Ambil tindakan kalau tak benar

Tindakan Undang-Undang Ke Atas Penulis Blog – Khairy

KIMANIS (Sabah), 28 Julai (Bernama) — Tindakan undang-undang perlu diambil ke atas penulis blog yang menyebarkan laporan berbentuk fitnah di laman blog mereka, kata Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

Katanya penulis blog sebegitu tidak pernah memikirkan sensitiviti orang lain.

“Tidak ada undang-undang di alam siber kecuali undang-undang rimba. Jadi tindakan harus diambil supaya ‘monyet-monyet’ lain takut dan mengambil iktibar daripadanya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Pemuda Umno bahagian Papar, Kimanis dan Sipitang di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai penulis blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin yang dipanggil untuk memberi keterangan kepada polis.

Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib telah membuat laporan berhubung komen orang ramai dalam laman blog itu dalam siaran 11 Julai lepas, yang dikatakan menyentuh sensitiviti agama, kaum dan institusi Yang di-Pertuan Agong.

Khairy berkata beliau turut difitnah dalam laman blog itu, tetapi belum mengambil tindakan undang-undang kerana khuatir akan mengambil masa yang lama untuk diselesaikan.

………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Saya bukan lah nak mempertahankan atau menggalakkan tindakan sesetengah blogger yang menyebarkan berita yang dikatakan tidak benar. Cuma macam tak berapa enak bila si Khairy menggelarkan blogger yang dia tak suka sebagai ‘monyet-monyet’.

Mungkin ada dikalangan ‘monyet-monyet’ tu yang berkata benar. Sebagai orang yang difitnah Khairy haruslah buat sesuatu. Ambil tindakan kalau awak rasa berada dipihak yang benar.

Sekian.

3 Comments »

  1. Ku Ina said

    hahaha.. teringat kisah KJ baru2 nie ‘klau x ada angin masakn pokok bergoyng… sbb ada monyet’
    eeehhh kumb@ng bila CELCOM nak punya satelit sendiri a… x yah dok book signal org… leh gak buat call ker,sms @ mms ker wlu d hujung dunia.

    kumb@ng: nampaknya KJ takut ngan ‘monyet’…ada rahsia ke?? eh! satellite CELCOM?? kena mintak izin TM dulu tu…😎

  2. dik mal said

    monyet? uhu… panas tinger jap..i masuk sekolah k..monyet mana masuk sekolah..😀

    kumb@ng: ni ‘monyet’ masuk U tau…😉

  3. zool said

    Rileklah kumbang dia cakap monyet..
    kitakan manusia apa nak pedulik sama dia..
    baik layan blog..

    kumb@ng: yeah! monyet mane tau tulis blog…😉

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: