Meriah beb!

Salam..

Dalam sibuk-sibuk sepanjang bulan lepas sempat gak aku ke Shah Alam tengok final Pestabola Merdeka. Masa tu aku kat Melaka. Tiba-tiba kawan ajak tengok final Malaysia lawan Myanmar. Aku pun apa lagi, setuju aja lah walaupun risau pasal isu kat Pasir Gudang tu.

Lama juga aku tak menjejakkan kaki ke stadium Anfield. Kali terakhir kalau tak silap masa Johor FC lawan ? kira-kira 2 tahun lepas. Lupa lah pulak lawan team mana. Dan kali terakhir tengok game Malaysia masa lawan MU kat Bukit Jalil 5-6 tahun lepas. Masa tu dapat tiket free.

Meriah beb! Lebih-lebih lagi bila pasukan Malaysia menang dan seterusnya jadi juara. Satu stadium sorak. Kawan aku sampai serak suara. Susah nak digambarkan melainkan korang tengok gambar yang sempat aku snap ni.

Mula-mula stadium nampak cam tak berapa penuh. Kemudian ansur-ansur penonton memenuhi ruang. Penyokong Myanmar pun boleh tahan ramai kira-kira 10 ribu.

Gambar atas ni masa Malaysia score gol ke 3.

Minit ke 88, Malaysia 3 Myanmar 1.

Setelah menjadi juara. Pemain berarak satu stadium dan penonton masih setia menunggu, termasuklah aku.

Memang benar orang kata tengok kat stadium lebih meriah dari tengok TV. Cuma satu je lah. Sampai la ni aku tak dapat tengok lagi ulangan gol-gol tu.😀

Sekian.

p/s : sebenarnya cadang nak mengepos entri ni sebelum 31 Ogos tapi tak sempat la pulak.

5 Comments »

  1. aku said

    semua orang bangga kalau team mesia menang..

    tapi itulah.. kalau tak menang, dikutuklah kerana kita kecewa🙂 betul tak?

    bro, nak contact cemana tah nak tanya sket pasal bisnes…

    satu lagi, inilah rekod seumur hidup aku, celcom tak bukak lagi sekatan walaupun sudah melebihi 28jam

  2. kumb@ng said

    aku…
    biasalah…orang kita ni..bila menang,puji…bila kalah,keji…sinar tu dah ada cuma tak tau cerahnya sampai bila…hari ini menang…esok lusa belum tau lagi…😀

    nak contact? thru email atau ko nak no phone?email : kumbang95@yahoo.com atau azhar_mnor@celcom.com.my kat email nanti aku bagi no phone aku…

    sorry pasal kena block lambat release tu…sistem problem agaknya..apa no phone ko? akan ku usahakan tolong seberapa segera yg boleh….😀

  3. Awan Badai said

    Omak aih… pi stadium tu.

    Tunggu la… one day, aku nak gi tengok atch Liverpool live di Anfield!

  4. kumb@ng said

    Awan…

    huhu…samalah kita…mesti lebih meriah kalau dapat tengok Liverpool punya game….hmm…dengar kabar…stadium baru tengah buat dekat2 ngan stadium Anfield….tak dapat masuk stadium yang lama, dapat masuk yang baru pon ok….😀

  5. […] October 26, 2008 at 3:57 am · Filed under Bola, Itu Ini, Saya, Semasa, Umum Tahun lepas aku berada di Stadium Shah Alam meraikan Malaysia menjadi juara. […]

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: