Malam-malam terakhir Ramadhan

Sedar tak sedar, Ramadhan semakin hampir ke penghujungnya. Bagi umat Islam yang benar-benar menghayati maksud Ramadhan pastinya akan bersedih kerana mungkin ini Ramadhan yang terakhir bagi mereka. Sementara tinggal beberapa hari ini, kita digalakkan melakukan amalan-amalan yang tentunya menjanjikan keberkatan dan pahala yang berlipat ganda.

Malangnya kebanyakan dari kita lupa tentang amalan-amalan yang sepatutnya dilakukan terutama pada malam-malam terakhir Ramadhan. Malam-malam yang seharusnya dimanfaatkan dengan beribadah supaya beroleh kerahmatan dan pahala yang digandakan dilekakan dengan persiapan untuk menyambut Hari Raya.

Amalan yang menyimpang ini sudah semestinya bertentangan dengan amalan yang diajarkan oleh Rasulullah saw. Rasulullah saw yang maksum pun begitu hebat beribadah pada malam-malam terakhir Ramadhan, pastinya kita sebagai umat yang sentiasa bergelumang dengan dosa sewajarnya berusaha untuk mendapatkan malam yang penuh keberkatan iaitu LailatulQadar.

Apa yang pasti, matlamat utama kita dalam mengejar LailatulQadar ini bukanlah sekadar untuk mengharapkan doa dimakbulkan semata. Sebaliknya, matlamat untuk mengejar LailatulQadar adalah untuk mendapatkan kerahmatan dan keampunan Allah atas segala keterlanjuran yang pernah kita lakukan di atas muka bumi ini.

Sudah tiba masanya kita mengubah perpepsi dalam masyarakat supaya tidak menyimpang dari amalan sunnah Rasulullah saw. Umat Islam harus disedarkan agar dalam keghairahan menyambut Hari Raya, jangan sampai terlepas peluang memperolehi keberkatan LailatulQadar.

Diharapkan masyarakat Islam hari ini dipasakkan dengan pemikiran bahawa malam-malam terakhir Ramadhan bukan masanya untuk berpesta sebaliknya meningkatkan amalan ibadah untuk kehidupan yang lebih hakiki nanti.

Pesanan ini juga untuk diri saya, yang baik datang dari Allah dan yang tidak baik dari kita sendiri.

Sekian.

3 Comments »

  1. zool said

    Di harap kita mendapat keberkatan malam2 LailatulQadr..
    SELAMAT HARI RAYA….

  2. iskandar said

    salam aidilfitri dari ana sekeluarga.

  3. kumb@ng said

    Salam aidilfitri kepada zool dan iskandar juga..🙂

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: