Mee

Salam semua…

Petang itu. Saya dan rakan ditugaskan membaiki peralatan telekomunikasi yang rosak akibat dipanah petir. Kerosakan yang menyebabkan kawasan Bandar Tenggara di daerah Kluang dan yang sewaktu dengannya tiada liputan telefon mudah alih. Lain-lain operator tu tak tau lah terlibat atau tidak.

Setelah berjam-jam baiki akhirnya kerosakan dapat dipulihkan sekitar jam 1 pagi. Maka gembiralah warga Bandar Tenggara dapat mengguna semula telefon. Ya lah. Mungkin ada yang nak telefon awek, tunang dll tak dapat-dapat sejak petang.

Bagi saya kerja hingga lewat malam ni dah biasa. Pernah juga lebih 24 jam tak tidur dan kadang-kadang tidur kat site atau dalam kenderaan. Semua ini dilakukan tujuannya supaya pelanggan mendapat perkhidmatan yang baik…macam YES jek..😀

Setelah memastikan semua peralatan dalam keadaan baik dan bekerja seperti sediakala, saya dan rakan bersiap sedia untuk pulang. Oleh kerana perut masing-masing dah mendayu-dayu bunyi lagu keroncong untuk Ana. Perkara pertama di fikiran ialah mencari tempat makan.

Faham-faham saja lah di kawasan pendalaman macam ni bukan senang nak cari tempat makan. Lewat malam pulak tu. Jarak Bandar Tenggara dengan JB lebih kurang 70km. Memandu lebih kurang sejam. Kalau jalan kaki tak pernah cuba lagi…hehe..😀

Dalam perjalanan pulang, lebih kurang 15 minit memandu saya terpandang dari jauh kelihatan seakan warung di Felda Sungai Sayong. Rakan saya pun nampak juga. Saya pun menghampiri warung yang dimaksudkan…sah! memang warung tapi warung burger! Saya pun ambil keputusan singgah sebab nampak ada kerusi dan meja. Mana tau ada makanan lain. Sambil tu boleh lepak-lepak melepaskan rasa penat dan ngantuk.

Selepas duduk, mamat kat warung burger tu datang “makan bang?” Rakan saya yang sejak tadi merungut perut lapar tanya kat Mamat tu “mee ada tak?” sambil tangan kanan menggosok-gosok mata dan tangan kiri memegang perut.

Tiba-tiba mamat yang ambil order tu belah macam tu je…saya dan rakan terpinga-pinga “kalau nak belah pun, abiskan lah order dulu..ish! mamat ni” kata saya.

Rakan saya mencelah “mamat tu kelam kabut pegi…sensitif ke aku tanya pasal mee tadi…entah-entah….”

“ha! ko apahal? jangan pikir macam-macam. ni tengah malam. ko tengok keliling tempat ni gelap semacam. kat sini cuma ada ko ngan aku je” kata saya dengan nada key E minor .

“aku nak cakap, entah-entah mamat tu nak check stok mee ada ke tak. takpun nak pinjam mee…hahaha…apela ko ni fikir bukan-bukan” kata rakan saya dengan slang jawanya sambil angkat tangan ala Karam Singh Walia..

“eh! lama pulak mamat ni…mana pulak dia nak cari mee tu? rakan saya mula risau sambil mata memandang ke arah tempat mamat tadi hilang dari pandangan.

“Zhar! ko nampak tak tu?”  “mana?” “tu hah kat belakang warung tu” kata rakan saya sambil muncungkan mulutnya..

“haah..nampak-nampak..” dalam sayup-sayup kegelapan malam, kelihatan 2 lembaga seakan manusia berjalan menuju kearah kami. Semakin lama, semakin hampir. Tiba-tiba bulu roma saya meremang. Berderau darah saya melihat situasi ini. Rakan saya hanya memandang nak pastikan lembaga apakah itu.

“laaa…mamat tadi lah…fuhh….legaa” disebelah mamat tu ada sorang lagi mamat. Dari mana pulak mamat yang sorang ni datang. Sape pulak panggil dia. Kelihatan macam baru bangun tidur. Agaknya inilah tukang goreng mee. Patutlah lama. Kejutkan mamat ni rupanya. Kalau goreng mee, mesti boleh goreng nasi…hehe.. Suasana kembali tenang.

Mamat yang baru kene kejut tadi berjalan ke arah kami sambil gosok-gosok mata. Entah dah gosok gigi ke belum.

Lalu mamat tu berkata “bang saya Mie…cari saya ke?”

Laaaaaa…saya dan rakan tepuk dahi dan kemudian gelak…😀

Sekian. Jumpa lagi

p.s : moral cete ni? hmm…mee atau mie bunyi sama tapi maksud lain..hehe.. :D 

20 Comments »

  1. shueqry said

    asmkm Kumbang, pekaba? Shueqry here..

    hehe.. lucu siot!

    good post🙂

    – shueqry –

  2. kumb@ng said

    shueqry…hehe…kaba baik…tq..tq..😀

  3. aku said

    hahahaha.. betul ke ni.. cite betul ke ni.. adeh.. saket perut aku tahan gelak..
    bleh ada jugak ye lawak ujang dalam kehidupan sebenar.. hihihi..

  4. kumb@ng said

    aku rase mamat tu konfius bila member aku tanya ada mee ke tak…ya lah..tanya mee kat warung burger..mesti dia ingat nak cari kawan dia…😀

  5. dikmal said

    mamat amik order tu tak cukup tidur tu..ke korang yang tak cukup tidur..hahahahha..

  6. […] 5. Blog Kumbang – Mee! (wajib baca dan gelak ( ) […]

  7. Alyani said

    agaknya nak kena cakap penuh…mee rebus..me maggie…kuey teow mee…bla..bla…

    p/s: keja dgn 3rd party provider utk telco tower ke?

  8. kumb@ng said

    alyani…tak sempat ckp mamat tu dah belah…😀

    p/s: saya keje ngan telco..😀

  9. pakdi said

    hahahaha… mamat tu pun mamai kot..

  10. oren88 said

    haha..funny sungguh.sakit perut den.nasib baik isi tak terburai.:-)

  11. nagamadu said

    mm… best siok crita nih… haha.. baguih kumbang.. he2.

  12. hahaha.. lawak2.. adeh.. sakit perut gelak..
    ahhahaha.. lain kali sekeh je pale die..
    bukan nak tanya dlu Mie atau Mee.. sabow je la..haha

  13. shueqry said

    apa-apa pun, post ini membuatkan diriku tersenyum sendiri..

    hehe..🙂

    -shueqry-

  14. zool said

    Lawak nye…
    rasa nak pecah perut..
    he he he..
    selalulah saya singgah sini nak baca artikel2 lawak..

  15. Haha.. punyalah baek mamat tu. Sanggup tu dia kejutkan kawan dia! Hahaha.. Kalau aku kat situasi camtu sure dah takleh control lagi dah! Gelak tahap gajah dah! Hahaha..

  16. afyan said

    Boleh masuk dalam http://gelihati.blogspot.com
    🙂

  17. iskandar said

    web yang menarik.Tahniah. Terhibur dengar cerita anda

  18. ktom said

    Wakakakakakakakakaka……..sakitnya perut Ktom ni….DikMal tolonggggg..wakakakakaka

  19. dikmal said

    tolng pe kak tom? tolong panggil mie ke mee? keh keh keh😀

  20. […] 5. Blog Kumbang – Mee! (wajib baca dan gelak ( ) […]

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: