Al-Fatihah

Salam..

Al-Fatihah, semoga roh arwah adik Nurin Jazlin dicucuri rahmat. Namun apakah tindakan kita selepas satu demi satu kejadian seumpama ini berlaku? Adakah kita hanya mampu sedekahkan Fatihah dan selepas itu biarkan ia berlalu dalam lipatan sejarah?

Perasaan sedih, hiba, marah dan geram berkumpul sekejap buat beberapa waktu. Selepas beberapa lama perasaan tersebut hilang dan kita jadi biasa semula sehinggalah peristiwa begini berlaku lagi.

Para sahabat sekalian, cuba fikirkan dan cetuskan sesuatu untuk kita sama-sama cari jalan memperbaiki keadaan.

Adakah undang-undang sedia ada mampu mengekang semua ini?

Adakah dengan hanya melaksanakan hukuman akan membuatkan kita berpuashati terhadap pelaku?

Bagaimana dengan pelaku-pelaku akan datang? Pelaku sebegini akan sentiasa wujud jika tiada jalan untuk mengatasinya. Bila jenayah berlaku, pelaku akan diburu, ditangkap, didapati bersalah dan kemudian dihukum samada dipenjara atau digantung. Selesai?

Kenapa tidak difikirkan kenapa pelaku ini bertindak kejam? Apa yang menyebabkan dia menjadi begitu? Atas sebab apa dia berkelakuan begitu. Adakah suasana persekitaran yang haru biru adalah penyebab pelaku melakukan jenayah?

Senario masa kini, perlaksanaan hanya untuk merawat dan bukannya mencegah. Mencegah lebih baik dari merawat.

Kenapa tidak difikirkan jalan untuk mencegah supaya kejadian seumpama ini tidak berulang?

Ini merupakan isyarat kepada pihak-pihak tertentu supaya memikirkan kaedah yang boleh menutup ruang-ruang untuk melakukan jenayah. Punca kepada perlakuan jenayah mesti dikenal pasti dan kemudian dikaji untuk pencegahan. Sudah sampai masanya kita kembali kepada Sistem Islam.

Kita sedia maklum undang-undang sedia ada sudah lama digunakan. Nah! inilah hasilnya yang dapat dilihat pada masyarakat hari ini. Apa guna negara kita maju, moden, ada infrastruktur canggih-canggih jika nilai moral masyarakat semakin merosot.

Setiap hari ada saja kedengaran kes jenayah. Membuatkan kita merasa takut dengan keselamatan di persekitaran. Tidak kira orang dewasa, orang tua malah kanak-kanak juga menjadi mangsa. Inilah kesan jika kita menolak hukum ALLAH.

Bagi saya hanya ada satu undang-undang yang boleh mengawal semua ini. Undang-undang yang ALLAH tetapkan untuk kesejahteraan hambanya. Undang-undang yang menjadi amalan pada zaman Rasulullah. Undang-undang yang sehingga kini masih belum dilaksanakan di negara kesayangan kita.

Undang-undang yang dimaksudkan ialah Undang-Undang Islam. Sudah sampai masanya undang-undang ini dipraktikkan. Belum cuba, belum tahu hasilnya. Mungkin juga, kejadian tragis yang berlaku ini isyarat dari ALLAH supaya ikut peraturan yang telah ditetapkan untuk hambanya.

Para sahabat sekalian, KITA yang akan tentukan bila Undang-Undang Islam ini akan dilaksanakan. Fikir-fikirkan lah…

Sekian.

3 Comments »

  1. pakdi said

    cerita yang sama, mangsa yang berbeza.

    alfatihah.

  2. kumb@ng said

    harap2 ini yang terakhir…šŸ˜•

  3. Taqiyuddin said

    Masuk wangcyber.com ada aku post untuk adik nurin

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: