Aku di Tag

Salam semua..

Aku di Tag? Apa tu? Rasanya ni first time aku dengar Tag mengeTag ni. Menurut orang yang mengeTag aku iaitu Jentayutiara, aku kena buat satu post pasal ni….layannn…. Sori deh…kawe lambak buek post pasal ni. Mase tu kawe kat Melaka…on-off je dapat access internet. Almaklumlah sibuk. Tadi baru balik..huhu..ponat tak ilang lagi…..😀

Lain-lain kena buat ialah :

  • Ceritakan 6 perkara pelik berkenaan diri pemilik blog. Perkara pelik tentang aku?..huhu..apa eh?

  • Senaraikan 6 blog yang bakal di Tag oleh aku pula – Sapo pulok jadi mangso aku…hehe..

  • Kemudian pergi ke blog yang di Tag oleh aku dan bagi komen Anda telah di Tag.

Itu aja? ingatkan apa tadi kena buat. Oklah tanpa membuang masa inilah benda pelik tentang saya, kawe atau aku…😀

Pertama. Aku suka main PC game. Ya! aku suka main PC game bola. Aku suka main game bila team kesayangan aku kalah. Dalam game tu nanti akan ku kalahkan balik team yang kalahkan team kesayangan aku. Team kesayangan aku ialah Liverpool. Selain Liverpool ialah England, Brazil. Selain England dan Brazil ialah Malaysia(aku sayang team ni sebab aku orang Malaysia). Selain Malaysia aku juga sayang team Johor dan Johor FC kerana aku orang Johor. Sayangnya Malaysia, Johor dan Johor FC takda dalam game bola tu…. :D

Ke 2. Aku suka tengok Kapal Terbang. Bukan saja tengok aku juga suka apa-apa tentang kapal terbang. Contohnya Dokumentari pasal kapal terbang (Cth: Build Airbus 380,Air Crash Investigation), Movie pasal Kapal Terbang (Cth: Air Force One, Flight Plane) dan juga aku suka main game kapal terbang(Cth:Flight Simulator).

Walaupun aku suka apa saja pasal kapal terbang, hakikatnya aku takut naik kapal terbang…hehe…😀

Ke 3. Aku suka kumpul model kereta untuk buat perhiasan. Banyak gak koleksi model kereta tu. Ada Ferrari, BMW, Merc, Mitsubisi, Subaru, Toyota dan banyak lagi. Kereta-kereta tu ada yang aku letak kat almari, atas TV atau dekat-dekat ngan PC. Laa ni…aku perasan makin kurang pulak keta-keta tu kat almari. Sape punya keje? Ni mesti keje anak sedara aku.

Hmmm…kenapa ya saya suka rumah saya suka kumpul kereta-kereta tu….? Sebab ia beshhh… :D

Ke 4. Dirahsiakan.😀

Ke 5. Dirahsiakan.😀

Ke 6. Ni….kawan-kawan yang kata. Kawan-kawan sekerja. Dorang kata aku pelik sebab ada blog. Sebab apa dorang kata pelik, bila aku pegi outstation dan bila ada peluang access internet perkara pertama yang aku buat ialah bukak blog. Pelik ke? Aku yang pelik ke atau dorang yang pelik? Apa kata survey?

Eh! pejam celik dah 6 aku senaraikan…hehe..aha…tu ajalah yang terfikir buat masa ni.. yang dirahsiakan tu bak kata Siti Nurhaliza…Biarlah Rahsia… :D

Berikut pula adalah senarai 6 blog yang akan di Tag oleh aku…jeng…jeng…jeng….

  1. Dikmal – sebab dia aku ada blog.

  2. Zool – kawan online se bola.

  3. Awan Badai – lama dah aku tak pegi blog dia.

  4. Luarotak – entahlah kenapa aku suka baca tulisan dia.

  5. Enaku – dia ni top komentator kat blog aku.

  6. Alyani – blog dia pasal kewangan. Nak tengok juga apa dia tulis bila kena Tag.

Akhir sekali. Kepada pemilik-pemilik blog yang telah di Tag oleh saya, kawe atau aku, terpulanglah pada korang samada nak memanjang-manjangkan aktiviti mengeTag ni. Pada aku, fikir positif je. Tujuannya untuk memanjangkan sillaturrahim disamping dapat kongsi serba sedikit apa yang pelik tentang diri blogger tu.

p/s: sekiranya ada senarai blog di atas pernah di Tag atau mengeTag, sila abaikan message ini…😀

Sekian dan Jumpa lagi.

8 Comments »

  1. zool said

    OOo.. Tq kerana mengetag aku..
    aku pun nak join gak ler proses mengetaq nie…
    tengah boring2 nie…

    kumb@ng: jangan…jangan….jangan tak join…😀

  2. aku said

    hahaha.. kau telah masuk ke jalan mati. semua tag akan berakhir di blog aku.. hahaha..

    kumb@ng: setiap yang bermula pasti akan berakhir….😀

  3. Ku Ina said

    hahaha kau takut naik k/terbang.. don’t worry kau boleh pilih nak naik jentayutiara yg sayap lembut & kecik ker atau jentayubrabo sayap besi….

    kumb@ng: ade insurans tak??😀

  4. Azree MH said

    Owh. Barulah aku faham apa maksud tag2 orang ni. Huhu.

    kumb@ng: aku pun baru-baru tau…layannn😀

  5. zool said

    he he he..
    aku dah tag ko balik..
    sorilah sebab aku belum banyak member blogger lagi so tag ko balik…

    kumb@ng: macam direct selling lah pulak…aku taja ko….ko taja aku…hahaha..😀

  6. Alyani said

    ermmm sorry en kumb@ng..saya baru perasan hari nie blog saya telah di “tag”..
    aiya…dah lama tak update blog tu..memang sesuai ler kena tag…akan diusahakan menyahut cabaran tag…

    kumb@ng: memang lama ponn…sebab tu kena tag…😀

  7. shueqry said

    aiseh, lambat saya masuk ke sini, baru saja menghabiskan tag yang dikenakan oleh Zool.

    Tapi, saya senaraikan ada 7 perkara ganjil🙂
    buat kelainan, Zool kata 6 aje..

    – shueqry –

    kumb@ng: takde peraturan pon tag-mengetag ni…saya pon buat 4 je…yg 2 tu rahsia…😀

  8. Awan Badai said

    Adoih… lupe plak nak balas tag ko. Datang balik kat sini baru la ingat. Hoho. Nanti ak bagi spesel punya entri nanti.

    Apepun.. tengkiu la coz tag aku. Terharu T_T

    kumb@ng: tengkiu lah sudi ziarah blog aku…😀

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: