Archive for July, 2007

Produk untuk di jual

Salam..

1+3 plan

Produk ini ialah 1+3 Plan. Dengan plan ini pengguna Celcom Minutes Plan boleh menambah 3 supplement lines dengan menikmati kemudahan berikut:

  • free voice call

  • free MMS

  • free SMS

  • free video call

  • flat rate anytime/anywhere

  • just RM5 a month

Plan ni memang sesuai sangatlah untuk yang suka bergayut dengan anak, ayah, ibu, sugardaddy, makwe, pakwe, tunang, suami, isteri atau isteri-isteri… 😀

Kalau berminat bolehlah pergi ke cawangan Celcom atau Dealer berdekatan. Kalau yang tinggal hampir-hampir dengan saya boleh tolong-tolong uruskan. 🙂

Sebarang pertanyaan boleh email ke: azhar_mnor@celcom.com.my atau kumbang95@yahoo.com

Sekian. 

Advertisements

Comments (12)

Ambil tindakan kalau tak benar

Tindakan Undang-Undang Ke Atas Penulis Blog – Khairy

KIMANIS (Sabah), 28 Julai (Bernama) — Tindakan undang-undang perlu diambil ke atas penulis blog yang menyebarkan laporan berbentuk fitnah di laman blog mereka, kata Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

Katanya penulis blog sebegitu tidak pernah memikirkan sensitiviti orang lain.

“Tidak ada undang-undang di alam siber kecuali undang-undang rimba. Jadi tindakan harus diambil supaya ‘monyet-monyet’ lain takut dan mengambil iktibar daripadanya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Pemuda Umno bahagian Papar, Kimanis dan Sipitang di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai penulis blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin yang dipanggil untuk memberi keterangan kepada polis.

Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib telah membuat laporan berhubung komen orang ramai dalam laman blog itu dalam siaran 11 Julai lepas, yang dikatakan menyentuh sensitiviti agama, kaum dan institusi Yang di-Pertuan Agong.

Khairy berkata beliau turut difitnah dalam laman blog itu, tetapi belum mengambil tindakan undang-undang kerana khuatir akan mengambil masa yang lama untuk diselesaikan.

………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Saya bukan lah nak mempertahankan atau menggalakkan tindakan sesetengah blogger yang menyebarkan berita yang dikatakan tidak benar. Cuma macam tak berapa enak bila si Khairy menggelarkan blogger yang dia tak suka sebagai ‘monyet-monyet’.

Mungkin ada dikalangan ‘monyet-monyet’ tu yang berkata benar. Sebagai orang yang difitnah Khairy haruslah buat sesuatu. Ambil tindakan kalau awak rasa berada dipihak yang benar.

Sekian.

Comments (3)

Aku di Tag

Salam semua..

Aku di Tag? Apa tu? Rasanya ni first time aku dengar Tag mengeTag ni. Menurut orang yang mengeTag aku iaitu Jentayutiara, aku kena buat satu post pasal ni….layannn…. Sori deh…kawe lambak buek post pasal ni. Mase tu kawe kat Melaka…on-off je dapat access internet. Almaklumlah sibuk. Tadi baru balik..huhu..ponat tak ilang lagi….. 😀

Lain-lain kena buat ialah :

  • Ceritakan 6 perkara pelik berkenaan diri pemilik blog. Perkara pelik tentang aku?..huhu..apa eh?

  • Senaraikan 6 blog yang bakal di Tag oleh aku pula – Sapo pulok jadi mangso aku…hehe..

  • Kemudian pergi ke blog yang di Tag oleh aku dan bagi komen Anda telah di Tag.

Itu aja? ingatkan apa tadi kena buat. Oklah tanpa membuang masa inilah benda pelik tentang saya, kawe atau aku… 😀

Pertama. Aku suka main PC game. Ya! aku suka main PC game bola. Aku suka main game bila team kesayangan aku kalah. Dalam game tu nanti akan ku kalahkan balik team yang kalahkan team kesayangan aku. Team kesayangan aku ialah Liverpool. Selain Liverpool ialah England, Brazil. Selain England dan Brazil ialah Malaysia(aku sayang team ni sebab aku orang Malaysia). Selain Malaysia aku juga sayang team Johor dan Johor FC kerana aku orang Johor. Sayangnya Malaysia, Johor dan Johor FC takda dalam game bola tu…. 😀

Ke 2. Aku suka tengok Kapal Terbang. Bukan saja tengok aku juga suka apa-apa tentang kapal terbang. Contohnya Dokumentari pasal kapal terbang (Cth: Build Airbus 380,Air Crash Investigation), Movie pasal Kapal Terbang (Cth: Air Force One, Flight Plane) dan juga aku suka main game kapal terbang(Cth:Flight Simulator).

