Archive for November, 2007

Alhamdulillah…Tol tak naik tahun depan..

Salam..

Gembira rasanya bila menonton perkhabaran melalui saluran berita hari ini tol di beberapa lebuhraya utama tak naik tahun depan. Keputusan yang pastinya menggembirakan rakyat Malaysia termasuk aku.

Aku dapat merasakan ‘keikhlasan’ riak wajah Menteri Kerja Raya semasa mengumumkan keputusan kabinet, malahan dengan relanya membayar pampasan RM242 juta kepada syarikat konsesi. Siapa ek empunya syarikat konsesi tersebut? huhu..manyak untung wo.. πŸ˜‰

Aku ‘yakin’ kerajaan ‘ikhlas’ kali ini. Ini kerana kerajaan taknak(ya ke?) membebankan rakyat selepas satu demi satu harga barangan keperluan naik. Kemuncak segala kenaikan ialah apabila tol dan minyak naik.

Sebagai langkah awal, kerajaan ‘sedar’ akan kesannya dan dengan sebab itu cepat-cepat bertindak meleraikan kegusaran hati rakyat dengan cara tidak menaikkan tol dalam jangka masa terdekat (PRU punya hal, Samy Vellu dapat nama).

Rasa-rasa kabinet pun tengah dok bincang bagaimana nak lengahkan supaya minyak juga tak naik tahun depan. Doa-doa lah ya.

Ironinya penangguhan kenaikan tol ini hanyalah strategi kerajaan meraih kembali semula sokongan rakyat yang sejak akhir-akhir ini seakan berbelah bagi kesan dari berbagai-bagai isu termasuk harga barangan naik. Kita sebagai rakyat seharusnya bijak memikir kenapa kerajaan bertindak begitu.

Ada udang disebalik batukah? atau kerajaan sekarang memang perihatin masalah rakyat? hmmm….fikir-fikirkan lah…

Sekian..

Comments (10)

Jom ayak emas

Salam..

Pantai Mersing ada emas? hoho…rezeki..rezeki….

Kepada sesiapa yang tiada aktiviti sempena cuti sekolah jemputlah datang ke Mersing. Samada nak tengok-tengok, melancong sambil mendulang, mandi-manda sambil mendulang. Terpulang. Bukan selalu ada acara macam ni sejak kali terakhir Mersing digemparkan dengan feri ke Pulau Tioman terbakar, September lalu.

Jangan risau acara mendulang emas ini tidak perlu permit dan tidak sama-sekali dianggap perhimpunan tidak halal. Setakat ini ianya hanya dihadiri oleh penduduk kampung setempat dan yang sewaktu dengannya. Tak taulah pulak nanti bila berita ini telah tersebar ke seluruh negara melalui akhbar atau blog ini. πŸ˜‰

Mungkin juga ini peluang. Siapa tahu, sambil tengok-tengok dan melancong dapat idea nak berniaga kat situ. Seperti jual alat mendulang, jual cangkol, jual penyodok, jual makanan kepada pendulang atau buka warung untuk pendulang dan keluarga makan selepas mendulang. hmmm…ok gak idea tu…hmmm… πŸ˜‰

Read the rest of this entry »

Comments (9)

Ada apa dengan KL

Salam..

Hari ini hari ke-10 aku berada di KL. Bermakna tinggal 2 hari lagi aku akan pulang. Macam-macam feel sudah mula rasa, bosan, jemu, muak, tak amik port dan paling utama rindu pada kampung halaman di JB (rindu kat mak aku lah…).

Selama beberapa hari di sini sempat juga aku melilau-lilau di sekitar ibu kota metropolitan menyaksikan kehidupan penghuni kota dengan berbagai-bagai gelagat.

Memang macam-macam ada…. πŸ˜‰ Sebenarnya banyak kali dah gi KL cuma kali ni rasa nak tulis dalam blog pulak.

So, ada apa dengan KL? Selain KLCC, Hotel The Zon, Menara Naluri, Citibank, Pudu Raya, Hard Rock Cafe, Planet Hollywood, The Zouk, LRT, Monorel, Fly over, Tol, Restoren Pelita Nasi Kandar dan banyak lagi..?

Inilah apa yang aku maksudkan…..

Sekadar gambar hiasan hasil dari lensa kamera henfonku…

gambar hiasan tapi bukan super impose.. Read the rest of this entry »

Comments (8)

Gambar Datuk K dan Siti

Salam..

Semasa jalan-jalan cari makan kat Jalan Ampang, tiba-tiba aku ternampak sesuatu.

Kini baru aku faham kenapa Datuk K (gelaran terkini Dato’ Seri K) berkahwin dengan Siti.

Gambar…..

.

.

.


.

.

Rupa-rupanya Menara Naluri dan Hotel The Zon kepunyaan Datuk K dekat dengan citibank(sebutan Siti Bank) …oooooo…..akhirnya aku faham juga… πŸ˜€

Selingan……

p/s : rajin pulak aku mengepos sejak dua menjak ada kat KL ni…… πŸ˜‰

Comments (10)

Pilihan Raya Umum ke 12

Salam..

Aku sekarang kat KL. Sudah 5 hari aku kat sini kerana berkursus. Minggu depan hari Jumaat baru balik JB. Ini entri ke-2 aku tulis langsung dari KL. Kalau kat JB masa agak terhad nak jengok-jengok blog sebab sibuk dengan kerja. Kat sini dapatlah luangkan masa lebih sikit. Habis kelas, terus balik hotel. Kalau dah balik hotel malas pulak nak keluar. Lepak-lepak tengok tv sambil belek-belek laptop. Sekali-sekala duduk kat tepi tingkap hotel menikmati pemandangan hutan batu di KL termasuklah KLCC yang jaraknya hanya 1 km dari tempat hotel aku menginap.

Hmm…termenung sat…nak tulis apa ek? Pakdi suruh aku tulis blog politik. Mesti boleh naik hits katanya. Menarik jugak cadangan tu. Blog aku pun macam dah suam-suam sebab jarang update. Sekarang ni macam-macam isu hangat ada. Menandakan PRU semakin hampir. Aku memang berharap PRU lambat lagi sebab lagi lambat, lagi lambat lah minyak dan tol naik harga.

Ari tu aku ada komen pasal perhimpunan BERSIH kat satu blog. Blog tu nama sejuk. Selepas aku bagi komen jadi panas pulak. Bukan apa aku rasa aku perlu terangkan tujuan sebenar perhimpunan BERSIH walaupun aku sendiri tak hadir. Negara ni kan negara demokrasi. Rakyat berhak bersuara dan berhimpun secara AMAN. Mungkin mereka-mereka yang kontra dengan perhimpunan tu dengar dari sebelah pihak je atau dapat maklumat yang tidak tepat. Read the rest of this entry »

Comments (5)

Bukan mudah melawan arus

Salam..

Mereka-mereka yang berani melawan arus adalah di kalangan orang-orang yang hebat, berani menanggung risiko. Tak dapat bayaran pun. Segala perbuatan ikhlas belaka. Sumber maklumat mereka ialah ceramah, akhbar alternatif dan internet. Perjuangan orang ini untuk tegakkan hukum ALLAH dan generasi akan datang.

Beza pulak bagi orang-orang yang ikut arus.

Mereka-mereka ini pilih jalan selamat. Taknak amik risiko. Kalau nak suruh buat keje bagi duit dulu ya. Ada duit keje jalan. Takde duit kirim salam..ish..ish..ish… Sumber maklumat mereka ialah TV, Akhbar dan media yang di kawal oleh Bee eN. Perjuangan orang ini untuk diri sendiri, keluarga dan kroni.

Sekian untuk malam ini.

Comments (8)

Sambil-sambil sapu sawang kat blog ni

Salam..

Lihat tanda ‘+’ di tengah gambar ni dan anda akan dapati dot warna pink akan hilang perlahan-lahan. Sambil tu anda akan lihat dot warna hijau akan bergerak mengelilingi dot pink.

Sebelum tengok, tarik nafas…hembus perlahan-lahan dan lihat dan lihat dan lihat…

Tak nampak? ish..ish..ish…tak dapek kawe nak TOLONG sebab kawe bukan ALONG…

Cuba tengok betul-betul tepat tanda ‘+’ tu, kemudian tenung-tenung, renung-renung, jeling-jeling (jeling?) dan anda akan nikmati hasilnya.

Dah nampak dah? Fuh! lega…maknanya anda mempunya otak yang berfungsi dengan jayanya.

Samada anda percaya atau tidak sebenarnya tiada dot warna hijau dalam gambar. Yang ada cuma dot warna pink.

Mengikut teori orang yang mencipta gambar ini, otak anda yang menjadikan dot warna pink hilang dan bertukar menjadi hijau. Transfomasinya ialah dari mata pergi ke otak.

Katanya lagi (mungkin teori), kita selalunya tidak dapat lihat apa yang kita fikir untuk lihat. hmmm….

Pada sape yang tak nampak tu mungkin ada yang tak kena pada otak anda…baik pegi check.. πŸ˜€

Sekian.

Comments (21)