Liverpool tetap juara

Salam semua..

Terkilan rasanya tatkala menyaksikan pasukan Liverpool tewas di tangan AC Milan dalam perlawanan akhir Piala Liga Juara-juara Eropah awal pagi tadi. Walaupun menunjukan aksi yang cemerlang namun nasib tidak menyebelahi pasukan Liverpool.

Benarlah, pasukan yang baik tak semestinya menang dan pasukan yang bernasib baik selalunya menang. Begitulah yang berlaku pada perlawanan pagi tadi. Walaupun menunjukkan permainan yang menarik dan mempunyai peluang menjaringkan gol lebih banyak dari AC Milan namun bola gagal mencecah jaring.

Ternyata pasukan yang menjaringkan gol lebih dari pasukan lawan memang layak menang walaupun permainan tidak sehebat mana. Buat pasukan AC Milan, Tahniah!. Nampaknya luka tahun 2005 pasukan ini terubat.

Tiada mengapalah. Lupakan kekecewaan tahun ini wahai peminat Liverpool. Pasukan Liverpool akan kembali dengan lebih mantap pada musim depan dengan kehadiran pemain-pemain yang lebih berbakat dan berkaliber. 

Sebagai peminat tegar saya tetap mengatakan Liverpool adalah juara. Cuma yang membezakan ialah kerana adanya perkataan ‘naib’ sahaja.😀

Sekian. Jumpa lagi. 

3 Comments »

  1. pakdi said

    setuju!

    YNWA!

  2. kumb@ng said

    team kita ‘juara’!

  3. Awan Badai said

    Mak aih… Liverpool-fan berkumpul kat sini.

    Liverpool tetap best!!

    p/s: bila la Liverpool nak tukar penaja jersey…😦

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: