Entry Edisi 50 tahun Merdeka : Kecoh di Pasir Gudang?

Salam..

Saya sememangnya tidak berhasrat menulis mengenai perkara ini ketika kita sedang bersuka-ria bercuti sempena negara kita menyambut ulang tahun 50 tahun Merdeka. Tetapi, oleh kerana isu hangat yang sedang diperkatakan ini berlaku di kawasan tempat saya tinggal, saya mengambil kesempatan ini untuk meluahkan rasa hati saya.

Menurut cerita dari mulut ke mulut dan sebaran sms diramalkan pada 28hb hingga 31 Ogos akan berlaku kekecohan dan pergaduhan di kawasan Pasir Gudang dan Masai. Puncanya ada kaitan dengan kes balas dendam dimana telah menyebabkan kematian dan kecederaan serius. Sebenarnya banyak version cerita yang saya dengar tapi saya ragu-ragu akan kebenaran cerita tersebut.

Kesan daripada penyebaran cerita tersebut telah menimbulkan rasa kurang senang dan ketakutan dikalangan penduduk dan juga menyebabkan kegiatan ekonomi setempat terganggu. Walaupun saya meragui akan kesahihan cerita tersebut, rasa risau tetap ada. Ini kerana pada tarikh tersebut saya terpaksa meninggalkan ibu dan keluarga di rumah sebab ada tugas di Melaka.

Alhamdulillah…disaat saya menulis entry ini tiada kejadian tidak diingini berlaku. Saya beranggapan apa yang digembar-gemburkan hanya berita palsu dan mainan pihak tertentu yang sengaja menggunakan sentimen perkauman untuk tujuan tertentu. Mungkin dengan matlamat untuk menjatuhkan kreadibiliti seseorang mereka sanggup main kotor dengan menyebarkan cerita rekaan dan kemudian cuba menjadi jaguh sebagai penyelamat bangsa.

Itulah, kalau perjuangan hanya bermatlamat bangsa semata, apa cara sanggup digunakan dengan tidak memikirkan kesan akibat permainan kotor mereka. Yang penting  bagi mereka matlamat dapat dicapai dengan apa cara sekalipun.

Berita terbaru yang saya terima dari rakan-rakan yang kenal polis, beberapa individu dalang kepada penyebaran cerita palsu itu telah ditangkap. Jika benar, Tahniah! pada pasukan polis yang berjaya menyiasat hingga tertangkapnya mereka-mereka yang tak bertanggungjawab. Disebabkan mereka suasana telah menjadi huru-hara seketika dan memaksa polis turun padang untuk menjaga keselamatan.

Bagi saya, Islam telah menyediakan landasan yang kukuh bagaimana kita nak menghadapi isu seperti ini. Jangan mempercayai sesuatu berita yang kita sendiri tidak pasti asas kebenaran cerita-cerita tersebut.  Lebih-lebih lagi melalui sms. Mungkin orang yang menyampaikan itu adalah munafik.

Semoga apa yang berlaku ini akan menjadi pengajaran supaya tiada lagi pihak yang cuba membangkitkan isu-isu panas yang boleh menggugat keharmonian hidup sesama kaum di negara ini. Negara kitakan sudah 50 tahun Merdeka!

Sekian.

3 Comments »

  1. aku said

    aku pun sebenarnya ragu-ragu dengan berita tu.. tapi ia sudah cukup menimbulkan rasa risau.. kena pulak abang aku ke johor masa tu..

    kumb@ng: insyaALLAH…tiada apa berlaku…rumours semua tu…

  2. faredsyauky said

    berita ni sbenarnya adalah benar.
    tapi ada pihak yang tak bertanggungjawap membuat huru-hara dgn menghantar sms kpd suku rakyat malaysia ini.
    mmg ada pergaduhan kecil sebelum cerita disebarkan.
    tp sekarang semuanya undercontrol.🙂
    kpd en.aku,jgn la risau.kalau sesuatu t’jadi dkt abg kamu,aku pn takkan berdiam.
    sekian.😀

  3. kumb@ng said

    walaupun benar sekalipun mungkin ini kes terpencil…kenapa diwar2kan sehingga org pasir gudang takut nak keluar malam….
    kepada peniaga ini telah membuatkan kedai/gerai/restoren mereka lengang…
    yg bagusnya bila mat rempit pun takut nak keluar malam…🙂

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: