Ganasnya pencuri kabel

Salam semua..

Sementara menanti masalah avatar widget Pembaca Terkini di blog ni setel, saya ada kisah benar nak dikongsi. Kisah bantu-membantu.

Kisah ini berlaku pada 18 Julai 2007 . Kejadian dimana 2 staff Maxis di belasah oleh sekumpulan 10 orang pencuri kabel di pencawang telekomunikasi di Precint 17, Putrajaya. Pencuri kabel ini dikenali sebagai orang Melayu. Bukan Indon, Bangla,Cina ataupun India. Yang kena belasah juga Melayu. Satu tindakan brutal dan tidak perikemanusiaan.

Walaupun kejadian ini melibatkan staff Maxis, saya dan rakan-rakan di Celcom turut bersimpati kerana ini kejadian pertama melibatkan pekerja telekomunikasi di pukul oleh pencuri kabel di dalam kawasan pencawang.

Sebelum ini kejadian kecurian kabel kerap berlaku dan setiap kali berlaku hanya kesan-kesan kecurian seperti pagar dipotong, kabin dikopak dan kabel tinggal sekerat sahaja ditinggalkan. Tapi, kali ini pencuri tersebut menunggu sehingga staff itu tiba. Kemudian memukul beramai-ramai, mencuri barang-barang kepunyaan mereka seperti Wallet, Telefon, Laptop dan meninggalkan kabel-kabel tembaga bertaburan di lantai kabin.

 

Sebagai pekerja telekomunikasi kejadian dibelasah ini akan menimbulkan rasa bimbang tentang keselamatan pekerja apabila pergi ke kawasan pencawang. Pencawang telekomunikasi bukan saja terletak diatas banggunan. Ada juga di pasang di atas bukit, dalam hutan, estet, dusun, tepi jalan dan merata-rata tempat mengikut keperluan pelanggan. Walaupun berisiko kerja-kerja mesti diteruskan seperti biasa cuma perlu lebih berhati-hati. Buat masa ini tiada jaminan kejadian ini tidak akan berulang lagi.

Memang. Sejak harga pasaran kabel tembaga melonjak, sejak itu kejadian kecurian kabel ini tidak pernah sunyi. Dimana-mana di negara ini samada TNB, TM, Operator telekomunikasi mengalami masalah yang sama. Bila kecurian berlaku yang susahnya ialah pengguna yang mengalami gangguan-gangguan seperti bekalan elektrik, streamyx, coverage handphone dan lain-lain. 

Hakikat dari kejadian ini menunjukkan gejala kecurian kabel ini semakin serius dan kronik. Jika sebelum ini hanya kedengaran kabel dicuri dan sekarang ini tindakan pencuri lebih ganas hingga ke tahap memukul dan membelasah pekerja telekomunikasi yang tidak bersalah. Sudah lah dibelasah, barang-barang kepunyaan mereka pula di curi.

Perbuatan yang sungguh kejam. Apa seronoknya mereka mencuri? Apa seronoknya membelasah orang? Perbuatan yang kita sendiri tidak tahu apa yang menyebabkan mereka memilih kerjaya mencuri disamping kerja sambilan memukul orang. Mungkin juga ada kaitan dengan penagihan dadah dan samseng. Penyelesaiannya?

Sekian.  

10 Comments »

  1. alirfan said

    uih.. lpas ni sape nk keje kt bhg telekomunikasi kene blajar silat dulu la..

    nasib baik saya ni blaja judo.. leh la patahkan tengkuk diorang kalo nak curik lagi.. huhu

    sedih2…

    kumb@ng: dah blaja judo? anda adalah calon sesuai….😀

  2. Zul said

    Bila dah tak berperikemanusian, memang dah tak kira bangsa. Semua nak disapunya. Harap mereka yang dipukul sabar dengan dugaan ini. Doa orang teraniaya termakbul….

    kumb@ng: harap-harap mereka-mereka itu kembali ke pangkal jalan…

  3. Azree MH said

    Hurm. Aku punya rumah pun dah berapa kali kena curi kabel telefon. Habis satu sekolah takleh guna internet sebab rumah aku ni dalam kawasan sekolah.

    Memang geram gila la kat orang yang curi kabel telefon tu. Habis takleh update blog selama dua minggu.

    Hehe. Alasan yang bernas untuk tidak update blog.

    kumb@ng: kalau guna kabel selalu bermasalah….guna lah 3G….hoho…😀

  4. Azree MH said

    Hoho. 3G? Aku student lagi. doodad semua tu. Haha.

    ko belanja aku bleh gak.

    kumb@ng: takpe2…blajar dulu…pastu grad..pastu bisnes…pastu baru pakai 3G…😀

  5. aku said

    pencuri kabel ni, kenakan hukuman penjara seumur hidup jer.. buat nyusah orang..

    sebut pasal pencuri ni.. baru-baru ni tingkap umah aku kena buka, di bilik aku, dan yang menariknya, aku sangkut seluar dekat tepi tingkap + dalam seluar ada RM52…

    hasilnya, esoknya didapati seluar aku berada di depan pintu umah aku + wallet aku habis kena selongkar..

    pencurik amik RM51, dan tak amik lain-lain kad debit + kad atm + k/p..

    eh.. cite pasal pencuri kat umah aku plak..

    pencuri kabel yang belasah orang, hukuman dia adalah penjara seumur hidup dan sebatan.. biar dia rasa sikit camana kena pukul.

    kumb@ng: hukum sebat dengan kabel….amacam?😀

  6. Ku Ina said

    ‘u a tagged by http://www.jentayutiara.blogspot.com‘ jlnkan tugas anda….
    sy guna kabel yg dicuri tu….. hihihi

    kumb@ng: di tag? hoho…ape nak buat nih??😀

  7. dott-com said

    hmmm…dah ler mencuri pastu pukul org plak…mmg ganas betul

    kumb@ng: pencuri sekarang semakin berani…hmmm

  8. abdfatah said

    mereka sanggup lakukan apa sahaja untuk kabel kegemaran mereka.

    citer dalam 999 lagi kelakar… dah laa kawan dia mati terbelit oleh wayar kabel tatkala nak mencuri, lepas tu buat laporan polis berkenaan kawan dia mati terbelit lantaran nak curi kabel tu… hahhaaa…

    kumb@ng: yang kawan tu pun tengah2 lalok buat report…memudahkan keje polis…

  9. shueqry said

    aiseh ..

    nasib baik gak pendatang Filifina kat bawah rumah saya ni jual Vcd cetak rompak aje tapi tak curi kabel ..

    kalau diorang tahu pekebendanya kabel tembaga dan nilainya, alamat putus talian Internet satu bandaraya kk .. hehe .

    – shueqry –

    kumb@ng: harap-harap dorang tak ambik tahu…😀

  10. Lone Ranger said

    Tu la, Allah buat undang-undang xnak jalankan. Try pencurik tu dikenakan undang-undang ikut hukum hudud, seorang kena potong tangan, 1000 yang lain tak berani mencurik. Lebih baik mencegah dari mengubat larr

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: