Tarikan wanita

Salam semua…

Sedang saya termangu, merenung meja sambil sekali-sekala mendongak ke syiling memikirkan apa yang hendak ditulis di blog hari ini. Petang tadi di pejabat saya terima satu email dari seorang rakan berkenaan…

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu.

Mereka ialah:

  • Ayahnya

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia.

Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan lain-lain. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka ayah itu akan ditarik ke neraka oleh anak perempuannya.

  • Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya.

Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yang alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka.

  • Abang-abangnya.

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya.

Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adik perempuannya di akhirat kelak.

  • Anak-anak lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati ibunya perihal kelakuan yang haram disisi Islam.

Bila ibunya membuat kemungkaran seperti mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya. Maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

Lihatlah! betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat. Sebagai kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak wajib memainkan peranan masing-masing.

Firman ALLAH S.W.T ;

“Hai! anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia,jin dan batu-batu….”

Sesungguhnya..yang baik dari ALLAH dan yang tidak baik dari kita sendiri..

Sekian.Jumpa lagi.

4 Comments »

  1. aku said

    hmm.. susahnya menjadi lelaki…šŸ™‚
    agaknya sebab itulah lelaki superior di muka bumi( kehkehkeh, sure feminisma bakal menghentam aku)

  2. kumb@ng said

    aku…susah jadi lelaki klau tak laksana tanggungjawab sbgai lelaki dan susah jadi wanita klau tak taat pada lelaki…

  3. dikmal said

    salam semua..

    dik mal kaum hawa juga ‘aku’. tak hentam kamu pun..hehehe..

    bagi dik mal, fitrah tetap fitrah.

    lelaki perlu membimbing wanita. dan wanita perlu taat pada lelaki.

    kalau banyak orang memahami dengan betul, tentu dunia lebih aman…šŸ™‚

    perlu di ingat, modenisasi bakal mendesak rasa keinginan, sehingga kadang-kadang dan seringkali, emosi memacu tindakan.šŸ™‚

    Sekadar berkongsi

    Dik Mal,
    Ampang, Selangor
    http://norakmal.blogspot.com

  4. kumb@ng said

    ya! dikmal…fitrah alam…wanita yg melahirkan lelaki dan wanita juga mesti taat pada lelaki…

    jika peraturan kehidupan ini di patuhi… mungkin…tiada masalah spt yg berlaku pada hari ini…šŸ™‚

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: