Archive for August, 2007

Entry Edisi 50 tahun Merdeka : Kecoh di Pasir Gudang?

Salam..

Saya sememangnya tidak berhasrat menulis mengenai perkara ini ketika kita sedang bersuka-ria bercuti sempena negara kita menyambut ulang tahun 50 tahun Merdeka. Tetapi, oleh kerana isu hangat yang sedang diperkatakan ini berlaku di kawasan tempat saya tinggal, saya mengambil kesempatan ini untuk meluahkan rasa hati saya.

Menurut cerita dari mulut ke mulut dan sebaran sms diramalkan pada 28hb hingga 31 Ogos akan berlaku kekecohan dan pergaduhan di kawasan Pasir Gudang dan Masai. Puncanya ada kaitan dengan kes balas dendam dimana telah menyebabkan kematian dan kecederaan serius. Sebenarnya banyak version cerita yang saya dengar tapi saya ragu-ragu akan kebenaran cerita tersebut.

Kesan daripada penyebaran cerita tersebut telah menimbulkan rasa kurang senang dan ketakutan dikalangan penduduk dan juga menyebabkan kegiatan ekonomi setempat terganggu. Walaupun saya meragui akan kesahihan cerita tersebut, rasa risau tetap ada. Ini kerana pada tarikh tersebut saya terpaksa meninggalkan ibu dan keluarga di rumah sebab ada tugas di Melaka.

Alhamdulillah…disaat saya menulis entry ini tiada kejadian tidak diingini berlaku. Saya beranggapan apa yang digembar-gemburkan hanya berita palsu dan mainan pihak tertentu yang sengaja menggunakan sentimen perkauman untuk tujuan tertentu. Mungkin dengan matlamat untuk menjatuhkan kreadibiliti seseorang mereka sanggup main kotor dengan menyebarkan cerita rekaan dan kemudian cuba menjadi jaguh sebagai penyelamat bangsa.

Itulah, kalau perjuangan hanya bermatlamat bangsa semata, apa cara sanggup digunakan dengan tidak memikirkan kesan akibat permainan kotor mereka. Yang penting  bagi mereka matlamat dapat dicapai dengan apa cara sekalipun.

Berita terbaru yang saya terima dari rakan-rakan yang kenal polis, beberapa individu dalang kepada penyebaran cerita palsu itu telah ditangkap. Jika benar, Tahniah! pada pasukan polis yang berjaya menyiasat hingga tertangkapnya mereka-mereka yang tak bertanggungjawab. Disebabkan mereka suasana telah menjadi huru-hara seketika dan memaksa polis turun padang untuk menjaga keselamatan.

Bagi saya, Islam telah menyediakan landasan yang kukuh bagaimana kita nak menghadapi isu seperti ini. Jangan mempercayai sesuatu berita yang kita sendiri tidak pasti asas kebenaran cerita-cerita tersebut.  Lebih-lebih lagi melalui sms. Mungkin orang yang menyampaikan itu adalah munafik.

Semoga apa yang berlaku ini akan menjadi pengajaran supaya tiada lagi pihak yang cuba membangkitkan isu-isu panas yang boleh menggugat keharmonian hidup sesama kaum di negara ini. Negara kitakan sudah 50 tahun Merdeka!

Sekian.

Advertisements

Comments (3)

Cuma nak bagi tau

Salam..

Cuma nak bagi tau ni…lama dah saya tak update blog.

Kenapa?

sibuk? takde masa? tak sempat? banyak kerja? penat? tak larat? malas?  

dan jawapannya ialah….hampir semua di atas… 😀

Funny Pictures

Sekian. Jumpa lagi.

Comments (5)

Be aware of Hoax SMSes!!!

Dear Friends,

Celcom (Malaysia) Berhad would like to advise you to be cautious of unsolicited SMS and to ignore SMS hoaxes that promise rewards and cash prizes.

The following SMSes have been circulating nationwide and if you have received any of these SMSes, you are advised NOT to respond to it. Please note that these SMSes/messages are neither sent nor endorsed by Celcom.

  • TAHNIAH. Simcard Anda Meme-nangi hadiah Cek Tunai RM20.000 dari peraduan CELCOM. Sila hubungi Call Centre : 006285656242229. Terimakasih.
  •  TAHNIAH. Simcard Anda Meme-nangi hadiah Cek Tunai RM15000 Plus Bonus Reload Kredit RM250 dari peraduan CELCOM. Sila Call Centre : 006285215947000 Terimakasih.
  • TAHNIAH. Simcard Anda Meme-nangi hadiah Cek Tunai RM20000 Plus Bonus Reload Kredit RM250 dari Peraduan CELCOM. Sila hubungi: 006285656106237.
  • TAHNIAH. Simcard Anda Meme-nangi hadiah Cek Tunai RM20000 Plus Bonus Reload Kredit RM250 dari Peraduan CELCOM. Sila hubungi: 00628194176899 Terimakasih.
  • Pengumuman diri PETRONAS Mlys, TAHNIAH! Sim Card Anda tlh memenangi undian bertuah Cek tunai RM10.000 Sila hubungi: 006281519347178 Terima kasih.
  • TAHNIAH! Simcard anda telah memenangi hadiah cek tunai RM20,000. Plus reload kredit RM250 dari peraduan CELCOM. sila dail Call Center 00628565251247. terima kasih.

Celcom would also like to remind you to ignore any SMS/messages which promise rewards and cash. In addition, you should also be cautious of SMS/messages which are received from a local number and the sender is NOT from Celcom 12302 or Xpax.

SMS/messages that carry an international number (i.e. phone numbers starting with 00xxxxxxxxxxx) should also be ignored.

You can also contact Celcom’s Customer Service personnel to authenticate and report any suspicious messages received by dialling: 1111 from your Celcom mobile, 100 from a TM fixed line, or 1-300 111 000 from other mobile numbers.

Kindly disseminate the information to all your family and friends.

Comments (11)

Entri edisi hujung minggu

Salam semua..

Selamat berhujung minggu.  

Selalunya hujung minggu begini aku dok rumah aja. Inilah masa untuk berehat setelah hampir seminggu kerja kat luar daerah. Minggu lepas kerja kat Melaka. Selasa ni pulak hingga Khamis kena attend Technical Workshop kat PD. Kesian orang kat rumah aku, asyik kena tinggal je…dan menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai aku telah di pilih untuk attend course di KL pada 20-29 Ogos…huh! lamanya…alamak! bengkel Cashflow kat JB…dah bayar tu. Harap-harap kalau jadi pegi course tu hari Sabtu takde class…so..boleh balik JB…amin.

Lupakan seketika pasal tu.

Semalam, bangun tido terus bukak PC. Belek-belek blog dan baca komen entri-entri yang lepas. Terutama entri 2+2 tu…macam-macam teori jawapan ada. Buat aku tersenyum. Kemudian ziarah blog kawan-kawan mana yang sempat. Bila boring aku main game F1 2007 yang baru aku beli minggu lepas. Masalahnya aku terbeli game bukan bahasa Inggeris daaa… Tah ape bahasa, Sepanyol agaknya. Bolehlah layan. 3-4 trek aku dah boring. Tutup PC. Layan TV pulak. Hari Sabtu cete apa yang ada. Pun boring. Tutup TV.

Tiba-tiba tengahari sepupu aku call. Mintak tolong tengokkan PC dia tiba-tiba kuar ‘Blue Skrin’. Hai! bila masa pulak dia ni beli PC. Dalam pala otak aku mesti kena virus. Aku kata kat dia “Petang-petang sikit aku datang…” Letih semalam tak hilang lagi. 

Aku bukanlah terror sangat merepair PC ni, boleh la sikit-sikit kalau ada sedara-mara, jiran-jiran atau kawan-kawan mintak tolong. Aku bagi khidmat percuma. Ala…small matter. Hari ini hari dia, esok lusa mungkin hari aku pulak. Masa tu lah nanti aku mintak tolong kaw-kaw punya..hehe 😀

Rupanya PC sepupu aku tu terkena down sindrom hardisk tak cukup space. Mana tak dia belasah install macam-macam game sampai penuh hardisk. Oleh kerana PC dia guna Window Vista mungkin ada masalah driver dan software compatible. Boot je Window tak sampai seminit PC tukar ke ‘Blue Skrin’. Jalan mudah aku terpaksa meng’format’ setelah berbagai-bagai cara merepair Window gagal. Termenung gak dia.

“Tu lah lain kali nak beli PC tanya aku dulu” Nii…dah beli pastu ada problem baru bagi tau aku. Niat aku baik supaya dia tak tersalah beli. Setelah diwawancara, aku dapat tau harga PC tu RM999. Murah sebab prosessor AMD. Pada aku boleh la dan dia pun dah beli. Aku harap AMD takda masalah macam dulu, bila panas je PC hang. Aku tau sebab PC aku dulu pakai AMD.

Semalam aku excited. Sebabnya EPL dah start dan malam-malam hujung minggu tak lah boring sangat. Boleh layan bola. Pulak tu dari petang semalam hingga tengah malam semua game bola aku layan. CYC cup, Piala ape tah antara Pilihan Selangor lawan Pilihan Singapore dan last sekali game antara faveret team aku Liverpool lawan Aston Villa. Tamat je game, sudah semestinya aku girang sebab Liverpool menang!..yea! yea! Aku yakin Liverpool boleh juara EPL. Bukan EPL je, European Champion League pon bole juara.

Walaupun tido agak lewat semalam, bangun awal sudah semestinya menunaikan apa yang patut. Pagi-pagi aku dah bersiap sebab dah janji ngan kawan nak pegi pegi PC Fair kat City Square. Aku memang plan pegi pagi. Kalau pegi tengahari atau petang alamat susah nak dapat parking daaa…

Aku tiba kat PC Fair lebih kurang kol 11, orang dah ramai giler. Giler pon tak ramai macam tu…hehe. Tak pasal-pasal RM400 duit aku terbang hari ni beli Printer, Pen Drive dan Labelling machine. Maka pulanglah aku dengan sukahati setelah mendapat barang yang dihajati beserta hati yang gundah akibat budjet bulan ni lari sikit. Biasalah Doodads. Apa itu Doodads? Kena join bengkel Cashflow 101 baru tau.

Setelah meng’setup’ Printer yang baru di beli dan kemas apa yang patut lokasi workstation aku kat rumah hari pun dah petang. Lepas Maghrib, layan EPL game antara Arsenal lawan Fulham. Bukak je TV tengok keputusan Arsenal dah kena 1. Apa lagi aku pun anto Msg edisi kutuk kat kawan aku peminat Arsenal. Isyak stop kejap. Pastu tu sambung tengok TV. Alamak! Arsenal dah leading 2-1. Menang pulak…huhu…member aku tadi balas semula Msg kata…”haha…hero kalah dulu!” 😀

Semasa aku taip entri ni sambil-sambil tu tengok game Chelsea lawan Birmingham. Kedudukan 3-2, Chelsea leading. Untuk Fantasy League aku ada 2 player Chelsea. Dua-dua player point tak memberansangkan..huhu..Takpa baru 1st game. Ada 37 game lagi sampai May 2008.

Lastly, kepada Manager-Manager Fantasy League tengok point anda! Pandai-pandailah korang susun untuk game akan datang…kalau menang bukan dapat hadiah ponnn…maksud aku menang League BJ… 😉

Oh! lupa pulak nak bagi jawapan entri 2+2=? Jawapan sebenarnya ialah….jeng…jeng…jeng….Setelah mengambil kira teras kewujudan ilmu hisab dan logika alam semulajadi. Aku mewakili Cikgu yang pernah menjatuhkan hukuman rendam dalam kolam kepada 200 pelajar perempuan baru-baru ini mengambil keputusan untuk menerima kesemua jawapan yang diberi oleh para komentar atas alasan tiada pemenang dan tiada pengalah. Kerana setiap dari kita mempunyai pemikiran yang berbeza-beza dan tersendiri. Ada yang direct, ada yang not straight to the point dan ada yang incapable of knowing. Segala keraguan dan persoalan akan dibincang kemudian.

Sekian.  

Comments (6)

2 + 2 = ?

Salam.. 

Disebuah Cafe kelihatan beberapa orang sahabat sedang berbual-bual sambil minum kopi. Mereka adalah Suri Rumah, Akauntan, Peguam dan Cikgu.  

Sedang mereka syok berbual tiba-tiba datang seorang Pemuda.   

Lalu Pemuda itu pun menyampok….”Kalau dicampurkan dua dengan dua, berapa jawapannya?”

“Senang aja tu… tentulah empat” Suri rumah menjawab.

Rakan mereka Akauntan pula menjawab…”Em..! Boleh jadi 3 atau 4, Nanti dulu, biar aku kira semula.”

Dengan selamba Peguam pula bagi jawapan….”Bergantung kepada berapa awak mahu…”

Cikgu yang sejak tadi diam tiba-tiba berkata…. ” Kalo tak tahu aku rendam dalam kolam… “

Sekian.

Comments (13)