Walaupun aku suka apa saja pasal kapal terbang, hakikatnya aku takut naik kapal terbang…hehe… 😀

Ke 3. Aku suka kumpul model kereta untuk buat perhiasan. Banyak gak koleksi model kereta tu. Ada Ferrari, BMW, Merc, Mitsubisi, Subaru, Toyota dan banyak lagi. Kereta-kereta tu ada yang aku letak kat almari, atas TV atau dekat-dekat ngan PC. Laa ni…aku perasan makin kurang pulak keta-keta tu kat almari. Sape punya keje? Ni mesti keje anak sedara aku.

Hmmm…kenapa ya saya suka rumah saya suka kumpul kereta-kereta tu….? Sebab ia beshhh… 😀

Ke 4. Dirahsiakan. 😀

Ke 5. Dirahsiakan. 😀

Ke 6. Ni….kawan-kawan yang kata. Kawan-kawan sekerja. Dorang kata aku pelik sebab ada blog. Sebab apa dorang kata pelik, bila aku pegi outstation dan bila ada peluang access internet perkara pertama yang aku buat ialah bukak blog. Pelik ke? Aku yang pelik ke atau dorang yang pelik? Apa kata survey?

Eh! pejam celik dah 6 aku senaraikan…hehe..aha…tu ajalah yang terfikir buat masa ni.. yang dirahsiakan tu bak kata Siti Nurhaliza…Biarlah Rahsia… 😀

Berikut pula adalah senarai 6 blog yang akan di Tag oleh aku…jeng…jeng…jeng….

  1. Dikmal – sebab dia aku ada blog.

  2. Zool – kawan online se bola.

  3. Awan Badai – lama dah aku tak pegi blog dia.

  4. Luarotak – entahlah kenapa aku suka baca tulisan dia.

  5. Enaku – dia ni top komentator kat blog aku.

  6. Alyani – blog dia pasal kewangan. Nak tengok juga apa dia tulis bila kena Tag.

Akhir sekali. Kepada pemilik-pemilik blog yang telah di Tag oleh saya, kawe atau aku, terpulanglah pada korang samada nak memanjang-manjangkan aktiviti mengeTag ni. Pada aku, fikir positif je. Tujuannya untuk memanjangkan sillaturrahim disamping dapat kongsi serba sedikit apa yang pelik tentang diri blogger tu.

p/s: sekiranya ada senarai blog di atas pernah di Tag atau mengeTag, sila abaikan message ini… 😀

Sekian dan Jumpa lagi.

Comments (8)

Ganasnya pencuri kabel

Salam semua..

Sementara menanti masalah avatar widget Pembaca Terkini di blog ni setel, saya ada kisah benar nak dikongsi. Kisah bantu-membantu.

Kisah ini berlaku pada 18 Julai 2007 . Kejadian dimana 2 staff Maxis di belasah oleh sekumpulan 10 orang pencuri kabel di pencawang telekomunikasi di Precint 17, Putrajaya. Pencuri kabel ini dikenali sebagai orang Melayu. Bukan Indon, Bangla,Cina ataupun India. Yang kena belasah juga Melayu. Satu tindakan brutal dan tidak perikemanusiaan.

Walaupun kejadian ini melibatkan staff Maxis, saya dan rakan-rakan di Celcom turut bersimpati kerana ini kejadian pertama melibatkan pekerja telekomunikasi di pukul oleh pencuri kabel di dalam kawasan pencawang.

Sebelum ini kejadian kecurian kabel kerap berlaku dan setiap kali berlaku hanya kesan-kesan kecurian seperti pagar dipotong, kabin dikopak dan kabel tinggal sekerat sahaja ditinggalkan. Tapi, kali ini pencuri tersebut menunggu sehingga staff itu tiba. Kemudian memukul beramai-ramai, mencuri barang-barang kepunyaan mereka seperti Wallet, Telefon, Laptop dan meninggalkan kabel-kabel tembaga bertaburan di lantai kabin.

 

Sebagai pekerja telekomunikasi kejadian dibelasah ini akan menimbulkan rasa bimbang tentang keselamatan pekerja apabila pergi ke kawasan pencawang. Pencawang telekomunikasi bukan saja terletak diatas banggunan. Ada juga di pasang di atas bukit, dalam hutan, estet, dusun, tepi jalan dan merata-rata tempat mengikut keperluan pelanggan. Walaupun berisiko kerja-kerja mesti diteruskan seperti biasa cuma perlu lebih berhati-hati. Buat masa ini tiada jaminan kejadian ini tidak akan berulang lagi.

Memang. Sejak harga pasaran kabel tembaga melonjak, sejak itu kejadian kecurian kabel ini tidak pernah sunyi. Dimana-mana di negara ini samada TNB, TM, Operator telekomunikasi mengalami masalah yang sama. Bila kecurian berlaku yang susahnya ialah pengguna yang mengalami gangguan-gangguan seperti bekalan elektrik, streamyx, coverage handphone dan lain-lain. 

Hakikat dari kejadian ini menunjukkan gejala kecurian kabel ini semakin serius dan kronik. Jika sebelum ini hanya kedengaran kabel dicuri dan sekarang ini tindakan pencuri lebih ganas hingga ke tahap memukul dan membelasah pekerja telekomunikasi yang tidak bersalah. Sudah lah dibelasah, barang-barang kepunyaan mereka pula di curi.

Perbuatan yang sungguh kejam. Apa seronoknya mereka mencuri? Apa seronoknya membelasah orang? Perbuatan yang kita sendiri tidak tahu apa yang menyebabkan mereka memilih kerjaya mencuri disamping kerja sambilan memukul orang. Mungkin juga ada kaitan dengan penagihan dadah dan samseng. Penyelesaiannya?

Sekian.  

Comments (10)

Minta bantuan

Salam..

Tiba-tiba avatar image Pembaca Terkini di blog ini hilang dari pandangan sejak semalam. Saya ingatkan WordPress yang bermasalah atau sedang di maintenance namun sangkaan saya salah. Saya ziarah beberapa blog rakan-rakan tapi tiada masalah macam blog saya.

Saya dah cuba try test delete script yang lama dan copy paste script tu semula tapi masih bermasalah. Cuba gak tukar Theme dan check configuration kat MyBlogLog dan WordPress kalau-kalau terusik atau terklik pun juga tidak nampak apa-apa perbezaan.

Oleh kerana saya dah buntu dan kusut sekarang, kalau boleh saya nak minta bantuan kawan-kawan yang terrorist pakar bom C4 dalam hal ni supaya dapat bantu selesaikan masalah blog saya ini.

Mintak tolong ya kawan-kawan… 🙂

Terlebih dahulu Terima Kasih kerana sudi bantu-membantu… 😀

Sekian..

Comments (5)

Malaysia lawan Iran

Salam semua..

Siapa berani jamin Malaysia boleh menang malam ni? Bagi saya kalau diizinkan Malaysia boleh! tapi dengan syarat Iran menangkan Malaysia atau Iran bagi Malaysia menang.

Takkan semudah itu Iran nak bagi laluan kat Malaysia. Sedangkan inilah peluang terakhir Iran untuk mara ke suku akhir. Silap-silap Malaysia pula yang akan dibelasah.

Bagi pasukan Malaysia inilah peluang terakhir untuk mengembalikan maruah yang sudah tercalar dan juga mengembalikan kepercayaan penyokong.

Jom ramai-ramai tengok siapa yang kena malam ni…. 😀

Sekian. Jumpa Lagi.

Comments (4)

Sampai bila nak pakai Nuri?

Salam Semua..

Muktahir ini kejadian nahas udara membabitkan helikopter Nuri semakin kerap berlaku. Dan setiap kali berlaku pasti ada anggota tentera yang terkorban. Kekerapan nahas udara ini sudah tentu membuatkan rakyat tertanya-tanya tentang keselamatan helikopter Nuri.

Dikhuatiri negara akan kehilangan ramai anggota TUDM terutama juruterbang sekiranya tiada tindakan drastik oleh Kementerian Pertahanan untuk mengatasi nahas Nuri dari berulang.

Punca nahas belum diketahui samada disebabkan kesilapan manusia ataupun kerosakan teknikal. Namun, persoalannya masih selamatkah helikopter Nuri ini diterbangkan? Kalau ya. Sampai bila? 

Sebelum terlupa eloklah kita sedekah Al-Fatihah kepada 6 anggota TUDM yang terkorban dalam nahas helikopter Nuri yang berusia hampir 40 tahun itu. Semoga roh-roh mereka dicucuri rahmat dan diletakkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Sekian.

Leave a Comment

Older Posts »