Rumah ku Blog ku

Salam semua…

Hari ini saya ambil keputusan untuk duduk di rumah sahaja. Setelah seminggu kerja inilah masanya saya berehat. Keletihan kerja di Melaka semalam belum hilang. Juga tak cukup tidur disebabkan ‘gangguan-gangguan’ masa tidur kat rumah kawan tu. Cuma dapat lelap mata 3-4 jam. Sebabnya malam tu hujan lebat dan ada la terdengar bunyi-bunyi yang  meremangkan walaupun semua lampu dalam rumah tu dibiarkan ‘on’…hehe.

Kebetulan, masa saya sampai di rumah kawan di Merlimau, saya terpandang ramai orang di salah sebuah rumah berhampiran dengan rumah kawan saya. Apa mereka buat di rumah tu lewat malam begini? Rupanya salah seorang jiran kawan saya meninggal..innalillahwainnahilahirojiun…Saya sempat ziarah dan ucap takziah pada keluarga tersebut. Al-Fatihah. Untuk yang first time baca, ni sambungan cerita semalam.

Dipendekkan cerita. Kerja yang dirancangkan tu dapat diselesaikan sebelum malam. Saya memang berharap kerja ni jangan lanjut sampai malam. Kalau tak…paham-paham je la. 

Kira-kira pukul 5 petang saya bergerak pulang ke Johor Bahru. Kalau nak diikutkan boleh saja saya pulang hari esok(sabtu). Tapi bila terkenangkan pengalaman malam semalam, saya ambil keputusan untuk pulang hari ini juga(petang jumaat).

Semasa perjalanan balik dari Melaka ke Johor Bahru beberapa kali mulut ni menguap. Letih, ngantuk semua ada. Terbayang bantal di rumah. Kalaulah dapat tidur masa ni. Fuh! bestnya. Tapi, lupakan seketika bantal, tilam, selimut dan semua keselesaan tidur. Perjalanan harus diteruskan supaya selamat tiba ke destinasi.

Memandu di lebuhraya memang membosankan. Lebih-lebih lagi kalau memandu seorang. Bila terasa mengantuk saya sapu muka dengan air mineral agar segar semula. Saya beliakkan mata. Pandang bukit-bukit, pokok-pokok supaya rasa mengantuk tu hilang. Saya tidak mahu berhenti sebab nak segera sampai rumah. Al-maklumlah orang dah ada blog. Tak sabar nak duduk depan PC dan update. Ya lah tu…hehe.

Sekarang ini meng ‘update’ blog dah jadi satu tanggungjawab baru bagi saya. Sebelum ini saya hanya menjelajah dari blog ke blog dan berforum. Banyak ilmu yang saya dapat hasil dari penjelajahan ini. Tip motivasi, kewangan, saham dan lain-lain. Semua ini berguna untuk saya menyusun langkah untuk perjalanan menuju destinasi.

Kalau saudara-saudari baca blog ini ternyata untuk permulaan banyak mengisahkan tentang diri saya. Saya belum menetapkan identiti blog ini sebab itu saya guna tag line “tulis apa saja asalkan bahagia..”. Setakat ini saya bahagia dengan apa yang saya tulis. Laa…macam syok sendiri pulak.

Saya mengaku skill penulisan saya masih lemah dan inilah yang termampu saya hasilkan. Saya juga tidak mahu terikut-ikut dengan gaya penulisan orang lain dan biarlah kalau boleh saya nak jadi diri sendiri.

Oklah setakat ini saja nak berceloteh. Panjang jugak tulis kali ini. Itulah saya kalau dah bercerita susah nak berhenti..hehe..

Sekian dan jumpa lagi.

2 Comments »

  1. aku la ros said

    kalau nak lagi bahagia…kawen la hahahahah…

  2. aku la ros said

    tapi kan… my moto is..rumahku ada tilam busukku…hahahahahah…

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: