10 hari selepas raya

Salam..

Hmmm…tiba-tiba lepas raya ni macam malas je nak update blog. Mungkin tempias akibat cuti raya terlalu lama..hmm. entahlah..nak kata aku ni raya sakan tak jugak. Raya tahun ni pun rasa macam tak best sebab 2 minggu sebelum raya ada beberapa perkara yang menyepoilkan mood aku nak beraya. Nak balik kampung pun rasa cam malas jek walaupun aku dah apply cuti 2 hari sebelum dan 4 hari selepas raya. Jumlah – 10 hari tak keje..fuyooo..

Tahun ni juga aku rasa macam sekejap je puasa. Rasa macam baru sehari-dua puasa, tup-tup je dah nak raya. Lagu raya paling merdu pun aku amik tak kisah. Persiapan pun takda yang baru. Lagi pun aku bukan kanak-kanak, semua nak serba baru. Cuma adalah touch-up sket keta aku yang kemek dek tergesel tembok batu kat rumah jiran kawan aku. Bukan aku yang geselkan, kawan aku. Itu pun dekat setahun aku biarkan kemek tu sampai nak berkarat. Dari sehari ke sehari tangguh akhirnya 5 hari sebelum raya baru aku berjaya hantar ke bengkel untuk ketok dan cat. Terbang duit raya 200 hinggit.

Hari ini juga hari pertama kerja selepas 10 hari cuti. Walau nama aja cuti tapi sebenarnya semasa di kampung aku masih boleh diganggu dengan panggilan kecemasan pasal kerja jika ada masalah tentang rangkaian yang tidak dapat disetelkan. Nasib baik teknologi membolehkan aku meremotekan keje dari mana-mana tempat selain office. Yang penting tempat tu ada coverage. Ada Streamyx atau TMNet pun boleh juga. Janji boleh access internet. Canggihkan..

Nak promote sket, inilah kelebihan Celcom(mentang-mentang aku keje kat Celcom) walau kat kampung(Batu Pahat dan Muar) aku masih boleh access 3G atau GPRS yang membolehkan aku buat kerja tak kira dari rumah atuk, nenek, pakcik atau sedara-mara. Pelik gak sedara-mara bila aku tiba-tiba bukak laptop dan kemudian sambung ke henfon walaupun tengah beraya. Sambil-sambil tu dapat juga aku exposekan dorang pasal teknologi ni. Orang kampung, ramai masih tak tau. Tugas aku bagi tau kat mereka-mereka ini yang boleh dikategorikan sebagai blur atau rabun teknologi.

Bermula esok aku dah mula sibuk dengan kerja-kerja di luar daerah dan mungkin menghadkan masa aku untuk menjengok-jengok blog. Kesempatan yang ada mungkin pada waktu malam itupun bergantung pada kadar kepenatan aku. Biasanya kalau kerja kat luar daerah benda yang memenatkan ialah memandu. 2-3 jam memandu kemudian sambung buat kerja kadang-kadang hingga lewat petang atau malam. Selalunya bila kes macam ni balik rumah terus tidur. Kalau balik awal ada peluanglah nak online walau seketika.

Masuk tajuk lain pulak. Sana-sini orang sibuk pasal ‘angkasawan’ pertama Malaysia. Walau ada yang mengatakan projek ini membazir. Tumpang duit komisyen hasil beli jet pejuang Sukhoi(betol ke aku eja?). Yelah rm95 juta kalau tolong orang miskin banyak tu dorang dapat faedah dibandingkan menghantar seorang ke angkasa. Lagipun kerajaan dah umumkan tahun ni minyak tak naik tapi tahun depan yang tinggal 2 bulan belum tentu lagi. Eh! ada kene-mengena ke angkasawan dengan minyak naik ke tak. Takda apa saja je aku nak taip.

Walau apa pun tahniah pada Dr Sheikh Muzzafar kerana menjadi satu-satunya rakyat Malaysia yang berbangsa melayu berada di angkasa yang jauhnya lebih kurang 300km dari bumi walau ujikaji yang dijalankan seperti gasing dan yoyo pernah dibuat oleh angkasawan sebelum ini. Bukan senang nak dapat peluang ke sana. Sekurang-kurangnya Dr SM bakal jadi idola dan popular di kalangan masyarakat bukan kerana kehensemannya tapi kerana dia satu-satunya orang Malaysia yang berjaya menumpang roket Rusia ke angkasa. Tahniah sekali lagi.

Semalam juga berlangsungnya perlawanan antara MyTeam 2 dengan Indonesia B-19. Seperti yang semua ketahui keputusannya pasukan kepunyaan menantu PM yang dilatih Sebby dan Bojan kalah 0-2. Kalah menang adat permainan. Dalam bolasepak hanya ada 3 keputusan samada menang, kalah atau seri. Tapi untuk perlawanan semalam hanya pemenang yang dicari. Malangnya Indonesia jadi pemenang dan MyTeam jadi pengalah. Takpalah, bak kata Sebby keputusan tak penting yang penting bakat yang bakal diketengahkan nanti.

Pada aku projek MyTeam ni boleh dibanggakan sekiranya berjaya melahirkan penyerang sehebat Mokhtar Dahari, pemain tengah sehebat Syukor Salleh, pertahanan sehebat Soh Chin Aun atau penjaga gol sehebat Arumugam. Selagi pemain-pemain tersohor seperti ini gagal digilap selagi itu aku mengganggap projek MyTeam ini hanya sekadar mengejar populariti dan menonjolkan tokoh tertentu sahaja.

Mula-mula tadi macam tak tau apa nak cerita. Nah! panjang lebar pulak aku merapu..hehe.. Oklah, kepada yang sudi baca sampai habis terima kasih kerana membaca. Jumpa lagi di lain siaran.

Sekian.

 

14 Comments »

  1. Alyani said

    salam,
    kumbang mlm 23/10 nie kat luar daerah ke dlm area JB..klu kat area JB boleh TT dgn megat kat restoran osman BB UDA..8.30 mlm

  2. kumb@ng said

    ws,

    sorry pn Alyani tak dapat datang…err…restoren osman BBU? dekat ngan masjid tu ke?πŸ˜€

  3. aku said

    ko ni ada bakat menulis la.

    apa kata ko tulis ebook. tak payah target untung, just target bagi ada portfolio.

    then bleh ler try menulis ntuk syarikat azizi ali ke, pts publication ke…

    ok. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Posa Sebulan, Raya pon Sebulan hahaha…

    Sorang saja ke bulan – Pak Sheikh kita haha…

  4. kumb@ng said

    apa? ada bakat? tulis ebook? eh..eh..macam perli jek…hehe..

    jauh panggang dari tempat panggang aku nak jadi penulis..jadi perapulis boleh la…haha..πŸ˜€

    selamat hari raya untuk en. aku….errr..pak sheikh ke bulan? bulan bape tu?πŸ˜‰πŸ˜€

  5. Alyani said

    kumbang,

    restoran osman dekat dgn mydin tu…
    perapulis ke atau propolis gold? ahaks!!

  6. ku ina said

    salam singgah… sy cuti tak tahu nk buat apa, last2 raya ke3 mai keja. Nie yg pelik tntang sy nie, org cuti sy keja, org keja sy cuti p jln2. Zaman skrng luar orbit pun boleh berhubung yer..

  7. kumb@ng said

    Alyani..
    ooo..dekat mydin..tau2..hehe..err…ada apa kat situ ek…?πŸ˜€

    ku ina..
    laaa…sian dia..raya kene keje…pelik gak awak ni…πŸ˜€
    ya! skang ni dunia makin canggih..kat mana2 bole pun brhubung..yang penting bole bayo…πŸ˜‰

  8. aku said

    hahaha.. sekali lagi aku tersasul sebut ke bulan(sebelum ni masa sembang ngan akak opis aku)..

    entah, dah jadik tertanam dalam minda aku ni, pegi angkasa jer.. pegi ke bulan haha..

    eh bro, menatang pe yang cucuk kat usb tu ntuk connect celcom broadband. rege RM1000 ek.. tak leh dapat murah ke?πŸ˜€

  9. kumb@ng said

    benda tu data card + modem + wireless….speed dia maximum bole pegi 3.6 Mps. sistem ni dipanggil HSDPA(High-speed downlink packet access) atau 3.5G atau 3G X..power sket dari 3G…

    selain barang tu..kalo nak access internet guna laptop bole gak guna:
    1)datacard – slot in kat laptop(PCMCIA)
    2)henfon – samada dgn cable atau bluetooth

    barang yg ko nengok dlm iklan tu memang mahal, aku pun tak mampu beli…dulu kalo tak silap hage 1200…skang ni 999….nak murah?hmmm…πŸ˜€

  10. zool said

    Esok Malaysia lawan Bahrain..
    Amacam rasa boleh dapat ke 3 gol tu??
    Harap2 je lah kan.. mana tau bola tu bulat.

  11. kumb@ng said

    insyaALLAH..takde yg mustahil…πŸ™‚

    kalau lah main ragbi, sekali tendang gol dapat 3 point…tu kalau bola tak bulat..πŸ˜€

  12. zool said

    nampaknya tak tercapai lagi hajat team bola kita nak pegi jauh..
    harap2 lepas nie akan meningkat..
    Sukan SEA targetnya..
    jangan terlepas lagi..

  13. aku said

    sapu sawang..

    sapu sawang.. hehe

  14. kumb@ng said

    tengah sapu-sapu sawang ni…maklumla lama tinggal rumah…heheπŸ˜€

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: