spontan dan sempoi

Salam semua…

Tadi semasa singgah di blog Shuth saya tertarik dengan post dia hari ini. Berapa lama masa untuk update blog?. Kebetulan post yang lepas ada cerita pasal status minat menulis saya dulu, kini dan… akan datang? ehem…

Shuth, walaupun ambil masa lama untuk post sekurang-kurangya dia berjaya hasilkan artikel yang berkualiti yang beri faedah pada orang lain yang membaca.

Saya? Bukan nak merendah diri. Hakikatnya post saya masih berkisar pada apa yang saya suka tulis itupun ambil masa yang lama bila menulis. Kalau boleh nak jugak ikut cara Pakdi yang boleh tulis dengan spontan. Atau cara Aku yang sempoi. Walaupun spontan dan sempoi tetap berfaedah.

Dalam draft saya ada beberapa cerita yang masih tersimpan rapi kerana belum bersedia untuk di post. Sebab saya merasakan bila saya menbaca semula mesti ada yang perlu ditokok tambah ramuannya untuk menyedapkan rasa.

Cerita-cerita tu dah dikarang beberapa minggu lepas. Tapi tak taulah menarik ke tak. Menarik atau tak, mestilah kena post dulu baru lah tau kan… Tunggulah nanti ya kawan-kawan.

Untuk post kali saya cuba tulis secara spontan dan sempoi. Itu pun ambil masa dekat sejam untuk siap.

Oklah, sekarang mau post…😀

Sekian. Jumpa lagi. 

8 Comments »

  1. pakdi said

    mu pun kena jadi sikumbang, bukan orang lain😀

  2. kumb@ng said

    ya! betol Pakdi..jadi diri sendiri..hehe😀

  3. dikmal said

    ya jadilah si kumbang..🙂

    tulis .. tulis je.. kadang-kadang perlukan masa..kadang-kadang tak..

    perlu di ingat, kita tak di asah sebagai penulis tapi kita sendiri mengasah diri untuk menulis…jadi…stay cool😀

  4. aku said

    senang jer untuk menulis.. ko bedal jer..

    kalau takde komen, kira ayat tak power la.. kena asah lagi.. hehehe..

    tengok, aku cite pasal forex, tak ramai berani komen sebab aku sentuh bab hukum hahaha.. nak tulis pe plak lepas ni ye..

  5. kumb@ng said

    dikmal….ya!mcm asah pensel..lama2 tajam..😀

    aku…i like u..eh! i like ur writing…bole bikin org gelak…hahaha😀

  6. shueqry said

    asmkm Kumbang, pekaba? Shueqry di sini.

    menulis ni mcm swimming gak, makin rajin training makin tinggi stamina dan makin lancar renangan.. menulis satu kemahiran.

    Seperti kemahiran lain, buat banyak kali untuk menjadi yang terbaik.

    David Bechkham berlatih free kicknya setiap hari, pagi dan petang sejak remaja..

    Nicole Ann David berlatih di gelanggang skuasy 3 jam di waktu pagi dan 3 jam di waktu petang,kekadang 5 jam!

    jadi kita juga perlu berlatih menulis di waktu pagi, tengahari dan petang, tulis apa saja, di mana jua dan tak kisah berapa panjangnya. Bila dah terbiasa, mcm air jadinya idea tu mengalir..

    mungkin tip ini boleh membantu.

    – shueqry –
    all for one, one for all

  7. zool said

    Saya pun selalu bedal je tulis dalam blog saya..nasib lah kalau ada yang datang komen..
    tapi jangan putus asa laha..
    tulis je sampai tangan dah tak mampu nak menaip..
    he he he

  8. kumb@ng..
    tq sebab singgah kat blog saya..
    Kalau nak join fantasy soccer singgah2 le selalu….
    blog bola saya .. link awak juga saya letak kat blog saya,…
    ADIOS.. nak edit blog nie,,

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: