaat, saya ambil keputusan untuk bertolak pada hari sebelumnya(khamis). Bermakna saya mesti bergerak ke Melaka petang atau malam. Akhirnya saya ambil keputusan gerak malam selepas makan dan solat isyak. Tujuannya supaya bila tiba di Melaka nanti boleh terus tidur. Setakat yang saya tulis ni masa tu perasaan saya masih normal tanpa fikir apa-apa yang bakal menganggu.

So, apa yang berlaku?

Selepas solat isyak saya pun berkemas ala kadar. Pergi pun tak lama. Satu hari je. Tak payah bawak bagasi berat-berat. Cukup sekadar sepesalinan.

Dengan tidak dijemput, kawan sekerja di Melaka telefon. “zar! ko datang sini ngan sape?” saya jawab “sorang je!” dia kata “Ha! sorang? malam jumaat? baik-baik… jangan pandang belakang….” hoho..malam jumaat..jangan pandang belakang..macam ada unsur-unsur nak menakutkan si mangsa iaitu saya. saya jawab “cit!(nama sebenar Sucit. memang pelik sikit nama dia ni.bukan orang siam tapi keturunan jawa melaka…) kalau aku pandang belakang macam mane aku nak drive..hahaha” pastu sama-sama gelak. Tapi gelak saya campur rasa tak sedap hati.

“ala..ko kan pernah drive malam sorang-sorang. ari tu pegi KL sorang kul 12 malam..tak rasa takut pun” bisik hati saya. “tapi malam ni malam jumaat!” Saya cuba lawan perasaan tak sedap hati tu dengan fikir pasal blog lah, Liverpool juaralah dan bla..bla..bla..

Maka bertolaklah saya lebih kurang jam 9 malam. Perjalanan agak tenang bertemankan bunyi-bunyian radio diselang-selikan bunyi tayar kereta dan angin sepoi-sepoi melanggar cermin dan sisi kereta. Belum pun jauh perjalanan(km45  highway selatang-utara. Ada lagi 195km) Tiba-tiba perkataan “jangan pandang belakang” tu terngiang-ngiang di telinga. “Cis! Sucit punya pasal la ni buat aku tiba-tiba jadi tak tentu arah”  (segan nak cakap penakut..hehe).

Sempat juga pandang belakang melalui cermin pandang belakang. Gelap. Takda apa pun. Kalau dalam cerita “Jangan pandang belakang” tu ada adegan mahkluk duduk dekat kerusi belakang semasa si hero sedang memandu. Saya pun tak pernah tengok lagi filem ni. Cuma ada lah tertengok iklan filem ni kat TV. Terasa juga kalau-kalau benda tu ada kat belakang saya tapi saya taknak melayan dan blok dari fikir yang bukan-bukan.

Sambil-sambil memandu dan melayan perasaan, saya berfikir nak keluar persimpangan mana? Di Melaka nanti saya akan tidur di rumah kawan di Merlimau. Jadinya untuk ke Merlimau paling dekat saya perlu keluar di persimpangan Jasin. Tapi kalau dalam keadaan saya normal dan tak takut pun tak mungkin saya ikut jalan tu sebab suasana yang agak sunyi dan menggerunkan di kiri-kanan jalan menuju ke Merlimau. Dah banyak cerita kat jalan tu..

Persimpangan lain yang hampir ialah Tangkak. Itupun rasa tak berani sebabnya saya harus tempuh jalan highway Yong Peng – Pagoh. Jalan ni pun banyak cerita..Kalau ikut perkiraan masa dari mula gerak, saya jangka akan melalui jalan tu sekitar pukul 11 malam…hoho

Setelah fikir ulang-kali dengan mengambil situasi saya sekarang yang rasa tak sedap hati dan ada sedikit rasa takut saya ambil keputusan keluar di persimpangan Air Hitam. Lalu jalan lama melintasi daerah Batu Pahat,Muar dan seterusnya Merlimau. Jalan ni di kiri-kanan agak meriah dengan rumah dan kampung dan kalau apa-apa berlaku pun tak risau.

Alhamdulillah..syukur..saya selamat tiba di rumah kawan saya di Merlimau lebih kurang pukul 12 malam. Kalau nak diikutkan perasaan takut tu tetap ada walaupun lalu jalan lama. Yalah! memandu malam-malam. Malam jumaat pulak tu. Ditambah lagi gurau dari kawan seJawa tu. Tapi saya gagahkan juga perasaan ni supaya jangan fikir yang bukan-bukan.

Saya tak pasti apa moral dalam cerita ni. Cuma saya nak ingatkan pada diri saya kalau takut di lambung ombak jangan tengok cerita om bak..eh! apa kena-mengena pulak. Sebenarnya kalau rasa diri tu penakut jangan lah berangan jadi peminat filem seram. Yang pasti saya bukanlah peminat filem seram atau hantu tapi saya suka dengar cerita-cerita seram dari pengalaman kawan-kawan. Seronok kalau duduk berkumpul dan cerita pasal ni tapi masalahnya cerita-cerita ni boleh menghantui kita pada bila-bila masa tanpa kita sedar. Akibatnya tu lah yang terjadi pada saya semalam..hehe.

Sekian. Jumpa lagi.

7 Comments »

  1. dikmal said

    salam abg kumbang..

    dik mal rasa..pengajarannya..

    jangan fikir benda yang kita tak nak tu….ia boleh menarik benda2 di sekeliling dan menjadikannya realiti..

    sbb tu bila terfikir sal benda2 cmtu, bila kita cube buat berani, rasa takut hilang kan? tp bile kite layan rasa takut tu, ia tarik gelombang2 yg sewaktu dengannya dan jadikan ia realiti..

    moreal of the story : think before you think! fikir apa yang nak difikirkan…ape la ayat mal ni..😛

  2. aku said

    hehehe.. takde member lain yang free ke? kalau tak kerana takut pon, untuk hilangkan bosan.. bosan wo naik kete sorang2..

  3. kumb@ng said

    dik mal…betol tu.setuju.tak layan sgt pon perasaan tu walau x sepenuhnya.sebenarnya ada cete lagi.tiba kat rumah kawan tu kat merlimau rupanya dia takde.kunci memang sendiri ada duplicate.tidurla malam tu sorang2.pastu lebih kurang kul 3am hujan lebat,petir.mcam2 bunyi ada…huhu..dah ngantuk punya pasal,layan tidur je..hehe..

    aku…member lain pun keje gak.lagi pun taknak susahkan org.sendiri punya keje,sendiri tanggung..huhu

  4. pakdi said

    kau tahu tak.. exit merlimau yang baru tu…

    hihihihihi…

    masuk le…
    😛

  5. kumb@ng said

    Pakdi…memang tau..kalau bole elak lalu kat situ bila malam…ada cerita kat situ… hihihi…naik bulu roma😀

  6. Franxbudi said

    Salam kenal kumbang…I takut lah..kalo tengok belakang…Next time lari sahaj kalo takut.
    boleh kita tukar link tak
    Cerio,
    http://secretofmind.blogspot.com

  7. kumb@ng said

    boleh saja cerio…timakasih ya kerna melawat..🙂

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: