Menjelang perlawanan Liverpool vs AC Milan

Salam semua…

Entahlah, beberapa hari ni saya agak sibuk hingga tak sempat nak meng’update’ blog yang baru berusia 2 minggu ni. Mula-mula boleh la dikatakan rajin dengan 7 hari post berturut-turut. 

Tetapi kerajinan itu tiba-tiba pudar dan pada hari ke 8 saya tinggalkan tanpa sebarang cerita hinggalah muncul semula pada hari ke 10 dengan semangat membara bila dapat tahu Forum BicaraJutawan di pantau kerana kononnya anjurkan skim cepat kaya..huhu…panas..panas..

Kita tinggalkan seketika isu ini. Makin difikir,makin berapi pulak nanti. Pakdi dan rakan-rakan pun dah rancang tindakan yang sepatutnya untuk kembalikan maruah BJ. Harap-harap segalanya berjalan lancar dan kalau boleh pihak-pihak yang tak bertanggungjawab tu sedar mereka dah lakukan kesilapan. Kena saman pun bagus juga supaya selepas ini jangan sewenang-wenangnya melapor ikut suka hati tanpa usul periksa. Bak kata pepatah, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai bahu.Terlajak kapal boleh gostan,terlajak lapor ke mahkamah la jawabnya

Hehe..kalau menang nanti jangan lupa belanja..😀

Oklah. Kepada peminat-peminat bola jangan lupa saksikan pagi esok Liverpool sekali lagi bakal menjulang Piala Juara Eropah buat kali ke 6. Macam yakin je. Memang lah. Sebagai peminat fanatik Liverpool dulu, kini dan selamanya sudah tentu saya yakin Liverpool akan menang. Keyakinan ini berdasarkan kepada persembahan semasa. Berapa gol tak kisah. Yang penting Liverpool juara!😀

Itulah penangan bola. Makan bola. Tidur bola. Mimpi pun bola. Kalau dah minat awal pagi pun sanggup bangun untuk saksikan perlawanan pasukan kesayangan. Pilihan anda..Liverpool atau Milan? Kita tunggu keputusannya nanti…

For Liverpool fans…You’ll Never Walk Alone…and Let Milan Walk Alone…😀

Sekian. Jumpa lagi.

2 Comments »

  1. pakdi said

    rezeki takde. milan dapat gol nasib baik je…

  2. dikmal said

    ihik2….takpe2..musim depan ade lagi..cewah cm sy tau sal bola sepak😀

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: