Sepetang di Mersing

Salam semua..

Beberapa minggu kebelakangan ni rutin aktiviti saya agak sibuk sikit. Tugasan kerja, kerja luar daerah,latihan futsal, melencong dan lain-lain. Walau pun sibuk sempat lah jugak on komputer dan ziarah blog rakan-rakan tapi tak sempat nak update blog. Mintak maaf la kepada rakan-rakan yang singgah blog ni tapi takde cerita terbaru untuk tatapan.😀

Sepatutnya Isnin lalu (2-5 Julai) saya ada kursus di Shah Alam. Kursus tentang produk terbaru peralatan telekomunikasi tapi saya terpaksa tolak kerana ahad(1 julai) baru balik dari Kuala Lumpur kerana menyertai kejohanan Futsal anjuran syarikat.

Bayangkan lah kalau saya pergi juga kursus tu. Baru balik dari KL selepas tu kena pegi KL semula. Bayangkan lah…hmmmm…Amacam? boleh bayangkan? susah-susah je bayangkan…hehe..😀

Sebenarnya saya terkilan juga tak dapat pergi kursus tu tapi takpalah lepas ni ada 3 kursus lagi bakal menyusul hingga bulan ogos..wahh!.. asyik turun-naik KL lah pasni.

Walaupun tak pergi kursus, tugas lain dah menanti di Kluang dan Mersing. Semasa saya tulis entry merapu ni saya berada di Mersing. Semalam kerja hingga subuh. So, siang hari one haul day rehat. Sementara ada masa terluang ni sempatlah saya menulis walaupun mata ni macam nak terlelap bagi isyarat suruh tidur..

Lepas subuh tadi dah tidur kejap tapi macam susah nak lelap mata. Bangun je terus capai laptop dan sambung ke 3G. Dengan kemudahan 3G ni mudah lah bagi saya nak access internet di mana-mana. Di hotel, tepi pantai, atas bukit pun boleh access internet yang penting ada coverage.  

Kalau di Mersing ni hanya satu operator je yang ada sistem ni iaitu syarikat tempat saya bekerja. Operator mana? hehe…yang nyata bukan Maxis ya… :D

Oh ya. Mungkin ada yang belum tau apa itu 3G. Secara ringkasnya, 3G ni merupakan teknologi henfon generasi ke 3 yang membolehkan pengguna henfon membuat panggilan suara dan video. Disamping tu capaian internetnya lebih laju dengan kadar sehingga 384Kbps.

Buat masa ni hanya Maxis dan Celcom saja yang ada sistem ni. Digi masih dengan sistem EDGE dan akan datang(tahun ni…) MITV bakal berada dipasaran dengan produk 3G. 2 lagi operator pun akan lancarkan produk 3G ni tapi tak tau bila.

Mungkin tahun depan ada 5 operator dengan produk 3G. Pasaran pasti akan semakin sengit dan yang paling untung ialah pengguna sebab sudah tentu ada perang harga.

Sebagai pekerja tugas saya cuma pastikan kualiti perkhidmatan yang di tawarkan pada pengguna berada ditahap terbaik. Kalau ada gangguan sikit-sikit tu biasalah. Sebab itu untuk elakkan gangguan pada waktu siang, kerja-kerja penyelenggaraan dan menaik taraf dibuat pada waktu malam. Seperti yang saya buat semalam. 

Hmmm…cukuplah untuk catatan hari ni. Lepas ni nak ronda-ronda bandar Mersing. Hampir 6 bulan tak ke sini. Rasanya macam ada sikit perubahan mungkin persediaan untuk pilihanraya agaknya…

Sekian. Lintas langsung dari Mersing.😀

p:s : tau tak Mersing kat mane? ingat Mersing…ingat Pulau Tioman…

15 Comments »

  1. zool said

    Alamak …
    takde citer merapu ari nie….
    Eh ada berita terbaru tentang perpindahan pemain…
    tgk le blog aku kumbang oit..

    kumb@ng: ok bro…jap gi kawe datey blog mu…😀

  2. Imo Imora said

    Mekasih melewati blog saya (melewati?). Menarik la blog Kumbang. Ada identiti sendiri. Tahniah🙂 .

    kumb@ng: tq..tq…nampak tak hidung tengah kembang ni…?😀

  3. Ku Ina said

    ehhh kumbang.. sy nampak p tioman tak nampak mersing sbb kat sana ada byk 3G… hihihi

    kumb@ng: 3G pulau tioman tu….gunung-gunung-ganang ke?..sbb tu tak nampak mersing…😀

  4. pakdi said

    er.. ni takde kaitan dengan entri.

    tau tak function CLI-R?

    kumb@ng: CLI-R atau Call Line Identification-Restricted…maknanya kalau subcribe service tu…bila buat call, no kita tak kuar kat henfon penerima atau display ‘private no’ aje…nak subcribe kene addional fee monthly rm10(celcom)…

    kalau nak rahsia2 nombor bolehlah subcribe….😀

  5. Ku Ina said

    3G? hihihi… Gemuk, Gempal, Gebu ; kat p tioman byk kan, ala kat tepi2 pantai tu. Kau punya HP 3 no last 900 ya..tau la compy awk sbb sy terlibat jugak dlm design tower nie.

    kumb@ng: hohoho….GGG….byk tu kat pantai tioman…haha…😀 eh! ada kene-mengenalah kita…tower paling tinggi penah buat bape kaki?😀

  6. aku said

    gadget + telekomunikasi ni memang aku fail lah.. 3g la.. pebende lagilah..

    kumb@ng: don’t worry kawe tongah plan nok tulis pasey ni nanti. tapi….kalo kawe doh cito…mu tak pehe gok…tak dapek den nak tolong…😀

  7. dikmal said

    abg kumbang lope ke 3G yang lama.. Komuniti Gelak GUling GUling. ngakakakakakakakka😀

    kumb@ng: haah…lope la pulok…tempat jatuh lagi kenang…apetah lagi tempat berkenalan…hehe😀

  8. iris said

    salamz

    kumb@ng: tq..singgah blog tak seberapa ni…😀

  9. pakdi said

    CLIR… 10 ringgit. tapi tak guna. macam beli rokok tapi tak hisap. membazir je selama 3,4 tahun guna celcom.

    kumb@ng: perkara dah lepas…halal atau tak, terpulang…😀 klau pakdi nak terminate CLIR tu saya bole tolong…cuma email je kat saya no tepon tu…nanti saya uruskan….same ke no yg pakdi PM kat BJ ari tu?🙂

  10. pakdi said

    dah call customer care. no tu je. tu je pakai postpaid. dia kata dalam 24-48 hrs CLIR akan diunsubscribe.

    er.. power apa yang kumbang ada tu sampai boleh uruskan tuu😀

    kumb@ng: err…power ranger..😀 hehe..takdelah power sangat..kalau kawan2 ada masalah boleh tolong2kan…nanti esok(isnin) kawe cekkan no tu CLIR dan diunsubscribe atau belum….kalau nak refund yg 3-4 tahun lepas tu…tak dapek den nak tolong…😀

    kalau kawan2 lain ada msalah…kawe sedia membantu…celcom aje tau…🙂

  11. salam,

    thanx sbb sudi singgah my blog. aku letak link blog hang boleh?

    kumb@ng: dialu-alukan…🙂

  12. dikmal said

    ceh….celcom je ke…isk2..sob2..😀

    kumb@ng: kuasa ditangan anda…😀

  13. aku said

    hoh.. kumb@ng betul ke orang cakap, operator bleh dengar perbualan tepon kita?

    kumb@ng: henfon tak boleh…klau tepon rumah yang pakai wayar tu boleh…😀

  14. dikmal said

    huik?tangan ku ada power ke ? abg kumbang 21 hb ni turun r kl..bwk dikmal p seminar SC… jom ar..jom ar.. tkde transport nih…sian le kat adik ni😀

    kumb@ng: 21hb?…kene tengok schedule dulu nih…😀

  15. pakdi said

    tol.. bawak la dikmal kumb… sian dia😉

    kumb@ng: ….😀

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: