Entri edisi hujung minggu

Salam semua..

Selamat berhujung minggu.  

Selalunya hujung minggu begini aku dok rumah aja. Inilah masa untuk berehat setelah hampir seminggu kerja kat luar daerah. Minggu lepas kerja kat Melaka. Selasa ni pulak hingga Khamis kena attend Technical Workshop kat PD. Kesian orang kat rumah aku, asyik kena tinggal je…dan menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai aku telah di pilih untuk attend course di KL pada 20-29 Ogos…huh! lamanya…alamak! bengkel Cashflow kat JB…dah bayar tu. Harap-harap kalau jadi pegi course tu hari Sabtu takde class…so..boleh balik JB…amin.

Lupakan seketika pasal tu.

Semalam, bangun tido terus bukak PC. Belek-belek blog dan baca komen entri-entri yang lepas. Terutama entri 2+2 tu…macam-macam teori jawapan ada. Buat aku tersenyum. Kemudian ziarah blog kawan-kawan mana yang sempat. Bila boring aku main game F1 2007 yang baru aku beli minggu lepas. Masalahnya aku terbeli game bukan bahasa Inggeris daaa… Tah ape bahasa, Sepanyol agaknya. Bolehlah layan. 3-4 trek aku dah boring. Tutup PC. Layan TV pulak. Hari Sabtu cete apa yang ada. Pun boring. Tutup TV.

Tiba-tiba tengahari sepupu aku call. Mintak tolong tengokkan PC dia tiba-tiba kuar ‘Blue Skrin’. Hai! bila masa pulak dia ni beli PC. Dalam pala otak aku mesti kena virus. Aku kata kat dia “Petang-petang sikit aku datang…” Letih semalam tak hilang lagi. 

Aku bukanlah terror sangat merepair PC ni, boleh la sikit-sikit kalau ada sedara-mara, jiran-jiran atau kawan-kawan mintak tolong. Aku bagi khidmat percuma. Ala…small matter. Hari ini hari dia, esok lusa mungkin hari aku pulak. Masa tu lah nanti aku mintak tolong kaw-kaw punya..hehe😀

Rupanya PC sepupu aku tu terkena down sindrom hardisk tak cukup space. Mana tak dia belasah install macam-macam game sampai penuh hardisk. Oleh kerana PC dia guna Window Vista mungkin ada masalah driver dan software compatible. Boot je Window tak sampai seminit PC tukar ke ‘Blue Skrin’. Jalan mudah aku terpaksa meng’format’ setelah berbagai-bagai cara merepair Window gagal. Termenung gak dia.

“Tu lah lain kali nak beli PC tanya aku dulu” Nii…dah beli pastu ada problem baru bagi tau aku. Niat aku baik supaya dia tak tersalah beli. Setelah diwawancara, aku dapat tau harga PC tu RM999. Murah sebab prosessor AMD. Pada aku boleh la dan dia pun dah beli. Aku harap AMD takda masalah macam dulu, bila panas je PC hang. Aku tau sebab PC aku dulu pakai AMD.

Semalam aku excited. Sebabnya EPL dah start dan malam-malam hujung minggu tak lah boring sangat. Boleh layan bola. Pulak tu dari petang semalam hingga tengah malam semua game bola aku layan. CYC cup, Piala ape tah antara Pilihan Selangor lawan Pilihan Singapore dan last sekali game antara faveret team aku Liverpool lawan Aston Villa. Tamat je game, sudah semestinya aku girang sebab Liverpool menang!..yea! yea! Aku yakin Liverpool boleh juara EPL. Bukan EPL je, European Champion League pon bole juara.

Walaupun tido agak lewat semalam, bangun awal sudah semestinya menunaikan apa yang patut. Pagi-pagi aku dah bersiap sebab dah janji ngan kawan nak pegi pegi PC Fair kat City Square. Aku memang plan pegi pagi. Kalau pegi tengahari atau petang alamat susah nak dapat parking daaa…

Aku tiba kat PC Fair lebih kurang kol 11, orang dah ramai giler. Giler pon tak ramai macam tu…hehe. Tak pasal-pasal RM400 duit aku terbang hari ni beli Printer, Pen Drive dan Labelling machine. Maka pulanglah aku dengan sukahati setelah mendapat barang yang dihajati beserta hati yang gundah akibat budjet bulan ni lari sikit. Biasalah Doodads. Apa itu Doodads? Kena join bengkel Cashflow 101 baru tau.

Setelah meng’setup’ Printer yang baru di beli dan kemas apa yang patut lokasi workstation aku kat rumah hari pun dah petang. Lepas Maghrib, layan EPL game antara Arsenal lawan Fulham. Bukak je TV tengok keputusan Arsenal dah kena 1. Apa lagi aku pun anto Msg edisi kutuk kat kawan aku peminat Arsenal. Isyak stop kejap. Pastu tu sambung tengok TV. Alamak! Arsenal dah leading 2-1. Menang pulak…huhu…member aku tadi balas semula Msg kata…”haha…hero kalah dulu!”😀

Semasa aku taip entri ni sambil-sambil tu tengok game Chelsea lawan Birmingham. Kedudukan 3-2, Chelsea leading. Untuk Fantasy League aku ada 2 player Chelsea. Dua-dua player point tak memberansangkan..huhu..Takpa baru 1st game. Ada 37 game lagi sampai May 2008.

Lastly, kepada Manager-Manager Fantasy League tengok point anda! Pandai-pandailah korang susun untuk game akan datang…kalau menang bukan dapat hadiah ponnn…maksud aku menang League BJ… ;)

Oh! lupa pulak nak bagi jawapan entri 2+2=? Jawapan sebenarnya ialah….jeng…jeng…jeng….Setelah mengambil kira teras kewujudan ilmu hisab dan logika alam semulajadi. Aku mewakili Cikgu yang pernah menjatuhkan hukuman rendam dalam kolam kepada 200 pelajar perempuan baru-baru ini mengambil keputusan untuk menerima kesemua jawapan yang diberi oleh para komentar atas alasan tiada pemenang dan tiada pengalah. Kerana setiap dari kita mempunyai pemikiran yang berbeza-beza dan tersendiri. Ada yang direct, ada yang not straight to the point dan ada yang incapable of knowing. Segala keraguan dan persoalan akan dibincang kemudian.

Sekian.  

6 Comments »

  1. dott-com said

    sikumbang bila pasal bola aku mmg suka jd nak tambah sikit. Chelsea menang, Arsenal pon menang tp Man UTD bole seri.

    kumb@ng: haha…aku suka tengok MU seri,apela..Reading main 10 orang pon takleh score…erk!..sori ek kalau ko penyokong MU…hehe😀

  2. profidz said

    yeahooo…Arsenal memang… Man U apa dh jadi… Chelsea nasib baek kalu tak… Liverpool is da besh

    kumb@ng: haha… You’ll never walk alone…😀

  3. profidz said

    tak berkesempatan nk gi PC Fair kat CT Square tuh… byk keja kena buat…huhuhu

    kumb@ng: takpe bulan 12 ade lagi…🙂

  4. dott-com said

    tuh ler MAN U-hampeh tui

    kumb@ng: hoho…ada gang ni nak kutuk MU….huhu…😀

  5. zool said

    whoa semua citer pasal EPL…
    Arsenal menang…
    tapi team ligakampung aku agak merundum plak ..
    wargh!!!!

    kumb@ng: banyak game lagi…😎

  6. Alyani said

    whoah…kumb@ng memang jeles dgn hang…rasanya hajat nak menulis tu dah tercapai..syabas! saya memang jeles dgn kumb@ng nie…banyak widget dan tools dlm blogging hang dah expert…saya ? ntah la tak tau bila….

    p/s: boring la BJ dah tak de shout box mcm dulu..oh ya update terkini ttg bengkel cashflow 101 JB tu kena contact Pipit..

    kumb@ng: hehe..taklah terrorist sangat…bole la sikit-sikit…..😀

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: