Sebulan berlalu

Salam semua..

Hari ini genap sebulan saya menjadi blogger. Harapan saya dengan kelahiran blog ini dapat diterima walaupun saya akui masih banyak kekurangan yang perlu diperbaiki.  Saya juga berharap ada perkembangan positif sejak hari pertama hinggalah saat saya menulis post ini. Lain-lain tu anggap saja blog picisan ini sekadar untuk memeriahkan suasana.

Kenapa ya saya nak jadi blogger? Jadi blogger tentunya perlu ada bakat menulis. Betul ke? Bagi saya semua orang dilahirkan ada bakat. Samada bakat menyanyi, bermain bola atau sebagainya. Semua tu hanya perlu di asah. Soalnya sekarang, boleh ke saya menulis?

Yang saya tahu, dulu masa sekolah saya suka melukis. Pernah wakil sekolah dan selalunya setiap minggu lukisan saya di tampal di papan utama lorong ke kantin sekolah. Menulis bagi saya sekadar untuk peperiksaan.

Sejak meninggalkan alam persekolahan dan kemudian melanjutkan pelajaran minat melukis ni tiba-tiba pudar. Benarlah tanpa pengasahan bakat, apa yang kita ada terpendam begitu saja. Kini, saya masih boleh melukis tapi sekadar suka-suka dan bukanlah hobi utama.

Dulu pernah bercita-cita nak jadi pelukis dan arkitek tapi kini semuanya berubah. Sekarang, kerjaya saya lain dari apa yang dicitakan. Bergelumang dengan peralatan telekomunikasi dan bermain dengan teknologi.

Eh! ke lain pulak cerita. Ok. Balik ke tajuk. Kenapa ya saya nak jadi blogger?

Kerana, saya nak cuba sesuatu yang baru. Sesuatu yang baru? Ada beza ke menulis di blog dengan menulis karangan masa sekolah?  

Pendapat saya, dulu karangan yang kita buat hanya guru atau kawan-kawan sekolah saja yang baca. Dengan blog, bukan saja guru, rakan-rakan sekolah, malah satu Malaysia termasuk orang negara luar pun boleh baca karangan kita. Inilah teknologi dan beza antara tulis offline dan online. Karangan yang kita tulis kat sekolah pun boleh dikongsi untuk orang baca dan komen. 

Jadi apa benda baru nak buat? Bukan ke dulu pun pernah menulis. Bezanya dulu saya menulis kerana nak lulus periksa dan sekarang menulis untuk di kongsi dengan orang lain yang jauh dari tempat kita. Kira jadi hobi lah. Manalah tau dengan hobi ni boleh dapat ramai kawan dan menjana pendapatan.

Persoalan lain mengatakan jadi blogger mesti boleh menulis dengan baik. Pendapat anda bagaimana? Walau apa pun pendapat, saya beranggapan menjadi blogger mesti ada kebolehan menulis yang baik. Persembahan penulisan yang baik boleh menarik orang untuk membaca dan seterusnya menjadi peminat setia.

Blog-blog yang saya senaraikan blog selalu baca adalah contoh di antara blog-blog yang mempunyai gaya tulisan yang menarik. Blog-blog tersebut ada keistimewaan masing-masing yang saya anggap senior dan sudah tentu tempat rujukan ilmu percuma. Di bandingkan dengan mereka saya agak jauh ketinggalan.

Sesetengah orang menulis bagi mereka mudah. Tapi tidak bagi saya. Saya ada masa-masa tertentu yang membolehkan saya menulis. Sebab tu dulu saya malas dan tak minat menulis. Tapi sejak ada blog minat tu datang dengan sendiri dan idea menulis tu kira boleh lah.

Bagi saya, sekadar minat saja tak cukup untuk hasilkan tulisan yang baik. Perlu ada pengetahuan, skil dan bahan penulisan yang bagus untuk dikongsi. Itulah kekurangan yang ada pada saya sekarang.

Buat masa ini saya hanya berkongsi apa yang berlaku disekeliling. Saya juga merancang menulis tentang bidang yang saya cebur sekarang. Cuma sekarang ini saya masih fikirkan penyampaian yang macamana untuk memudahkan orang faham baca.

Tempoh sebulan yang lalu banyak mengajar saya. Apa yang perlu saya buat ialah belajar dan terus belajar. Setiap hari mendatang adalah proses menambah ilmu bagi saya. Banyak lagi perkara-perkara teknikal tentang blog belum saya kuasai dan ini perlukan masa untuk saya mendalaminya.

Dengan cara mencari maklumat menjelajah di alam maya dan bertanya kepada yang tahu, insyaALLAH saya akan meningkatkan prestasi blog ini. Buat masa ini apa yang saya perlukan ialah sokongan, komen dan kritikan membina dari rakan-rakan pembaca blog sekalian.

Kepada rakan-rakan blogger yang melawat blog ini sebulan lalu, Terima Kasih saya ucapkan.

Sekian. Jumpa lagi.

5 Comments »

  1. dikmal said

    selamat hari lahir..

    selamat hari lahir

    selamat hari lahir sikumbang.wordpress.com

    selamat hari lahir😀

  2. aku said

    selamat berblogging…

  3. kumb@ng said

    mcm jiwang plak post kali ni…hak..hak..hak..😀

  4. shueqry said

    asmkm Kumbang, apa khabar? Shueqry here.

    Wah, saya sungguh bersemangat baca post Kumbang kali ini, itu yang sbetulnya, keep learning and keep doing what you learn.

    Saya juga dulu time skola rendah minat melukis, conteng-conteng, tapi antara lukis dan tulis, saya lebih minat menulis, terus matlamat nak jadi penulis. Time kecik dulu minat sesangat ngan Dr Shukri Abdullah, teruja sangat denga nama dia..

    paling penting, buat apa yang kita minat dan terus memajukan diri. shueqry.blogspot.com support sikumbang.wordpress.com

    bro Kumbang, keep up the good job !🙂

    – shueqry –
    all for one, one for all

  5. kumb@ng said

    shueqry….alhamdulillah..,saya sihat..

    terima kasih.saudara juga antara pengunjung tetap blog tak seberapa ini..

    tentunya saya kagum dgn semangat dan kesungguhan saudara dlm bidang yg dicebur sekarang… sepertimane semangatnya bile membaca tulisan saudara.

    kita semua ada matlamat dan doa dari saya,semoga berjaya..🙂

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: