Aktiviti aku hari ini

Salam..

Hari ini aku ke Kota Tinggi untuk tugas-tugas rasmi harian. Sudah beberapa kali aku ke sana cuma tiba-tiba rasa nak kongsi pulak apa yang aku buat kat bandar tu hari ini.

Tentu ada yang masih ingat banjir besar yang melanda Johor hujung tahun lepas dan awal tahun ni. Tidak sampai sebulan 2 kali banjir. Salah satu tempat yang paling teruk ialah Kota Tinggi. Walau nama je Kota Tinggi namun ia tak melambangkan ke’tinggi’an kota itu.

Kota yang dinamakan Kota Tinggi itu terletak bersebelahan dengan Sungai Johor. Hujan lebat 2 hari berturut-turut telah menenggelamkan hampir keseluruhan kota itu.

Gambar atas : Bayangkan kedalamannya. Bumbung kereta pun tenggelam. Bukan saja kereta, apa-apa objek termasuk makhluk yang tingginya kurang dari 10 kaki akan tenggelam.

Memang dahsyat dugaan banjir keatas penduduk Kota Tinggi. Musibah ini tentunya ujian supaya memuhasabah diri, menginsyafi apa kerosakan dan kesalahan yang telah dibuat di bumi Allah ini. Semoga peristiwa ini tidak berulang. Amin…

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

Syahdu pulak bila cerita pasal banjir. Kebetulan tadi lalu kat bandar Kota Tinggi. Masa tu on the way ke tempat aku nak buat kerja yang letaknya kira-kira 11 km melewati bandar Kota. Sedang memandu melalui jalan bandar, tiba-tiba ternampak tanda aras banjir tu, terus snap. Kemudian timbul idea mungkin boleh jadi bahan cerita untuk blog.

Untuk pengetahuan, Kota Tinggi ni dulu-dulu ibu negeri Johor. Nama dulu ialah Johor Lama. Sekarang ni Johor Bahru. Lokasi pun berubah ke selatan Johor. Johor Bahru juga adalah lokasi tempat aku bermastautin sekarang.

So…apa aku buat hari ini kat Kota Tinggi? Takkan saja jalan-jalan snap gambar je… Sebenarnya aku ke Kota Tinggi untuk buat kerja benda kat bawah ni. Lihat gambar.

Apa tu?

Benda tu ialah Very Small Aperture Terminal atau ringkasannya VSAT. VSAT ialah sistem komunikasi satelite. Bentuk lebih kurang macam Astro. Cuma Astro punya ‘kuali’ atau ‘dish’ saiz kecil. Fungsi lebih kurang sama, cuma Astro untuk Broadcasting manakala VSAT diguna untuk komunikasi real-time seperti telefon mudah-alih, data, internet dll. Lagi satu, kalau ada yang perasan kat bumbung-bumbung pam minyak seperti Shell, Petronas ada terpasang VSAT. Itu gunanya untuk ‘online’ kan bayar melalui kad kredit.

Berbalik kepada tujuan asal aku ke sana adalah untuk realignment VSAT migrate ke MEASAT-3. Kenapa migrate ke MEASAT-3? Kerana direction sebelum ni ke MEASAT-1. Oleh kerana jangka hayat MEASAT-1 hampir tamat iaitu sudah beroperasi hampir 12 tahun. Kini tiba masanya MEASAT-1 berundur. Sebab itu dilancarkan MEASAT-3, kalau tak nanti Astro tutup kedai sebab tiada siaran. Kalau Astro tutup kedai tak dapatlah nak tengok live Liverpool punya game.

Oklah, hari pun dah semakin malam. Esok nak ke Kluang pulak. Kalau ada bahan nanti aku kongsi kat sini.

Sekian..laporan aktiviti aku hari ini.

 

7 Comments »

  1. Ku Ina said

    ehh hang nk p mana? dengaq la ceq nak nyanyi sat…
    ~Kedah kedah pantang kalah
    ~Walau sakit jatuh dan rebah
    ~bangun lantas segera gagah
    ~bujur lalu melintang padah… hihihi
    kat perlis nie ada byk gak benda tu kat rmh2 prsndirian.. depa kata boleh dpt siaran siam… itu kira parabola ker?

  2. kumb@ng said

    Ku Ina..

    parabalo,vsat,astro…sama je semua tu..satelite sistem juga…cuma parabola punya ‘dish’ tak statik mcm astro n vsat.

    parabola boleh scan n pilih mana2 satellite. kat ruang udara kita selain MEASAT-1,2,3 ada PALAPA,ASIA SAT….dll

    jom malam ni tengok final Piala Malaysia…Kedah vs Perak….saya pilih Kedah lah!..huhu..😀

  3. shueqry said

    Wadu, pasal banjit tu, ketinggian aku cuma 5 kaki, konpom tenggelam punya.

    Owh, sebut pasal Astro, teringat time kerja kat Astro ! dapat Astro free, enpon free (tajaan maxis, hehe) dan merchandise Astro free. Kenangan ..

    – shueqry –

  4. kumb@ng said

    shueqry..

    untung klau keje Astro..dpt set decoder free…cuba klau keje kat proton atau kilang kereta….rasa-rasa dapat free kereta tak?..hehe😀

  5. mr_ilham said

    link exchange with me

  6. kumb@ng said

    mr_ilham..

    welcome…welcome🙂

  7. zulkifli saad said

    asm. saya nak tanya pasal penemuan emas kat pantai mersing

    kumb@ng: boleh…boleh…😀

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: