Bicarajutawan.com dipantau?

Salam semua…

Sekembalinya dari bekerja di luar daerah perkara pertama yang saya lakukan ialah duduk di kerusi dan mengadap komputer yang telah 3 hari ditinggalkan. Tidak sabar rasanya untuk mengetahui perkembangan terbaru yang berlaku di alam cyber terutama dari post-post terkini dari rakan blogger.

Sebelum tu, pagi tadi saya terima sms dari dikmal tentang akhbar Utusan Malaysia melaporkan forum Bicarajutawan dan WangCyber dipantau kerana menganjurkan skim cepat kaya. Itu yang buat hati ini meluap-luap untuk pulang tapi apakan daya kerja harus dibereskan dulu baru boleh fikir untuk pulang ke Johor Bahru. 

Sepanjang hari sejak menerima berita ini hinggalah menulis post ini saya memikirkan apa salah BJ hingga ada akhbar mengaitkan BJ dengan skim cepat kaya. Mungkin pusat yang siasat tu tak buat kajian tepat, teka rambang, agak-agak, main silap mata atau kerana adanya perkataan ‘jutawan’ dan ‘wang’  maka kedua-dua forum ini terus dikaitkan dengan skim cepat kaya.

Apa ni! Mana kreadibility Pusat Keselamatan Cyber Malaysia? Siapa yang mengawal selia pemeriksaan menyeluruh tu? Dari sumber mana diperolehi? Cara apa di gunakan untuk kajian? Apakebenda ni? Apake he?  

Utusan pulak lagi? Kontroversi? Selalu sangat laporkan berita yang tidak tepat dan berat sebelah. Membeli akhbar ni memang dah lama saya tinggalkan. Rasanya Utusan lebih layak lapor berita pasal artis dari melaporkan pasal isu-isu semasa. Ruangan Astora Jabat ada lagi tak? huh! Bikin wa panas je…

Mungkin saya terlalu emosi. Emosi saya ada alasannya. BJ ada nilai tersendiri pada saya. Setelah dikenalkan oleh seseorang banyak ilmu yang telah saya perolehi dan ada yang dipraktikkan. Melalui BJ juga saya kenal Pakdi dan blognya. Juga berpeluang kenal dengan rakan-rakan blogger yang lain sehinggalah saya ambil keputusan membuat sesuatu yang baru dan lahirlah blog ini. Pada hal hakikatnya saya bukanlah seorang yang gemar menulis.

Untuk BicaraJutawan dan Pakdi, saya akan tetap menyokong dan yakin kebenaran pasti datang. Satu hari nanti mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab ni akan malu atas kesilapan mereka yang mengaitkan BJ dengan skim yang tak berfaedah ini.

Sekian. Jumpa lagi.

9 Comments »

  1. aku said

    wah, berapi seh baca post ni.. hehehe..

  2. kumb@ng said

    masa tulis cuma berasap je…😀

  3. […] En. Aku 2. The Baker’s Place 3. Dikmal 4. Alyani 5. Labanon 6. Melor 7. Irfan 8. x-kl 9. Kumbang 10. AhmadRidzuan 11. LinnComel 12. […]

  4. shueqry said

    wah, kat sini jumpa juga!

    good, high motivated post from Kumbang.

    this is the spirit !

    – shueqry –

  5. impax said

    saya pun spendapat dgn kumbang. bara jgk masa baca keratan artikel tu..BJ n WC? biler masserrr…

    sbnrnya ini dah menunjukkan pada kita.. kredibiliti akbar nasional negara yg lemah. blh d pertikai dan di saman2.

  6. kumb@ng said

    terima kasih shueqry n melur…sudi gak jengok blog yg tak seberapa ni…😀

    sebagai ahli BJ n pengunjung WC…ini hanya sumbangan kecil.sama-samalah kita suarakan hak kita dan menyokong kebenaran…🙂

  7. aku la ros said

    sebenarnya tak tahu nak komen apa..apa pun..gud motivated from kumbang..syabas:D

  8. Azree said

    Uih.. Saya tahu berita ni masa awal pagi buka internet. Dalam pukul 8.00 pagi camtu. Terus berasap je kepala baca berita ni. Terus je post kat BJ tu.

  9. melor said

    gud luck kumbang!

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: