Tazkirah Ramadan : Akum

Untuk renungan bersama :

Janganlah kita menggantikan perkataan Assalamualaikum dengan Akum dalam apa jua melalui tulisan. Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan Salam iaitu sama makna dengan Assalamualaikum.

Perkataan Akum adalah gelaran orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud Binatang dalam Bahasa Ibrani. Ia singkatan daripada perkataan Avde Kokhavim U Mazzalot yang bermaksud Hamba-Hamba Binatang dan Orang-Orang Sesat.

Mulai sekarang jika ada rakan-rakan kita gunakan singkatan Akum, kita ingatkan supaya guna Salam atau tulis penuh Assalamualaikum.

Bersama-samalah kita memberitahu rakan-rakan yang selalu guna singkatan Akum dalam sms, email atau mungkin dalam blog. Semoga apa yang dikongsi ini ada manfaatnya.

Sampaikan lah walau sepotong ayat

Sekian.

* sumber : email

22 Comments »

  1. zuhairy said

    ehmm,byk perkataan tersembunyi membawa maksud tertentu yang tidak kita tahu. contohnya minuman PEPSI. Ia diambil dari ayat Pay Every Pound Save Israel=P.E.P.S.I

    kumb@ng: banyak cara yahudi dan israel nak lemahkan umat Islam…πŸ˜•

  2. alirfan said

    Oh, biasa saya terus assalamualaikum je.. (dah siap Copy siap2..hehe)
    kalau malas terus pun, guna Salam jek.. hehe.. asalkan niat utk doakan saudara kita.. hehe

  3. kumb@ng said

    penting tu pengertian untuk doakan saudara kita….

    lain tulis jadi lain maksud…πŸ™‚

  4. shueqry said

    mulanya saya selalu gunakan singkatan ‘Asmkm’.

    Sekarang penuhkan perkataannya, doa kita untuk kesejahteraan sudara seagama.

    – shueqry –

  5. jowopinter said

    Salam,

    Betul tu. Seelok-eloknya tulis ‘salam’ kalau dah malas sangat nak tulis yang penuh…

  6. kumb@ng said

    shueqry..

    kalau nak doakan orang kena cakap betol-betul atau tulis penuh…supaya tak lari maksud…πŸ™‚

  7. kumb@ng said

    jowopinter..

    itulah yang seelok-eloknya….πŸ™‚

  8. ktom said

    Oh ye ke kumb@ng? Ktom selalu tulis ASKM je…sebab memng org dah tau short form tu…
    Terima kasih kerana ingatan ini…

  9. kumb@ng said

    ktom..

    sama-sama…πŸ™‚

  10. zool said

    Memang sepatutnya kita tulis perkataan Assalamualaikum secara penuh…
    kerana menghormati maknanya….

  11. kumb@ng said

    zool..

    yang tak tau….kita bagi tau…
    yang tau…bagi tau yang tak tau…πŸ˜€

  12. pakdi said

    hm………

  13. kumb@ng said

    pakdi..

    err..πŸ˜•

  14. iris said

    pakdi kalau hmm tu maksudnya dia x stuju tu

  15. my spaCE@YH said

    bukan tulis jer kene btul2 , sebut pun kena betul jugak. coz perkataan arab salah sebut skit terus lain makne ,kadang2 tu terus berlawanan perkataannya….

  16. NURAINI said

    Mcm mana dengan singkatan A’kum (ada tanda ‘ di antara A dan K) ramai yang masih guna yg ini…

    Terima kasih utk jawapan

  17. kumb@ng said

    ada tanda ‘ atau tak sama saja sebab maksud untuk disebut adalah sama…πŸ™‚

  18. NURAINI said

    Syukran Kumbang atas jwpnnya. Sy pun fikir begitu juga cuma nakkan kepastian saja. Pd fikir sy, tanda (‘) itu biasanya digunakan utk menggantikan hurf ‘ain’ kan. Jadi kalau tulis A’kum, ia seolah2 meletakkan ain slps alif dan x memberi maksud sejahtera ke atas kamu pun. Betulkan saya andai tersalah. Trima kasih.

  19. NURAINI said

    Kalaupun tanda itu tidak dianggap dianggap gantian huruf ain, dan dianggap sbg ‘shortcut’ penulisan, memang terang & jelas akan sama dengan AKUM dr segi bacaan. Setuju sgt dgn Kumbang.

  20. kumb@ng said

    Benarlah apa yang Cik Nuraini kata. Sekarang ni semuanya sudah jadi trend. Katanya untuk mudah dan ringkas. Padahal akan bermaksud lain. Jalan selamat ialah guna ayat tu sepenuhnya atau gantikan dengan perkataan yang kita faham maksudnya.πŸ™‚

  21. NURAINI said

    MMM… Bila saya cuba kongsikan hal ini dgn rakan2, timbul pula soalan2 lain. Bagaimana dgn Askum dan Semekom cthnya. Dua perkataan ini sering digunakan dlm sms & semasa chatting. Ada sesiapa boleh bantu saya dgn jawapannya? Syukran.

  22. kumb@ng said

    cik nuraini..ucapan salam adalah doa untuk kesejahteraan dan keselamatan dan hukumnya adalah sunat kifayah apabila bertemu dengan saudara seislam. bila kita meringkaskan(askum) atau slangkan(semekom) maka tidak akan bermaksud apa-apa kepada penerima padahal sepatutnya untuk mendoakan saudara kita. ungkapan itu akan jadi kosong. tiada pahala. lebih buruk lagi kalau kita permainkan salam, boleh membawa kepada berdosa.πŸ™‚

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: