Makan bola,Tidur bola,Minum air kolah

Salam semua..

Hari ini di blog saya terima 2 komen dari seorang sahabat baru bernama Zool. Selepas mengunjungi blog beliau, saya rasa blog ini merupakan satu-satunya blog pernah saya jumpa bercerita pasal bola. Dengan bercerita hanya pasal bola, blog ini juga bakal menjadi blog saya suka baca.

Seperti saudara Zool, saya ni bukanlah hebat sangat bermain bola tetapi saya tersangat-sangatlah minat bola. Saya subscribe Astro semata-mata nak tengok game pasukan kesayangan saya Liverpool. Sekarang ni boringlah sikit sebab hujung minggu tak dak game.

Tak tau nak buat apa malam hujung minggu saya main PC game bola dan setiap kali main setiap kali itulah pasukan Liverpool pasti jadi juara. Cuma dalam game je tu. Realitinya Liverpool pun memang  selalu jadi juara..ehem..

Begitulah fanatiknya saya kalau cerita pasal bola dan Liverpool. Siapa ya pemain yang Liverpool bakal beli musim depan? Kalau dapat Carlos Teves atau Samuel Eto pun bagus gak. Tapi rumours mengatakan Liverpool hanya dapat budget beli pemain yang tak berapa mahal.

Takpelah. Pandai lah nanti Rafael Benitez uruskan pemain mana yang nak dibeli. Beli yang mahal pun kalau selalu injured pun tak guna juga..(ayat nak sedapkan hati). Yang penting musim depan Liverpool bakal gegar itu EPL dan Champion League..ha..ha..ha..😀

Kita lupakan sementara pasal Liverpool. Bukan apa nanti ada pulak peminat MU, Arsenal atau Chelsea marah. Sikit-sikit Liverpool. Macam power sangat ke team tu. Dah memang saya minat Liverpool nak buat macam mana kan. Walau kalah Liverpool tetap di hati. Kalau menang lagi lah boleh berlagak ngan member-member yang anti Liverpool…hehe😀

 my jersey

Sambung balik pasal blog saudara Zool. Di blog itu juga ada cerita pasal futsal. Kebetulan sekarang ini saya dalam persiapan untuk menyertai kejohanan futsal di Kuala Lumpur anjuran syarikat tempat saya bekerja. Pasukan saya wakil dari Wilayah Selatan. Kalau nak tengok datanglah ke Ampang Sports Planet pada 30 Jun 2007.

Untuk ke kejohanan ini latihan setiap hari Isnin dan Jumaat setiap minggu. Sebab itu sejak beberapa minggu kebelakangan ni saya sibuk sikit. Kerja dalam daerah, kerja luar daerah dan latihan futsal. Walau sesibuk mana pun saya tetap akan luangkan masa untuk blog.🙂

my kasut futsal

Oklah. Taknak cerita panjang lebar cukuplah sekadar hari ini. Kejap lagi nak keluar, kena kerja malam. Bukan syif malam tapi ada tugas-tugas khas. Tugas apa ek?  Nantilah saya cerita…hehe..😀

Sekian. Jumpa lagi.

9 Comments »

  1. aku said

    kemarin aku gi tengok team office aku main futsal. sport planet alor setar.. tajaan tm kot sebab aku tengok cenderahati dapat dalam bag TM. aku tak main. jadik rafael jer haha.. siap saiko geng lawan lagi.. hihihi..

    gudluck.

  2. kumb@ng said

    saiko..saiko..menang tak?…hehe..😀

  3. pakdi said

    Adakah aku terpaksa menjadi penyokong Israel selepas pembeli Youssi Bennayoun ?

    Argh…

    Bila nak tukar penaja Carlsberg ni!!!

  4. kumb@ng said

    ni yg dlm dilema…. :-s
    hanya sokong liverpool je…
    say NO to Israel!!
    say NO to Carlsberg!!

  5. shueqry said

    wo! walau saya seorang perenang, tapi..

    saya sokong team Liverpool !

    – shueqry –

  6. shueqry said

    cayalah Kumbang, jersi No 7 !

  7. kumb@ng said

    wah!ramai seh fan liverpool..hehe😀

    shueqry…samelah kita…7..😀

  8. zool said

    He he he ..
    tima kasihlah sikumb@ng.. kembang sekejap lubang idung… sebab nie first time ada member yang promote blog saya nie…
    citer pasal Futsal saya pun dah lama tak main futsal sebab team tak cukup orang.. wargh tapi kalau ada nak singgah ke Melaka bolehlah … kita buat friendly…. amacam ada berani tak???

  9. nice blog…mampir ke tempat saya…www.bolanova.com ( Blog Bola )

    best regards, andy

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: