Archive for October, 2007

10 hari selepas raya

Salam..

Hmmm…tiba-tiba lepas raya ni macam malas je nak update blog. Mungkin tempias akibat cuti raya terlalu lama..hmm. entahlah..nak kata aku ni raya sakan tak jugak. Raya tahun ni pun rasa macam tak best sebab 2 minggu sebelum raya ada beberapa perkara yang menyepoilkan mood aku nak beraya. Nak balik kampung pun rasa cam malas jek walaupun aku dah apply cuti 2 hari sebelum dan 4 hari selepas raya. Jumlah – 10 hari tak keje..fuyooo..

Tahun ni juga aku rasa macam sekejap je puasa. Rasa macam baru sehari-dua puasa, tup-tup je dah nak raya. Lagu raya paling merdu pun aku amik tak kisah. Persiapan pun takda yang baru. Lagi pun aku bukan kanak-kanak, semua nak serba baru. Cuma adalah touch-up sket keta aku yang kemek dek tergesel tembok batu kat rumah jiran kawan aku. Bukan aku yang geselkan, kawan aku. Itu pun dekat setahun aku biarkan kemek tu sampai nak berkarat. Dari sehari ke sehari tangguh akhirnya 5 hari sebelum raya baru aku berjaya hantar ke bengkel untuk ketok dan cat. Terbang duit raya 200 hinggit.

Hari ini juga hari pertama kerja selepas 10 hari cuti. Walau nama aja cuti tapi sebenarnya semasa di kampung aku masih boleh diganggu dengan panggilan kecemasan pasal kerja jika ada masalah tentang rangkaian yang tidak dapat disetelkan. Nasib baik teknologi membolehkan aku meremotekan keje dari mana-mana tempat selain office. Yang penting tempat tu ada coverage. Ada Streamyx atau TMNet pun boleh juga. Janji boleh access internet. Canggihkan..

Read the rest of this entry »

Advertisements

Comments (14)

Selamat Hari Raya

Comments (7)

Malam-malam terakhir Ramadhan

Sedar tak sedar, Ramadhan semakin hampir ke penghujungnya. Bagi umat Islam yang benar-benar menghayati maksud Ramadhan pastinya akan bersedih kerana mungkin ini Ramadhan yang terakhir bagi mereka. Sementara tinggal beberapa hari ini, kita digalakkan melakukan amalan-amalan yang tentunya menjanjikan keberkatan dan pahala yang berlipat ganda.

Malangnya kebanyakan dari kita lupa tentang amalan-amalan yang sepatutnya dilakukan terutama pada malam-malam terakhir Ramadhan. Malam-malam yang seharusnya dimanfaatkan dengan beribadah supaya beroleh kerahmatan dan pahala yang digandakan dilekakan dengan persiapan untuk menyambut Hari Raya.

Amalan yang menyimpang ini sudah semestinya bertentangan dengan amalan yang diajarkan oleh Rasulullah saw. Rasulullah saw yang maksum pun begitu hebat beribadah pada malam-malam terakhir Ramadhan, pastinya kita sebagai umat yang sentiasa bergelumang dengan dosa sewajarnya berusaha untuk mendapatkan malam yang penuh keberkatan iaitu LailatulQadar.

Apa yang pasti, matlamat utama kita dalam mengejar LailatulQadar ini bukanlah sekadar untuk mengharapkan doa dimakbulkan semata. Sebaliknya, matlamat untuk mengejar LailatulQadar adalah untuk mendapatkan kerahmatan dan keampunan Allah atas segala keterlanjuran yang pernah kita lakukan di atas muka bumi ini.

Sudah tiba masanya kita mengubah perpepsi dalam masyarakat supaya tidak menyimpang dari amalan sunnah Rasulullah saw. Umat Islam harus disedarkan agar dalam keghairahan menyambut Hari Raya, jangan sampai terlepas peluang memperolehi keberkatan LailatulQadar.

Diharapkan masyarakat Islam hari ini dipasakkan dengan pemikiran bahawa malam-malam terakhir Ramadhan bukan masanya untuk berpesta sebaliknya meningkatkan amalan ibadah untuk kehidupan yang lebih hakiki nanti.

Pesanan ini juga untuk diri saya, yang baik datang dari Allah dan yang tidak baik dari kita sendiri.

Sekian.

Comments (3)