Ada apa dengan KL

Salam..

Hari ini hari ke-10 aku berada di KL. Bermakna tinggal 2 hari lagi aku akan pulang. Macam-macam feel sudah mula rasa, bosan, jemu, muak, tak amik port dan paling utama rindu pada kampung halaman di JB (rindu kat mak aku lah…).

Selama beberapa hari di sini sempat juga aku melilau-lilau di sekitar ibu kota metropolitan menyaksikan kehidupan penghuni kota dengan berbagai-bagai gelagat.

Memang macam-macam ada….😉 Sebenarnya banyak kali dah gi KL cuma kali ni rasa nak tulis dalam blog pulak.

So, ada apa dengan KL? Selain KLCC, Hotel The Zon, Menara Naluri, Citibank, Pudu Raya, Hard Rock Cafe, Planet Hollywood, The Zouk, LRT, Monorel, Fly over, Tol, Restoren Pelita Nasi Kandar dan banyak lagi..?

Inilah apa yang aku maksudkan…..

Sekadar gambar hiasan hasil dari lensa kamera henfonku…

gambar hiasan tapi bukan super impose..

– Acara memegang bahu di kaki lima jalan raya.

– Acara menghisap rokok sesama wanita tak kira di restoren, di pusat beli belah, stesyen LRT, dalam kereta, tepi kereta, parking kereta dan tepi jalan untuk kereta.

– Acara bagi wanita, perempuan, gadis, remaja perempuan memakai baju lagi sendat yang menyerlahkan pusat tanpa segan silu di tempat padat. Mungkin ramai yang suka melihat terutama lelaki-lelaki yang punya naluri kelelakian hebat dan tak kurang juga yang hanya memandang sekali atau sipi-sipi.

– Acara berdua-duaan dan bercumbu-cumbuan di tepi kolam KLCC tanpa ada yang mengganggu walau ramai yang lalu termasuk aku.

– Acara lepak-lepak antara remaja lelaki dan perempuan dengan berbagai fesyen terkini ala punk, black metal, nazi, hip hop dan macam-macam entah apa lagi.

– Acara Remp-it prix yang menjadikan jalan yang sunyi kembali berbunyi dengan deruan enjin motor sehingga dinihari.

Ada lagi beberapa acara yang tidak bermoral yang aku pasti ada tapi tak berkesempatan untuk TERlihat. Cukuplah yang ini.

Apa yang aku senaraikan di atas berdasarkan apa yang aku TERlihat. TERlihat di sini bermakna TIDAK sengaja. Walau TERlihat atau TIDAK sengaja aku yakin individu yang aku lihat itu berbangsa melayu dan beragama Islam.

Aku mengaku aku punya iman yang lemah kerana hanya berani menegur dalam hati. Namun aku memang berharap ada orang lain yang lebih berani menegur secara terbuka melarang semua ini berlaku di tempat awam. Atau sekurang-kurangnya menggalakkan terutama wanita supaya menutup aurat.

Bagi aku kalau mereka ingin buat juga, buat lah di tempat tertutup. Lantaklah!! (maksudnya supaya tidak menjadi contoh kepada yang lain). Bukan apa, apa yang dilakukan oleh orang-orang ini sekiranya tidak dikawal atau dinasihati atau dipandang ringan maka akan mempengaruhi, dicontohi oleh orang lain yang jahil lantaran merasakan inilah kebebasan, kemodenan, liberalisasi atau entah apa istilah yang menghalalkan cara akibat dari sudah terbiasa. Sebab itu zina sekarang berleluasa kerana dianggap perkara biasa.

Dengan kelakuan-kelakuan tidak bermoral ini yang dibiarkan bermaharajalela telah menyerlahkan negara ini dan KL amnya tiada beza dengan dengan negara-negara yang tidak menjadikan Islam Hadhari sebagai agama rasmi.

Inilah cabaran yang terpaksa dihadapi oleh umat islam sekarang akibat dari kejahilan umat itu sendiri. Kejahilan yang diwarisi dari penjajah kepada pemerintah yang menyempitkan urusan Islam hanya pada urusan nikah kahwin, solat, puasa, zakat dan haji sahaja. Islam tidak dikaikan dengan aspek-aspek kehidupan lain yang secara langsung tidak menghiraukan hubungan dengan ALLAH.

Apabila hubungan dengan ALLAH sudah tidak menjadi perhitungan , maka nafsu dan pemikiran jahillah pula akan menguasai serta mencorakkan kegiatan hidup seseorang itu.

Kita termasuk aku yang perihatin perlu melihat dan mengkaji perkembangan tidak sihat ini. Langkah perlu disusun supaya sesuatu dapat dilakukan untuk perubahan ke arah yang lebih baik.

Jom renung sabda Rasulullah saw……Nasib Sesuatu Kaum Itu Tidak Akan Berubah Sehingga Kaum Itu Berusaha Mengubah Nasibnya Sendiri…

Bagaimana nak berubah? Cara sendiri-sendiri atau demokrasi?😉

Sekian.

8 Comments »

  1. Irdzra said

    salam..
    hurm..good point what you got there..i’m not good myself and i guess am in no rights/position to tegur anyone..but..agak sedey jugak bila tgk yg ade buat mende2 nie..bertudung..yg tak bertudung tu lain citer la..tp..yg bertudung pun 2×5..wah wah..

    sometimes..i wonder whats their definition of wearing tudung..hurm..

  2. kumb@ng said

    Irdzra..

    itulah berlaku sekarang…sesuatu perlu dilakukan supaya tak semakin parah…hmmm…😕

  3. mrozaidi said

    Kena ada bantuan jugak nak berubah..bukan senang nak ubah diri..

  4. Irdzra said

    yea true..tak dinafikan..and kena ade usaha sendiri jugak.. ^^ it goes both ways..🙂

    owh yea..

    mari support ClickAChild charity act di myspace.com/clickachild..

    thank you !! ^^

  5. Qaiyum said

    Eh.. Restoren Pelita Nasi Kandar Tempat Perjumpaan Bloggers – Rumpun 07 Dulu.. Hehe..

    Hmm.. Memang Parah Melihat Situasi Di Wilayah Yang Dibuka Oleh Yap Ah Loy Nih. Penuh Dengan Maksiat. Oleh Itu Jauhilah Maksiat. Jangan Dekati KL. Jangan Kerja Kat KL. Bahya.. Eh! Leh Tolong Saya Carik Keje Tak??

    Harap² Putrajaya Tidak Akan Menjadi Seperti Wilayah Itu..

  6. aku said

    inilah Islam HadHari🙂

  7. kumb@ng said

    mrozaidi -> bukan senang nak ubah tapi tak mustahil…🙂

    Irdzra -> sama-sama kene usaha, kita dan penguasa..

    Qaiyum -> kalau semua pakat jauh dari KL, sape pulak nak tadbir KL nanti…😉 nak cari keje ek? hmmm….la ni kat KL lah byk pluang keje..😀

    aku -> Islam Had Hari tertentu…😉

  8. vangardx said

    aku duduk di kl..erk..

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: