Hari Ibu

Salam semua…

Seperti yang diwar-warkan hari ini 13 May merupakan hari ibu. Bersamaan dengan hari ini juga terjadi satu peristiwa pada tahun 1969 yang mungkin tidak boleh dilupakan oleh rakyat Malaysia. Saya tidak mahu bercerita dengan lebih lanjut berkenaan peristiwa itu. Biarlah ia menjadi sejarah dan kita sebagai generasi masa kini ambil ikhtibar apa yang berlaku supaya tidak berulang.

Mungkin ada antara kita tidak mengetahui penganjuran hari ibu ini dimulakan oleh masyarakat barat. Seperti hari kekasih, tujuan masyarakat barat ini mungkin ada maksud tersirat. Kenapa mereka memilih hari khas untuk menyambut dan memuliakan ibu-ibu mereka? Bukankah lebih baik kita menyambut hari ibu ini setiap hari. Tidak perlu nak tunggu hari ibu baru nak katakan sesuatu pada ibu. Memuliakan ibu setiap hari adalah dituntut. Bukan hanya pada hari-hari tertentu sahaja. Selain ibu, bapa juga harus dimuliakan setiap hari. Islam yang mengajar begitu.

Saya tidak mengatakan salah sekiranya kita ingin menyambut hari ibu. Cuma janganlah kita menanti pada tarikh ini barulah kita nak beri sesuatu yang berharga pada ibu seperti bunga, hadiah dan sebagainya. Kalau mampu boleh saja beri ibu hadiah setiap hari. Paling tidak pun tunjukkan kasih sayang pada ibu dengan cara menghormati ibu, ucap sayang, kucup tangan ibu dan sebolehnya jauhkan dari menyakiti hati ibu.

Setiap ibu adalah yang terbaik bagi anaknya. Kita sebagai anak seharusnya menghargai setiap pengorbanan ibu yang mengandung, melahir dan menjaga dengan penuh kasih sayang sehingga kita menjadi ‘seseorang’ pada hari ini. Sebagai anak pula janganlah bila sudah dewasa atau sudah berkeluarga abaikan ibu dan juga bapa.

Kata-kata sinonim seorang ibu/bapa boleh menjaga 10 orang anak tetapi tak mungkin 10 orang anak boleh menjaga seorang ibu/bapa seolah-olah telah mengiyakan dan terjadi pada masyarakat sekarang. Buktinya pergilah ke rumah jagaan orang-orang tua.

Persoalannya. Kenapa mereka dihantar ke sini? Siapa yang menghantar mereka? Adakah mereka punya anak? Jika ya. Tergamak mereka menghantar ibu atau bapa mereka ke sini. Bagi saya, perlakuan ini sukar diterima. Rendahnya moral masyarakat hari ini membiarkan ibu bapa dijaga oleh orang lain. Bukannya anak sendiri.

Kesempatan ini saya nak ingatkan diri sendiri. Satu hari nanti kita akan berkeluarga dan mungkin punya anak. Apa perasaan kita jika diperlakukan begini? Mungkin kita sedih dan terasa terpinggir. Dengan itu fahamilah ibubapa kita. Jagalah mereka selagi hayat masih ada. Berikan yang terbaik agar mereka bahagia. Jangan sekali-kali abaikan mereka. Jangan tunggu sehingga mereka dah tiada barulah nak menyesali perbuatan yang sudah kita lakukan. Ingat! Setiap perbuatan ada pembalasan.

Sekian dan Jumpa lagi.

p/s : teringat iklan Petronas Hari Raya tahun lepas…syahdu…dan Al-Fatihah buat bapa saya, Mohamad Noor bin Junid. Kembali ke rahmatullah pada 10 feb 2001.

10 Comments »

  1. aku said

    Mungkin si anak balas dendam sebab dulu dihantar ke rumah asuhan.. heheh🙂

  2. kumb@ng said

    sapa yg harus dipersalahkan..? taman asuhan atau anak..?😀

  3. Sakura said

    SELAMAT HARI IBU.. EHHH BULAN DEPAN HARI BAPA, NAK UCAP AWAL2 NIE, SELAMAT HARI BAPA UNTUK KUMBANG, WAAHHHH SAKURA JADI BUNGA, KUMBANG JADI KUMBANG,, HIK HIK HIK HIK

  4. kumb@ng said

    hai sakura…janganlah tunggu hari ibu baru nak ucap selamat pd ibu…ehem.. hari bapa utk kumb@ng…cam tak sesuai je..hehe😀

  5. dikmal said

    Salam..

    setiap detik kita mengingati ibu kita adalah hari ibu..tak ada satu hari khusus untuk sambutannya..

    penyatuan konsep, terjajah dalam senyap…huhuhu..emo laks!

  6. kumb@ng said

    dikmal…fuh! penuh simbolik tu…😀

  7. aku la ros said

    huh…. cik melah tetap de best in my heart:D.. hehehhehheehhee … camat hari ibu cik melah:D…

  8. kumb@ng said

    ya! cik ros…ibu kitalah yg terbaik…🙂

  9. dikmal said

    eh sis ros nih…blog abg kumbang die komen..blog mal tanak masuk pun..majuk kat ros [-(

  10. kumb@ng said

    cik ros je yg bole jawab…hehe😀

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: