KL Banjir – Peringatan dari Allah?

Salam semua..

Post kali ni saya tulis agak serius sikit. Mengenai banjir ‘kilat’ yang melanda Bandaraya Kuala Lumpur Ahad lalu. Sesungguhnya kejadian ini telah melumpuhkan sebahagian besar kegiatan ekonomi di bandaraya itu. Bila ini berlaku siapa yang rugi? Sudah tentu penduduk-penduduk yang terjejas dengan banjir dan juga peniaga-peniaga samada yang kecil atau yang besar.

Sudah seringkali negara ini dikejutkan dengan musibah banjir. Sebelum ini di Johor dan sekarang ini di Kuala Lumpur pula. Bukan saja banjir, tanah runtuh, bumbung runtuh juga telah melanda ibu kota ‘kebanggaan’ kita.

Apakah musibah ini merupakan amaran dari Allah atau kejadian alam semula jadi seperti yang dilaporkan oleh pakar kaji cuaca akibat pemanasan global yang melanda dunia. Benar ke? disebabkan ini berbagai kejadian luar biasa telah melanda dunia sekarang ini. 

Walau apa pun tanggapan, ini menuntut manusia supaya jangan lupa tanggungjawab pada Allah. Allah yang mengarahkan hujan turun dan Allah jugalah menentukan dengan hujan manusia menerima faedah atau musibah. Setiap perbuatan dan perlakuan manusia diperhati dan apa-apa perlakuan yang mencabar kesucian agama Islam maka musibahlah balasannya.

Di Negara ini musibah yang melanda menuntut kita supaya insaf dengan apa yang berlaku. Konsert dan hiburan melampau sana-sini sentiasa dipenuhi oleh warga-warga kota hingga dinihari. Tak kurang juga ada golongan yang mencabar kesucian Islam dengan menganjurkan aktiviti di luar batasan manusia. 

Kalau dikaji, kenapa semua ini terjadi? Adakah manusia zaman ini sengaja ingin mencabar kekuasaan Allah. Lupakah mereka bahawasanya Allah Maha Besar. Allah yang menjadikan alam ini. Allah berhak menyuruh hambanya supaya menurut segala perintahNya.

Ibarat kita menumpang di rumah orang. Takkan kita boleh buat sesuka hati. Kalau dah menumpang tu buatlah cara menumpang. Nak guna barang pun kena mintak izin. Nak buat itu ini pun kena mintak kebenaran. So, ikut saja lah apa peraturan yang dibuat. 

Kalau disuruh, buat. Kalau di larang, jangan buat. Ini tidak. Yang wajib ditinggalkan dan yang haram pula dibiarkan berleluasa. Sebab itu ada istilah ada judi halal, ada judi haram. Yang halal bila ada lesen dan yang haram pula sebab takda lesen.

Sebenarnya kalau dipikir-pikir apa yang berlaku di negara kita ini berkait rapat dengan perlaksanan dan penguatkuasaan oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab. Allah sudah menyediakan peraturan yang tentunya sesuai dari zaman turunnya Al-Quran sehingga pada masa ini.

Kenapa manusia masih berdegil menafikan hak Allah kepada hambanya. Yang diagungkan kini peraturan ciptaan manusia yang entah bangsa asing mana yang cipta. Peraturan yang sentiasa boleh berubah-ubah mengikut peredaran masa. Peraturan yang mengikut kata majoriti. Kenapa peraturan ini masih diguna pakai?

Selagi manusia alpa dengan keseronokan dunia dan melupakan yang hakiki, selagi itulah bencana takkan sunyi. Mungkin musibah banjir di negara ini tak sehebat negara lain seperti China, Bangladesh dan Indonesia. Oleh sebab ini kita seharusnya bersyukur kerana mungkin ada segelintir manusia yang inginkan peraturan Allah itu ditegakkan.

Musibah dan bencana telah menyebabkan ramai yang menderita dan mengalirkan air mata. Kita yang bernasib baik hanya boleh memerhati dan bersimpati. Menghulur apa yang ada. Menyumbang selagi termampu.

Kalau dahulu kita selalu dengar negeri Kelantan sering di landa banjir. Persoalannya kenapa dulu Kelantan dan sekarang Kuala Lumpur? Jawapannya hanya Allah yang mengetahui….

Sekian. Jumpa lagi. 

5 Comments »

  1. shueqry said

    asmkm Kumbang, apa khabar?

    pandangan saya, musibah tiba-tiba terjadi kerana Allah mahu kita mengingatinya dan mahu kita memberikan puji-pujian kepadanya. Sebagai hamba, itulah peranan kita.

    Pendek kata, ucap Almhamdulillah dan bersyukur atas semua nikmat dari yang sekecil-kecilnya.

    Good post🙂

    – shueqry –

  2. zool said

    entahlah.. mungkin juga musibah dari ALlah..
    tapi ia juga atas kelemahan manusia mengurus bumi ni gak..

    kalau dilihat dari segi teknikal lah kan…
    longkang2 yang dibina guna konkrit sukar untuk mengalir atas sebab banyak sampah yang menganggu aliran..
    air tak dapat nak diresap oleh tanah..
    sambil tu discharge pun tak diurus ngan baik…
    jadi masing2 kena ambil inisiatif gak..mana boleh harap[ sangat terowong smart tu…

  3. KBloggers said

    Bagi kami Alhamdulillah. Kemaman belum banjir tahun ni. Tahun depan tak tahulah. Harap dan doa moga-moga takde lah. Salam dari Kemaman.

  4. dr aura said

    Banjir, satu musibah dan peringatan dari Yang Maha Berkuasa, banyak hikmahnya. Fikirkan dan lakukan yang terbaik untuk diri sendiri dan keluarga.

    kumb@ng: ya. sesuatu yang harus difikirkan dan dilaksanakan bersama..🙂

  5. assalamu’alaikum kumbang. salam kenal. saya taufik dari lingkar study indonesia. saya maksud meminjam gambar banjirnya untuk headlines web saya karena cocok dengan latar belakang web saya yang hitam. saya mengundang teman-teman untuk pertisipasi diskusi di forum kami untuk perubahan yang lebih baik.

    salam. taufik. http://www.lingkarstudy.com

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: