Pilihan Raya Umum ke 12

Salam..

Aku sekarang kat KL. Sudah 5 hari aku kat sini kerana berkursus. Minggu depan hari Jumaat baru balik JB. Ini entri ke-2 aku tulis langsung dari KL. Kalau kat JB masa agak terhad nak jengok-jengok blog sebab sibuk dengan kerja. Kat sini dapatlah luangkan masa lebih sikit. Habis kelas, terus balik hotel. Kalau dah balik hotel malas pulak nak keluar. Lepak-lepak tengok tv sambil belek-belek laptop. Sekali-sekala duduk kat tepi tingkap hotel menikmati pemandangan hutan batu di KL termasuklah KLCC yang jaraknya hanya 1 km dari tempat hotel aku menginap.

Hmm…termenung sat…nak tulis apa ek? Pakdi suruh aku tulis blog politik. Mesti boleh naik hits katanya. Menarik jugak cadangan tu. Blog aku pun macam dah suam-suam sebab jarang update. Sekarang ni macam-macam isu hangat ada. Menandakan PRU semakin hampir. Aku memang berharap PRU lambat lagi sebab lagi lambat, lagi lambat lah minyak dan tol naik harga.

Ari tu aku ada komen pasal perhimpunan BERSIH kat satu blog. Blog tu nama sejuk. Selepas aku bagi komen jadi panas pulak. Bukan apa aku rasa aku perlu terangkan tujuan sebenar perhimpunan BERSIH walaupun aku sendiri tak hadir. Negara ni kan negara demokrasi. Rakyat berhak bersuara dan berhimpun secara AMAN. Mungkin mereka-mereka yang kontra dengan perhimpunan tu dengar dari sebelah pihak je atau dapat maklumat yang tidak tepat.

Ada ke dorang kata orang-orang yang pro dengan perhimpunan BERSIH sebagai orang yang pendek akal, bodoh, fikir sempit…..Dialog macam duplicate dari TV, Surat Khabar ,Menteri je. Biarlah mereka nak kata apa. Dan, aku masih boleh sabar dan tetap sabar. Sabar kan separuh dari iman. Akhirnya aku faham kenapa orang-orang itu kata macam tu. Rupanya mereka kerja dengan KERAJAAN BN….oooooo…

Masih ramai yang beranggapan bila kerja dengan KERAJAAN mesti dan wajib(dapat pahala ke?) sokong KERAJAAN BN. Ya! itu aku tak berapa setuju. Perlu ingat ya! Kena tahu bezakan antara KERAJAAN dan BN. KERAJAAN dan BN adalah institusi yang berbeza.

KERAJAAN ialah institusi yang melaksanakan tugas-tugas rasmi dengan tujuan berkhidmat untuk rakyat. Contohnya Jabatan Imigresen, Jabatan Kerja Raya, Polis, JPJ, Kastam dan lain-lain. Gaji orang-orang yang bekerja dengan kerajaan bukan berdasarkan kepada keuntungan tetapi dibayar melalui cukai-cukai yang dikenakan ke atas rakyat tak kira samada sokong BN, bukan BN atau pun yang berkecuali.

Sementara BN pula merupakan gabungan beberapa parti seperti UMNO, MCA, MIC dll yang menang pada PRU lepas. Dengan kemenangan tersebut BN dipertanggungjawab meneraju KERAJAAN. Jadi, KERAJAAN sekarang diteraju oleh BN dan KERAJAAN seharusnya bukan hak mutlak BN semata. Orang lain warga negara Malaysia yang membayar cukai juga ada hak terhadap KERAJAAN. Ramai yang masih konfius tu.

Penjelasan ini bukan untuk memaksa orang yang kerja dengan KERAJAAN untuk tidak menyokong KERAJAAN BN. Terpulang pada anda kerana anda jugalah yang bertanggungjawab memastikan siapa yang bakal meneraju KERAJAAN. Pilihlah yang betul-betul ingin berkhidmat untuk rakyat. Bukan perasuah atau yang mencari kekayaan peribadi.

Ya! saya faham. Memang bahaya kalau tak sokong KERAJAAN BN. Sebabnya undi bukan biarlah rahsia. Tak caya? Memang susah nak percaya. Hei! siapa yang berkuasa sekarang? Bukan susah sangat. Perintah je SPR semak balik senarai pengundi yang dah mengundi. Nah! tersedia senarai nama yang sokong atau yang tidak.

Bila sudah terbukti orang yang kerja dengan KERAJAAN BN undi selain BN maka langkah seterusnya ialah menukar ke sana-sini hingga ke ulu kampung. Tujuannya nak suruh resign dan juga peringatan kepada yang lain supaya berpihak kepada KERAJAAN BN. Sebab tu ada kawan-kawan aku yang berkhidmat dengan KERAJAAN tak nak mengundi kerana dorang tau akibatnya.

Ya! Saya faham menyusahkan kalau terpaksa berhenti kerja atau kena transfer jauh dari keluarga. Zaman sekarang bukan senang nak cari kerja. Ya! Saya faham. Tapi, ingatlah! Rezeki bukan dorang tentukan. Bumi ALLAH ni luas, kat mana-mana pergi rezeki tetap ada yang penting berusaha.

Cuma…Katakanlah, satu hari nanti ditakdirkan bukan BN yang menang PRU (tak mustahil kan…). Sudah tentu parti yang bukan BN pula yang meneraju kerajaan. Menteri-menteri pun dikalangan orang yang bukan BN. Masa tu orang-orang yang dulu, kini dan selamanya…sokong KERAJAAN BN nak sokong mana pulak ek?

Mungkin kena jadi lalang lah pulak…😀

Sekian..

5 Comments »

  1. sebol said

    Disebabkan sifat orang melayu suka untuk taat denga kerajaan semasa, maka negara kita sesuai untuk guna sistem monarki

  2. kumb@ng said

    tak yah susah2 buat piliharaya…semuat syarat tu…kalau rase2 nak pencen jadi menteri…wariskan je kat anak atau menantu…hmmm…betol jugak tu…😉

  3. Dik Mal said

    anak menantu… erm.. err..🙂

  4. kumb@ng said

    ada..lah orang tu cita-cita nak jadi PM sebelum 40…😉

  5. Alyani said

    “wariskan je kat anak atau menantu”

    Anak Hantu atau Waris Jari Hantu macam mana pulak jadinya nanti ye…hehehehe

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: