Archive for September, 2007

Tip kejutkan orang bersahur

Salam..

Kalau nak cubalah… 🙂

Lebih kurang macam ni caranya..

1. Pegang anak jari kiri/kanan sambil tu panggil nama dia perlahan lahan..
2. Sentuh bahu orang tu dan goyangkan perlahan lahan sambil panggil nama dia…
3. Renjis air kat muka dia, sambil panggil nama dia…
4. Tampar-tampar manja pipi sambil panggil nama dia…
5. Buka Lampu.
6. Tutup kipas/air cond.

Sekiranya masih tak berkesan..

1. Jerit nama dia kuat kuat..
2. Gigit ibu jari kaki dia..
3. Simbah air segayung kalau tak sedar jugak, sebaldi..
4. Tarik rambut dia sampai jatuh dari katil..macam kejam lah pulak..
5. Goyang badan dia kuat-kuat kemudian jerit Gempabumi!! Gempabumi!! Tsunami!! Tsunami!!
6. Jerit Api!! Api!! Api!!
7. Letak KFC ke MCD ke atau apa-apa makanan..kasi bau sikit..

Sekiranya masih tidak berkesan jugak..

1. Pergi kat telinga dia…kemudian sebut Maa Rabbuka! sambil seru nama dia banyak kali..

Sekiranya segala macam usaha masih gagal dan ini saja cara terakhir..

1. Panggil orang masjid/surau untuk uruskan…kerana tuhan lebih menyayangi dia..

Sekian.

sumber : kawan-kawan email

Comments (14)

Al-Fatihah

Salam..

Al-Fatihah, semoga roh arwah adik Nurin Jazlin dicucuri rahmat. Namun apakah tindakan kita selepas satu demi satu kejadian seumpama ini berlaku? Adakah kita hanya mampu sedekahkan Fatihah dan selepas itu biarkan ia berlalu dalam lipatan sejarah?

Perasaan sedih, hiba, marah dan geram berkumpul sekejap buat beberapa waktu. Selepas beberapa lama perasaan tersebut hilang dan kita jadi biasa semula sehinggalah peristiwa begini berlaku lagi.

Para sahabat sekalian, cuba fikirkan dan cetuskan sesuatu untuk kita sama-sama cari jalan memperbaiki keadaan.

Adakah undang-undang sedia ada mampu mengekang semua ini?

Adakah dengan hanya melaksanakan hukuman akan membuatkan kita berpuashati terhadap pelaku?

Bagaimana dengan pelaku-pelaku akan datang? Pelaku sebegini akan sentiasa wujud jika tiada jalan untuk mengatasinya. Bila jenayah berlaku, pelaku akan diburu, ditangkap, didapati bersalah dan kemudian dihukum samada dipenjara atau digantung. Selesai? Read the rest of this entry »

Comments (3)

Tazkirah Ramadan : Akum

Untuk renungan bersama :

Janganlah kita menggantikan perkataan Assalamualaikum dengan Akum dalam apa jua melalui tulisan. Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan Salam iaitu sama makna dengan Assalamualaikum.

Perkataan Akum adalah gelaran orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud Binatang dalam Bahasa Ibrani. Ia singkatan daripada perkataan Avde Kokhavim U Mazzalot yang bermaksud Hamba-Hamba Binatang dan Orang-Orang Sesat.

Mulai sekarang jika ada rakan-rakan kita gunakan singkatan Akum, kita ingatkan supaya guna Salam atau tulis penuh Assalamualaikum.

Bersama-samalah kita memberitahu rakan-rakan yang selalu guna singkatan Akum dalam sms, email atau mungkin dalam blog. Semoga apa yang dikongsi ini ada manfaatnya.

Sampaikan lah walau sepotong ayat

Sekian.

* sumber : email

Comments (22)

Ahlan ya Ramadhan

Doa malaikat Jibril menjelang Ramadhan ” Ya Allah tolong abaikan puasa umat Muhammad saw, sebelum memasuki bulan Ramadhan jika dia tidak melakukan hal-hal yang berikut “ :

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya.

* Tidak berma’afan terlebih dahulu antara suami isteri.

* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah saw pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdoa adalah Malaikat dan yang meng’amin’kan adalah Rasullullah saw dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

Oleh itu saya terlebih dahulu memohon maaf jika saya ada berbuat kesalahan, yang tidak sengaja mahu pun yang sengaja, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa ini dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaALLAH..

Selamat Berpuasa

Comments (7)

Adakah pencawang telekomunikasi bahaya?

Salam..

Adakah anda merasa bimbang dengan pencawang telekomunikasi yang berdiri megah berhampiran kediaman boleh menyebabkan otak anda seperti ‘dimasak’ dan hilang fungsi secara perlahan-lahan?

MRI terbitan Astro pernah memaparkan isu ini dimana penduduk di sebuah Taman di Cheras membuat aduan tentang pencawang berdekatan rumah telah menyebabkan kesihatan mereka sering terganggu.

Isu ini juga telah digunakan sebagai bahan politik oleh parti kerajaan (MCA) dan pembangkang (DAP) semasa pilihanraya di Machap, Melaka beberapa bulan yang lalu. Permintaan mereka ialah syarikat telekomunikasi terbabit (termasuk tempat saya bekerja) mestilah mengalihkan pencawang jauh dari tempat mereka tinggal.

Mereka-mereka yang membuat aduan ini juga adalah pengguna telefon mudah alih. Jika mereka merasakan pencawang tersebut boleh mengancam nyawa mereka lalu membuat aduan. Persoalannya, jangan harap pengadu ini akan mendapat liputan yang baik jika pencawang ini berada jauh dari tempat mereka.

Read the rest of this entry »

Comments (93)

Final Piala Malaysia : Kedah atau Perak?

Salam..

Pilihan saya?

Kedah menang 2-1… 😀

Anda pula?

p/s: nasib baik EPL berehat malam ni….kalau tak…kena lah pulak pilih game mana nak tengok… 🙂

Comments (10)

Aktiviti aku hari ini

Salam..

Hari ini aku ke Kota Tinggi untuk tugas-tugas rasmi harian. Sudah beberapa kali aku ke sana cuma tiba-tiba rasa nak kongsi pulak apa yang aku buat kat bandar tu hari ini.

Tentu ada yang masih ingat banjir besar yang melanda Johor hujung tahun lepas dan awal tahun ni. Tidak sampai sebulan 2 kali banjir. Salah satu tempat yang paling teruk ialah Kota Tinggi. Walau nama je Kota Tinggi namun ia tak melambangkan ke’tinggi’an kota itu.

Kota yang dinamakan Kota Tinggi itu terletak bersebelahan dengan Sungai Johor. Hujan lebat 2 hari berturut-turut telah menenggelamkan hampir keseluruhan kota itu.

Gambar atas : Bayangkan kedalamannya. Bumbung kereta pun tenggelam. Bukan saja kereta, apa-apa objek termasuk makhluk yang tingginya kurang dari 10 kaki akan tenggelam.

Memang dahsyat dugaan banjir keatas penduduk Kota Tinggi. Musibah ini tentunya ujian supaya memuhasabah diri, menginsyafi apa kerosakan dan kesalahan yang telah dibuat di bumi Allah ini. Semoga peristiwa ini tidak berulang. Amin…

Read the rest of this entry »

Comments (7)

Older Posts »